Selang tiga hari akad nikah sudah diadakan di masjid Putrajaya. Sejurus itu majlis resepsi yang gah dan meriah diadakan dihadiri golongan kenamaan, sanak saudara, sahabat handai tidak terlepas juga rakan perniagaan Tan sri Khalid dan Pn. Sri Alziah, senang hati mereka mendengar pujian daripada tetamu yang hadir mengenai menantu mereka yang amat cantik walaupun hanya mengenakan solekan yang tidak tebal kelihatan natural beauty. Gaun berwarna putih suci pilihan mereka sesuai dengan tema pelamin yang dipilih sendiri oleh Pn. Sri Alziah apabila melihat menantunya seakan tidak berminat untuk mengatur majlis perkahwinan, segala kerja diusahakan oleh orang lain dan tema fantasi tersebut diberitahu oleh arwah Pn. Masiah ketika arwah bercerita mengenai puterinya itu. Bagi Arisya walaupun dia mempunyai impian perkahwinan bertema fantasi tetapi cukup baginya jikalau majlis akad nikah sahaja diadakan secara ringkas tidak perlu membazir wang sebegitu banyak dengan tema fantasi kesukaan namun segala rancangan ini diatur oleh mertuanya hendak tidak mahu dia terpaksa akur walaupun dia tidak suka majlis perkahwinan begitu mewah seperti ini. Arisya sedikit teruja melihat perkahwinan yang betul jadi impiannya sangkanya tidak akan dapat jika tidak berkahwin dengan anak yang berduit.Membazir. Sebelah hatinya lagi tidak pernah bersedia untuk mencintai lelaki itu dan menjadi permaisuri lelaki di sebelahnya itu. Arasy yang mengenakan kot berwarna putih amat menarik perhatian perempuan di luar sana dengan ketinggiannya dan rupa paras yang ada menggetarkan hati Arisya. Haih kau ni. " Selamat pengantin baru weh! tak sabar jadi aunty! cepat sikit tau gear yang kuat okay?! diam-diam eh kau patutlah suami bukan main lagi handsome patut tolak semua cinta lelaki dekat hospital tu ". Seloroh Fyra lelaki yang dimaksudkan adalah pesakit Arisya yang sering minta berkahwin dengannya. Arasy sekadar tersenyum mendengar gurauan daripada sahabat baik isterinya. " Buat apa nak beritahu kau dah dah kau turun bawah, ramai lagi nak ambil gambar dengan aku shuhh shuh ". Halau Arisya dengan lagak acah tercantik di situ. Fyra membuat gaya seperti mahu muntah. " Eh eh toilet depan sana jangan kotorkan pelamin aku. Pergi sana main jauh-jauh ".Gurau Arisya sengaja mahu menyakitkan hati Fyra, Fyra mental. " Dasar member lupa member ". Katanya yang riak muka amat bengang lalu turun dari pelamin situ. Arasy tercuit hati mendengar gurauan gadis itu seakan comel di telinganya, sebalik sifat gadis itu yang agak dingin dan tidak berapa peramah bila dengan orang yang dia kenali begitu rupanya. Jurugambar mengarahkan kedua mempelai untuk posing mengambil gambar bersama mengabdikan kenangan. Arisya tetap Arisya lemah macam mana sekali pun tetap juga membuat gaya 'gedik' dan berpura-pura pasangan yang paling sweet, bab lakonan dia tangga yang pertama tiada yang syak hanya Arasy yang agak janggal agar semuanya berjalan lancar dia turut memainkan peranan mencium tiba-tiba pipi milik Arisya, Arisya terkejut, Arasy mengerlipkan mata sebelah kepadanya. " Wah nice win candid it's spontan ". Lagi main-main dengan aku. Arasy tersenyum menang, ketika mahu mengambil gambar secara beramai-ramai tiba-tiba butang gaun pengantin Arisya terbuka di belakang. Arisya kelam kabut meminta pertolongan daripada Arasy yang setia di sebelahnya. " Arasy baju terbuka ". Beritahu Arisya dalam panik takut kamera yang ada dimana-mana berpeluang mengambil badan belakangnya. " Baju kau ke yang terbuka? ".Tanya Arasy dalam keadaan risau juga. Arisya mengangguk. " Pusing belakang kejap, aku tutupkan ". Arah Arasy, Arisya masih lagi dalam keadaan yang risau. " Tetamu sana nanti nampak, bukan zip terbuka, zip tercabut, longgar dah ni ". Beritahu Arisya seraya memegang gaunnya agar tidak terlepas. " Excuse me, can you take the another photo first? ". Ujar Arasy agar jurugambar itu turun daripada pelamin. " Sebagai cover guna kot aku dulu, sebelum gerak ke mana-mana sekitar sini kau tukar baju dulu, terlucut kang free show untuk tetamu malam ni ". Kata Arasy seraya membutangkan kot berwarna putih kepada Arisya. " Aku butang sebagai sokongan gaun ni supaya tidak longgar sangat. Apa punya jahanam lah gaun, bukan main lagi cantik bayar mahal kualiti zero ". Bebel Arasy kelihatan bengang yang sedang meluntut membutang kot pada badan Arisya. Selesai masalah yang dihadapi mereka Arasy mengambil tempat semula di sebelah Arisya. "Benda kecil jangan dibuat panik, macam lah tak biasa tayang body kau kat semua orang selama ni ". Provok Arasy yang membangkitkan kemarahan Arisya, Arisya hanya berdiam. " Low mentally ". Itu sahaja ayat yang keluar daripada bibir gadis itu. Arasy menjeling tajam. Arisya membuat muka menyampah perempuan freehair dilabel teruk, pakaian seksi dilabel murahan, don't judge book by a cover okay because nobody is perfect. Sesi bergambar sudah bermula, Pn. Alziah kelihatan pelik memandang Arisya. Apa kena dengan budak dua orang ni, seorang pakai kemeja seorang lagi kot dengan gaun. Pn. Sri Alziah melabuhkan punggungnya di sofa pelamin sebelah Arisya. " Kenapa fashion Risya unik sangat? ". Tanya Pn. Sri Alziah berbisik di telinga Arisya. " Butang gaun Cha tercabut ". Jawab Arisya tersenggih menutup malunya separuh berbisik. Pn. Sri Alziah mengangguk faham dalam masa sama senyuman diukir tanda gembira melihat penyatuan dua sejoli itu bagai pinang dibelah dua. Kenangan disimpan melalui foto resepsi perkahwinan yang berlangsung pada malam ini dengan jayanya, berbagai posing dan berbagai kerenah membuat Arisya tercuit hati melihat gelagat manusia di sekelilingnya. ' Ibu Cha rindukan ibu, Cha sudah jalankan tugas Cha sebagai anak ibu '. Bisik hatinya sayu, melihat ahli keluarga yang datang ke majlisnya membuatkan dia berusaha menahan air mata, hanya dia seorang yang keseorangan tanpa ahli keluarga mahupun sanak saudara. Untung yang masih mempunyai keluarga, teruk sekali mana pun sebuah keluarga itu, keluarga tidak dapat diganti dan keluarga lah yang sentiasa kekal untuk mendampingi kita sehingga menutup mata. Arasy perasan riak wajah gadis itu sedang tunduk dan perasan air mata gadis itu menitis. Tetap cantik dimatanya tidak jemu untuk memandang raut wajah itu walaupun tidak bersolek. Haih Arasy jangan melebih. Natural beauty is definition for really beautiful walau setiap apa perkara yang dilakukan.