Ruang tamu rumah mereka gelap jam di pergelangan dilihat menandakan sudah pukul 8.30 malam. Arisya membuka lampu bilik ruang tamu. Kelihatan sunyi dan kosong apabila mereka baru sahaja berpindah rumah. Pantas Arisya membaringkan tubuh di sofa dengan pakaian kerja yang masih belum dibuka. You dekat mana? lambat lagi ke nak balik? you dah makan belum? kalau belum lagi I nak masak. Reply secepat mungkin thank you. Pesanan ringkas dihantar kepada suaminya, digagahkan juga badannya menuju ke peti ais melihat menu yang ada untuk dimasak. Pantas Arisya mengeluarkan telur daripada peti ais, masak telur sos goreng, menu yang paling ringkas dan senang untuk perempuan sepertinya yang tidak handal di dapur. Direbus dahulu telur kedalam air sementara menunggu air mendidih Arisya menyiapkan sos yang digoreng bersama bawang besar. Beberapa minit kemudian telur yang direbus digoreng bersama dengan sos cili. Sedapnya!. Usai menyiapkan lauk kepunyaan suaminya Arisya melangkah masuk ke biliknya yang baharu, bilik bersebelahan dengan lelaki annoying tidak lain tidak bukan jikalau bukan Arasy Ammarish. Selang 8 minit Arisya sudah siap mandi dia terus baring di atas katil empuk saiz queen. Telefon bimbit direnung lama mengharap maklum mesej daripada Arasy namun paparan skrin telefonnya tiada satu mesej yang masuk.
Keesokan paginya Arasy mengejutkan Arisya untuk solat subuh, puas dia mengetuk bilik gadis itu, dia tidak peduli apabila panggilan tidak disahut. Arisya yang masih lagi diulit lena tidak sedar azan sudah berkumandang. Arasy bengang lalu ditarik selimut yang membaluti tubuh kecil itu. " Kau perempuan jenis apa?! azan berkumandang bukan main kuat lagi kau masih lagi tidur! ". Kata Arasy, membangunkan Arisya dengan menolak bahu gadis itu dengan kasar. Arisya bergerak sedikit, matanya amat mengantuk ketika ini. " Bangunlah solat sama-sama! ". Arisya 360 darjah bangun dan terus duduk tegak. " Dah solat dah ke?! ". Tanya Arisya dalam kelam-kabut. Arasy menjeling tajam melihat gadis bernama Arisya. Kabut betul!. " Solat dekat bilik aku cepat sikit. Kabut! ". Ujar Arasy geram melihat perangai Arisya yang kadang-kadang comel di matanya lagi-lagi dengan rambut yang tidak betul. Arasy bagaikan terpikat melihat pertama kali gadis ini bertudung walaupun hanya dengan telekung. Amat cantik dan mendamaikan jiwanya tetapi segera diusir. Selepas solat Arisya menyalami tangan sasa lelaki itu cepat-cepat dia mahu bangun keluar daripada situ, jiwanya gemuruh dan sesak memandang rupa paras yang mampu mengetarkan jiwa perempuan yang di luar sana. Langkah Arisya terhenti apabila Arasy memanggil kecil namanya. " Aku cuma nak beritahu, aku tak suka masakkan seperti itu. Bila dah kahwin masak untuk keluarga ke suami ke jangan dibuat cincai sangat aku tak suka makanan yang cincai. Ingat tu! kau sebagai perempuan kena biasakan dapur dengan diri kau ". Nasihat Arasy yang kedengaran sinis di telinga Arisya. Arisya buat endah. " Pergi lah masak sendiri, tak reti nak berterima kasih dalam penat aku pun still jaga pakai minum kau bukan macam kau, balik rumah nak marah-marah duduk gua sanalah ". Balas Arisya lalu bangun, sesak fikiran berada di dalam bilik itu. Arasy terdiam sejenak dalam masa yang sama dia terhibur sedikit. Yeah dia sudah menemui hobi yang baru!.
