-Muka surat 2-

38 1 0
                                    

Arisya mencium sepuasnya pipi dan dahi ibunya yang sedang terbaring di ruang tamu. Air mata cepat sahaja gugur. " Arisya sayangkan ibu sangat-sangat, ingat tu bu Arisya sayangkan ibu hingga hujung nyawa Arisya terhenti ".Bisiknya di telinga arwah Pn. Masiah berharap bisikan itu dapat didengari ibunya. Usai menatap lama raut muka yang tidak akan pernah pupus di jiwanya Arisya menutup kembali wajah ibunya. Ya dia harus kuat untuk menempuhi dugaan hidup. Suasana pilu menyelubungi rumah kecil itu, Pn. Alziah memeluk bahu Arisya dengan lembut supaya dapat mententeramkan hati gadis kecil molek itu. " Semua sudah selesai? kalau tiada aral melintang elok kita mempercepatkan pengebumian arwah Pn. Masiah ". Ujar ustaz Firdaus. Buat kali terakhirnya Arisya mencium dahi ibunya. " Arisya takkan lupa pesan ibu, tu janji kita ". Tetamu di situ sebak melihat gadis cantik berkelakuan seperti itu, sebak mengenangkan gadis di hadapan mereka ini akan hidup keseorangan dalam usia yang sangat muda tanpa bimbingan dan tunjuk ajar daripada orang tua. Arasy hanya memerhati gadis ini, dia perasan akan mata Arisya yang sudah bengkak mungkin terlalu banyak menangis. Kehilangan amat menyakitkan.

Selepas pengebumian, Pn. Alziah memberi sepucuk surat kemas dalam sampul surat kepada Arisya. " Peninggalan arwah ibu Risya, mohon baca ya nak fikirkan kenapa ibu Risya bertindak untuk menjodohkan Arisya dengan dengan anak aunty. Mahu tidak mahu Arisya kena ikut plan kami, tarikh perkahwinan kamu berdua mengikut jadual Arasy dan Arisya yang penting Arisya setuju ". Selepas berkata demikian Pn. Alziah meminta diri untuk pulang. " Fikirkan baik-baik nak. Uncle dengan aunty tak mahu melihat Risya lemah, anggap kami sekarang keluarga Risya apa-apa yang boleh kami tolong beritahu uncle atau aunty atau pun Arasy. Ingat pesan uncle ". Pesan Tan sri Khalid sebelum mereka pulang, Arisya hanya tersenyum tawar, Pn. Alziah memeluk erat Arisya seraya mengusap belakang Arisya dengan lembut. " Apa-apa beritahu kami, jaga diri baik-baik ". Arisya hanya mampu mengucapkan terima kasih atas budi baik keluarga yang terhormat itu walaupun berstatus hebat tetapi bukan alasan untuk meninggikan diri. Arasy yang keluar dulu menunggu di luar kereta, otaknya masih ligat memikirkan tawaran untuk berkahwinan dengan gadis itu, dia harus menerima hanya perkahwinan yang dapat menyelamatkan hubungannya dengan Trisya yang sudah lama dibina sejak mereka menyambung belajar bersama-sama di luar negara. Mungkin bila dia dengan gadis seperti Arisya dia boleh berkompromi fikir akalnya. Selesai semuanya keluarga Tan sri Khalid berangkat untuk pulang kerumah, digagahkan juga bibir untuk menguntum senyuman yang tawar kepada tetamu yang hadir pada hari ini. Arisya meminta Fyra untuk pulang lebih awal kerana memikirkan sahabatnya itu mungkin penat semalaman di rumahnya menguruskan segalanya dan berada di sampingnya sehingga Arisya tertidur. Jam di kerling di dinding jarum menandakan pukul 3.50 petang, Arisya melabuhkan punggungnya di kerusi meja makan di mana tempat dia suka bersantap bersama ibunya. Air matanya mengalir tiba-tiba memikirkan pergaduhan bersama ibunya pada pagi itu yang kini membawa penyesalan kepadanya sehingga akhir nafasnya, sampul surat di buka. Seutas gelang tangan emas milik ibunya di dalam sampul surat beserta surat. Surat di baca dengan teliti. ' Anakku yang bernama Arisya seorang puteri ibu yang amat cantik, matanya ibarat air yang mengalir tenang, ketawa dan gurauan Arisya penawar penyakit untuk ibu selama ini. Sudah lama ibu pendam penyakit ini tanpa pengetahuan Cha, ibu terlalu sayangkan Cha seperti anak ibu sendiri, maafkan ibu andai ibu merahsiakan hal ini dan Cha harus tahu daripada Pn. Sri Alziah. Maafkan ibumu ini..atas tulisan ibu yang ibu membawa kenangan kepada hidupmu nak, hanya satu wasiat ibu tidak lain tidak bukan sudah Cha jangka apa yang keluar daripada mulut ibu, ibu mahu Cha bersetuju untuk menikah dengan encik. Arasy dia lelaki yang sesuai untuk anak ibu, tanpa pengetahuan Cha encik Arasy yang selama ini membiayai kos pembelajaran Cha sehingga Cha dapat bergelar seorang doktor, jasa mereka terlalu banyak nak..ibu tidak mahu anak ibu hidup dalam keseorangan demi ibu, berkorban untuk ibu kali yang terakhir walapun ibu tidak tahu bila tarikh ibu akan pergi, jadilah gadis yang paling kuat dikala kamu lemah sesungguhnya kelemahan akan menjatuhkan Cha jika Cha tidak mampu untuk berdiri sendiri. Ibu pasti merestui kamu dan dia, bina kepercayaan, belajar untuk saling mencintai dan melengkapi antara satu sama lain, apa yang kurang sebagai suami isteri harus lah kamu berdua saling memperbetulkannya, saling membimbing ke jalan yang syurga. Ibu doakan permata yang ibu gilap selama ini dan ibu bimbing selama ini terus bersinar agar sentiasa menjadi Arisya. Gelang tangan ibu anggaplah sebagai hadiah yang terakhir ibu berikan kepada Cha, dan pakai semasa majlis perkahwinan kamu nanti jaga dengan baik seperti mana Cha menjaga diri Cha. Salam bahagia anakku..jangan bersedih ibu sentiasa doakan Cha. '. Bait kata-kata yang tertulis di surat itu membuatkan Arisya tidak dapat menahan sebak, dadanya sakit menahan tangis namun akhirnya dilepaskan jua tidak mampu lagi dia menafikan dirinya perempuan kuat. Air mata diseka, gelang ibunya dicium berharap haruman tangan arwah bondanya masih melekat. Dia sudah bertekad akan melaksanakan wasiat yang diamanahkan kepadanya anggaplah salah satu pengorbanan untuk ibu yang tercinta walaupun sudah tiada demi ketenangan arwah di atas sana. Dia rela dan dia pasrah jikalau jodohnya dirancang oleh maha kuasa seperti ini, siapa dia untuk melawan takdir, dia berharap agar keputusannya ini betul walaupun dia tahu berkahwin tanpa cinta niatnya hanya satu untuk memastikan wasiat itu dipenuhi.

Ya, pasti aku setia.Where stories live. Discover now