-Muka surat 8-

43 1 0
                                    

Arasy termenung jauh di beranda bilik menyesali perbuatannya yang mengasari gadis itu tanpa usul periksa setelah disiasat oleh orang suruhannya. Rasa bersalah dan perasaan tersentuh hadir dalam dirinya malahan kebaikkan isterinya dapat dirasai sanubari ego miliknya. Arasy meraup muka berkali tanda serabut bagaimana dia mahu meminta maaf terhadap gadis itu?sesak fikirannya kali ini. Kereta Axia diparkir di garaj halaman rumah, dilihat Arisya keluar daripada perut kereta, matanya terlihat Arasy yang sedang berdiri memandangnya tidak mahu dengan situasi seperti itu rasa marah yang masih tidak lagi padam, Arisya buat tidak nampak, jeling tidak apatah lagi respon. Arasy mengeluh.

Jam pukul 7.00 malam Arisya sudah masak menu makan malam yang ringkas senang dipelajari oleh isteri sepertinya yang baru belajar memasak. Hidangan sudah siap, Arisya tidak ada 'semangat' menghadap lelaki yang di hadapannya ini, terluka dan sakit hati mendengar bait katanya tempoh hari masih lagi terngiang. " Duduk kejap ". Suruh Arasy tangannya yang sedang menyuap nasi ke dalam mulut. Arisya tetap Arisya, dia mengendahkan suara Arasy. " Minggu depan ada family trip holiday, kita pergi Langkawi, ma.. ". Percakapan Arasy dipotong apabila Arisya mahu menyampuk. " Thanks tapi aku tak nak ". Ujar Arisya lalu menaiki anak tangga, Arasy terpekik memanggil Arisya namun tiada gentar rasa takut di hatinya melawan cakap lelaki berbadan sasa itu. Arasy bingung keluhan berat dilepaskan.

Malam itu sedang Arisya mencuci pinggan makan di sinki, telefon Arasy berlagu di ruang tamu atas rak tv, cepat-cepat dia mendapatkan telefon lelaki tu apabila Arasy tidak kelihatan di ruang tamu mungkin panggilan kecemasan namun di lihat nama yang tertera membuatkan Arisya naik menyampah. Tak lain tak bukan kalau bukan perempuan ular. Yes! gelaran yang baru hahahaha. Arasy yang bergegas turun daripada tangga lalu menjawab panggilan daripada kekasihnya hati Irin. Arisya malas mahu mencuri dengar di pendengaran telinganya seakan geli geleman mendengar nada gedik ular betina itu di dalam talian pantas dia menyambung kerjanya kembali. Selang beberapa minit Arasy menghampiri Arisya yang sedang sibuk mengemas dapur walaupun jarum jam sudah menunjukkan pukul 12.05 malam, Arasy sekadar memerhati duduk di meja dapur kecil. " Nak tak nak kau kena ikut family trip pergi Langkawi ". Arisya berpaling mendengar kata Arasy. " Aku cakap sekali je, pergi sana bukan untuk holiday je ada urusan kerja yang melibatkan keluarga aku, ikut aku jaga nama baik keluarga aku. Simple as that no more excuses ". Arah Arasy menjeling tajam ke arah Arisya. " Tengok macam mana aku tak boleh janji ". Beritahu Arisya ringkas malas mahu melayan kerenah dan menghadap perangai lelaki di hadapannya itu. " Kau jangan mulakan, apa masalah kau ni?! aku tak kira urusan apa ke tu ke ni ke pastikan kau boleh pergi! ". Arasy melenting tiba-tiba, Arisya memandang lama mata bulat Arasy. " Tahu tak? makin hari aku makin penat hidup dengan kau ". Dushzz! Arasy terpana mendengar ucapan daripada gadis itu tidak sekali dia menyangka tetapi di dasar lubuk hati Arisya yang sebenar dia tidak berniat dan maksudkan bait kata yang mungkin memusnahkan rumah tangganya suatu hari nanti. Setelah berkata begitu Arisya beredar meninggalkan Arasy di dapur, kesabarannya yang tipis membuatkan dia  mengeluarkan kata seperti demikian.

Ya, pasti aku setia.Where stories live. Discover now