Arasy bersarapan sendiri di meja makan, masakan nasi goreng ikan bilis pembuka selera, dari kelmarin dia tidak makan tidak sanggup menjamah lauk yang terlalu cincai baginya, sebelum pulang dia bertemu janji dengan kekasihnya membuatkan dia lagi penat. Arisya yang sudah bersiap dengan pakaian dress di paras lutut membuatkan degupan jantung Arasy berdetak kuat. " Kau tak ada pakaian yang tertutup ke? ". Tanya Arasy sinis seraya minum air, Arisya yang mahu memulas tombol pintu utama terhenti. " Kau tak ada insuran mulut ke? rasa malas nak cuci pinggan, nak kemas meja makan biarkan letak situ balik nanti aku kemas. Hidup lagi aku nampak kau makan nasi goreng ikan bilis Shh diam ". Selepas berkata begitu Arisya berangkat pergi ke kerja sebelum pergi satu senyuman sinis dihadiahkan. Arasy menahan geram. Setiap kali perbalahan mesti gadis itu yang berjaya menyakitkan hatinya semula. Jangan diingat air yang tenang tiada buaya!.
Di hospital hari-hari kerjanya dihujani ucapan tahniah atas perkahwinan dengan lelaki muka tembok itu. Siap hafal lagi dialog ucapan tahniah yang keluar daripada mulut pekerja situ. Arisya mengetuk pintu bilik pesakitnya yang bernama Asyraf. Pantas sahaja Asyraf membuka pintu. Arisya mengukir senyuman. " Encik Asyraf macam mana hari ni semua okay? ". Tanya Arisya ramah, Asyraf sekadar mengangguk lemah lalu baring di atas katil. " Eh kenapa ni? ada apa-apa Asyraf kena beritahu saya, kita share sama-sama eh ". Asyraf seperti kelihatan tiada mood. " Rindu doktor.. ". Luahnya lembut, Arisya tergelak kecil. " Kenapa tak beritahu awal-awal ee malu doktor macam ni ". Asyraf tersenyum gembira. " Doktor kalau Asyraf sembuh kita kahwin eh ". Beritahu Asyraf dengan riak wajah yang begitu ikhlas. Arisya berasa bersalah dilihat mata lelaki itu penuh berharap dan teruja. " Tapi encik Asyraf kena sembuh dulu, jangan malas makan ubat. Boleh janji dengan doktor? ". Ujar Arisya tersenyum, dengan pantas Asyraf mengangguk. " Doktor, boleh tak kalau kita nak keluar dekat taman sana ". Tanya Asyraf meminta izin sambil menunjuk ke arah taman berhadapan dengan biliknya. " Boleh boleh tapi doktor nak siapkan kerja dahulu, lepas dah siap kita keluar pergi taman ". Asyraf teruja. Arisya lega akhirnya setelah setahun lebih pesakit itu di bawah tanggungjawabnya baru pertama kali lelaki ini mahu keluar daripada bilik. " Janji dulu dengan kita, kena makan ubat, makan nasi lepas tu jangan marah-marah kesian kawan-kawan kita kena marah. Boleh janji tak? kalau tak boleh kita merajuk eh ". Asyraf mengangguk tanda setuju lalu memberi high five kepada Arisya. " Yeah! macam itulah kawan kita! ". Ujar Arisya dengan teruja baginya pesakit di hospital tidak memberi tekanan langsung kepadanya malah melepaskan tekanan dan masalah yang dialami dengan cara yang betul. Pengalaman yang sukar berhadapan dengan pesakit yang mental tidak betul, pesakit yang psycho tidak terkecuali juga yang agresif sanggup melakukan apa-apa sahaja namun atas kesabaran dan kesuungguhan dia, dia berjaya mengatasi semua itu setakat ini hampir 80% pesakit di bawah tanggungjawab pulih sepenuhnya. Dia bersyukur kerana bidang yang diminati sejak kecil sedikit sebanyak membantu insan yang di luar sana. ' Ibu.. Arisya tidak akan mensia-siakan segala tenaga dan perbelanjaan untuk memberi pendidikan Arisya selama ini. Cha tidak akan siakan '. Bisik hatinya sendiri.