Di ruang tamu pertengkaran mulut antara Arisya dan Arasy semakin membara apabila kedua-duanya tidak mahu mengalah. Arasy dengan sifat yang penuh ego manakala Arisya sifaf kedegilan dalam diri mereka. " Best sangat dapat keluar dengan ramai jantan?! ". Marah Arasy, mukanya serius matanya tajam memandang mata isterinya. " Please don't be too stupid ". Balas Arisya tenang, air matanya sedari tadi mengalir. Telefon berada dalam genggaman Arasy dirampas, Arisya mahu mendail nombor Fyra agar sahabatnya itu dapat menghantar pesakitnya ke hospital semula memandangkan dia tidak pernah tahu di mana lelaki itu tinggal namun belum sempat mendail Arasy lebih pantas merampas semula telefon Arisya lalu dicampak ke atas lantai habis berderai telefon milik Arisya. Arisya menahan amarah. " Jangan ingat aku bagi kau kebebasan bukan bermakna kau abaikan tanggungjawab kau! bukan bermakna kau boleh keluar dengan jantan lain depan mata aku! mana maruah kau sebagai isteri? mana kau campak maruah aku dengan keluarga aku?! ya, kau buat macam tu sebab kau tahu yang kau hidup merempat! ". Bait kata itu menguris luka tajam dalam hati Arisya, dia hanya memandang ke bawah lantai. Sedikit pun lelaki ini tidak memberi peluang kepadanya untuk menjelaskan keadaan yang sebenar. Matanya diberanikan membalas pandangan lelaki. Maruah perempuannya harus ditegakkan!. " Kau tanya mana maruah diri aku sebagai isteri? sebagai perempuan? ada tak kau sedar diri kau mana tanggungjawab kau sebagai seorang suami? kau yang beria pesan jaga maruah keluarga kau, jaga nama kau tapi kau? memerhatikan apa yang aku buat dan mencari salah aku? tak perlu aku terangkan kau panjang lebar pasal kejadian sebenar. Aku nak tengok sejauh mana kebodohan akal kau boleh berfikir lebih jauh ". Balas Arisya tajam. Ego tetap ego. " Arisya I'm your husband! your legal husband! watch your mouth! ". Arisya tersenyum sinis. " You're my legal husband yes I know so please act like a husband ". Balas Arisya lantang. " Jangan sampai aku gelar kau isteri derhaka! ". Nafas Arasy turun naik kerana kemarahan sudah menguasainya. Arisya menatap lama mata lelaki itu. " Silakan lafaz ayat tu keluar dari mulut kau, sedangkan kau sendiri yang berlaku curang dalam rumah tangga depan mata aku ini kan kau nak gelar aku isteri derhaka. Syurya aku memang bawah tapak kaki kau tapi kau sebagai suami yang cuma atas kertas sedikit pun tidak kau nak membimbing aku ke arah syurga ". Selepas berkata begitu, Arisya lalu mengutip deraian telefon bimbitnya yang sudah berteraburan di atas lantai dan menaiki anak tangga masuk kebilik tidurnya. Arasy yang berada di ruang tamu terduduk di atas sofa, dia kehilangan kata berhadapan dengan gadis itu, dirinya diserbu rasa bersalah ayat yang keluar daripada mulut Arisya amat menusuk sanubarinya. Dia mengeluh nafas berat.
Pagi itu Arisya sengaja turun lebih awal dua jam berangkat kerja, dia bertolak pada pukul 6.00 pagi kerana hatinya teramat sakit mahu memandang atau berselisihan dengan lelaki itu, jadi dia lebih memilih untuk tidak bertembung dengan Arasy hanya sarapan yang ditinggalkan di atas meja makan sebelum bertolak. Arasy bersarapan seorang diri di meja makan, telefon bimbit dikerling berkira mahu menghubungi Arisya namun dia teringat telefon bimbit milik isterinya sudah pecah dihempas ke atas lantai. Arasy mengeluh kesal. Siapa lelaki yang bersama dengannya semalam? terus menjadi tanda tanya di benak fikiran Arasy. Nombor didail. " Dapatkan maklumat pasal pesakit Arisya dengan pantau pergerakkan dia walau macam mana pun aku tak nak dengar banyak halangan atau alasan ". Arah Arasy kepada orang suruhannya. Arasy memilih untuk masuk lewat pada hari ini, dia mengatur langkah mahu masuk ke kamar Arisya, pintu bilik dikuak. Dia terpesona dengan hiasan bilik gadis kecil pendek itu, bertemakan hiasan comel kemas dan tidak nampak serabut. Arasy tersenyum sendiri melihat bintang-bintang kecil yang bercahaya semasa dalam gelap yang dilekatkan pada dinding. Matanya dapat menangkap satu balang kecil yang berisi penuh warna warni dengan bintang kecil origami, Arasy memanjangkan tangan mencuri 10 bintang kecil origami lalu dimasukkan dalam poket seluar. Dia membuka laci sisi katil Arisya dia melihat cincin perkahwinan mereka yang tidak dipakai oleh Arisya dan terdapat satu cebisan nota kecil yang bertulis ' all fake ' Arasy memerhatikan lama tulisan itu yang dia faham maksud kata tulisan Arisya hatinya tersentuh. Telefon Arasy berlagu gerangan jantung hati yang memanggil tidak lain tidak bukan kalau bukan Irin. " You tak kerja ke hari ni? I ingat tadi nak ajak you lunch asyik busy je ". Bebe Irin, Arasy hanya mendiamkan tiada mood untuk melayan ragam kekasihnya itu setiap hari. " I cuti ". Panggilan ditutupkan selepas Arasy berkata demikia. Irin mendongkol geram tidak suka sifat Arasy yang menjawab begitu singkat dan amat menyakitkan hatinya. Arasy sengaja baring di atas katil isterinya kerana bau haruman yang segar menyenangkan dan membuat dia selesa tambahan pula setiap hiasan di dalam bilik itu membuatkan dia tenang walaupun berhiaskan bilik comel ada kalanya dia tersenyum sendiri apabila sudah mengetahui diri Arisya yang sebenar tidak perasan akhirnya dia terlelap di dalam bilik Arisya pada pagi itu.