-Muka surat 10-

41 1 0
                                    

Dalam kereta Arisya sibuk menaip mesej kepada adik iparnya Ayliana memberi alasan terpaksa pulang awal ke hotel kerana sakit perut yang berlarutan. Dipandang Arasy yang sedang memandu dalam tenang dalam hati tiada siapa yang tahu betapa berangnya dia. Tangan penumbuk lelaki itu kelihatan lebam sedikit akibat menumbuk Asyraf sebentar tadi. Arasy perasan yang Arisya selalu memandang kearahnya, moodnya amat rosak ketika ini. Arisya hanya membiarkan saja lelaki itu diam kerana awal-awal Arasy sudah memberi amaran tidak mahu mendengar satu patah perkataan pun yang keluar daripada bibir Arisya, Arisya menurut mungkin cara itu sedikit sebanyak boleh melegakan Arasy.

Mereka berdua tiba di bilik suite, kot dilempar ke bilik air, kemeja-T hanya butang separuh sahaja yang dibuka lalu dibaringkan tubuhnya ke atas katil empuk. Arisya mengutip kot Arasy yang dilempar tadi tidak lama kemudian dilihat lelaki itu terlelap. Arisya melepaskan keluhan, penat agaknya. Arisya menghampiri Arasy dibuka perlahan stoking lelaki itu usai membuka stoking kini dia beralih ke kemeja T Arasy, matanya dipejamkan tetapi tangannya tetap membuka butang milik Arasy. Arasy terjaga. Satu senyuman diukir kepada Arisya entah kenapa jiwanya tenang dan damai apabila melihat gadis kecil molek ini seraut wajah yang begitu cantik dan polos. " Sementara kau dah terjaga aku nak tuamkan lebam tu ". Kata Arisya lalu mengeluarkan air sejuk daripada peti ais dan dituangkan air sejuk kedalam mangkuk kecil berserta tuala putih. Arasy hanya sekadar memerhati gerak geri Arisya dalam masa yang sama dia bertuah.

Selepas menuamkan air sejuk di tangan Arasy, Arasy membuka mulut. " Ada apa-apa tak yang cedera dekat kau? ". Tanya Arasy priharin, dia amat selesa tangannya di genggaman Arisya. Arisya menggeleng kepala. " Kenapa sampai macam tu sekali dia bertindak dengan kau? apa masalah kau dengan dia sebenarnya?cuba cakap jujur dengan aku ". Tanya Arasy lagi tidak puas hati matanya tidak lari menatap Arisya yang sedang menuamkan air sejuk ke tangan Arasy. Arisya mengeluh. " Dia bekas pesakit aku, pesakit agresif dulu aku dengan dia ibarat orang bercinta, yelah orang macam tu kena psiko sikit tak tahu pula sehingga dia sembuh masih lagi ingat aku kekasih dia ". Terang Arisya namun di dalam hati terdetik penyesalan. Arasy melepaskan keluhan. " Salah kau juga sebenarnya ". Kata Arasy ringkas lalu bangun menuju ke bilik air, hatinya tidak tenteram bimbang akan keselamatan gadis itu selepas ini namun ada cemburu yang datang bertandang. Dia tidak tahu bahawa Arisya terpaksa berkata demikian untuk setiap pesakitnya yang sering kali menaruh perasaan kepadanya. Habis cara apalagi jikalau pesakit di bawah tanggungjawabnya hampir semua pesakit agresif yang bermasalah psiko. " Thank you ". Ucap Arisya ikhlas, Arasy hanya diam tidak membalas tidak tahu apa yang di dalam hatinya.

Ya, pasti aku setia.Where stories live. Discover now