Langkah kakinya dipercepatkan apabila sepasang nama dipanggil oleh kakitangan hospital di Psikologi and Fizikal yang terletak di ibu kota. Arisya berlari selaju mungkin apabila diberitahu salah seorang jururawat, pesakit mental yang dibawah tanggungjawabnya tiba-tiba menggila. Arisya sampai di bilik rawatan dengan nafas yang tercunggap-cunggap, pintu diketuk perlahan agar tidak mengundang rasa tekanan kepada pesakit. " Aku nak doktor Arisya! semua keluar! kalau tak aku bunuh diri!! ". Arisya menarik nafas lalu meminta jururawat di situ beredar untuk menenangkan pesakit. " Kau jangan berlembut sangat, rasa dia nak apa-apa kan kau, bertindak cepat ". Nasihat kawan baiknya yang bernama Fyra seangkatan bidang dengannya. Arisya mengganguk tanda mengerti. " Cik Asyraf buka pintu ni, kita doktor Arisya yang awak panggil tadi ". Beritahu Arisya lembut di luar pintu, pantas sahaja pintu bilik rawatan dibuka, Arisya terkejut apabila pesakit yang bernama Asyraf menarik lengannya tiba-tiba. " Doktor duduk sini dengan kita, jangan pergi mana-mana tadi doktor tinggalkan kita semua orang kacau kita ". Luah Asyraf yang mungkin sebaya dengan Arisya, rupa paras yang cukup sempurna tetapi sayang tidak semua di dalam dunia ini sempurna. Arisya duduk di sofa tepi katil milik Asyraf " Doktor tak pergi mana-mana, tadi doktor buat kerja rumah nanti cikgu doktor marah kalau tak siap ". Asyraf membuat muka marah lalu mengeluarkan pisau lipat yang kecil di baju pesakitnya. Arisya pantas memainkan peranan. " Asyraf nak buat apa tu dengan pisau tu? ". Tanya Arisya yang seakan budak-budak. " Kita nak bunuh cikgu doktor! ". Sahutnya berani matanya tajam memerhatikan segenap pisau kecil itu. Arisya menghampiri dengan lembut. " Kita tak boleh bunuh orang, tuhan marah, sayangkan nyawa orang lain, kalau Asyraf masuk penjara macam mana? tak kesian ke dekat doktor tak ada kawan? ". Pujuk Arisya, perlahan lahan Asyraf menghulurkan pisau kecil kepada Arisya. " Kita bagi sebab doktor cantik macam bunga tu ". Pujinya seraya menuding jari kearah pasu bunga yang ditepi katil, senyuman penuh ikhlas dan sayu. Arisya berpura-pura malu dipuji begitu, Asyraf menarik sekuntum bunga ros putih daripada pasu bunga lalu diselitkan di telinga Arisya, Arisya tertawa kecil geli hati melihat pesakitnya yang seorang ini. " Doktor jangan gelak, doktor ejek saya eh? ". Arisya menggeleng kepala berkali kali tanda tidak mengiakan. " Doktor gelak sebab Asyraf terlalu sweet. Terima kasih untuk bunga ni, doktor akan simpan bawa balik rumah tapi Asyraf kena janji dulu dengan doktor tak nak buat begitu lagi, kesian dekat kita rambut kita pun tak cantik sebab main lari-lari kejar Asyraf. Janji? ". Arsyad lantas mengangguk. " Doktor cantik, hidung doktor kan macam hindi, doktor ada kulit warna putih, doktor kahwin dengan kita nak? ". Lamar Asyraf matanya bersinar berasa teruja. Arisya tersenyum manis. " Jodoh kita tuhan yang tentukan, sekarang Asyraf tidur okay jangan nakal-nakal macam tadi takut kita ". Asyraf mengganguk lalu membaringkan tubuhnya, Arisya menyelimutkan tubuh Asyraf ke paras dada. " Doktor buat kerja rumah selepas kita tidur eh ". Pinta Asyraf minta ditemani, Arisya mengganguk dengan senyuman yang tidak lekang dibibirnya. Tidak beberapa kemudian, Asyraf tertidur dalam senyuman, Arisya menutup langsir bilik rawatan Asyraf agar lelaki itu selesa tidur tidak terkena silau lalu keluar daripada situ. Di ruang biliknya Arisya jenuh memikirkan ahli keluarga Asyraf yang tidak pernah menjenguknya semenjak setahun yang lalu, data peribadi diselongkar sebaik mungkin, nombor telefon tidak dapat dihubungi malahan alamat rumah tidak dapat dijejaki. Ketukan pintu dari luar membuatkan Arisya tersedar seketika, jururawat itu tersenyum manis. " Doktor, saya cuma nak beritahu doktor yang pesakit bernama cik Asyraf sudah diberi makan dan ubat pada tengah hari sebelum cik Asyraf mengamuk petang tadi ".Arisya senyum berasa puas dengan jururawat yang cukup menjalankan tugas sebagai perkhidmatan pesakit. " Bagus Mandy, pastikan pesakit sentiasa dalam kawalan ". Pesan Arisya, jururawat yang lingkungan 40-an lebih itu mengganguk. " Ada apa-apa lagi ke doktor? ". Tanya Mandy sebelum pergi. " Mandy, awak tak pernah tahu ke atau tak pernah nampak ke keluarga pesakit ke saudara ke yang datang melawat? ". Tanya Arisya gusar, Mandy berfikir sejenak cuba mengingati. " Setahu saya tidak pernah ada doktor kecuali doktor yang paling rapat dengan pesakit. Saya pun pelik juga itu pun sebab dia suka doktor, dia kata doktor cantik tapi sayang otak dia tidak betul ". Keluh Mandy, Arisya mahu tergelak melihat mimik wajah Mandy yang seperti hampa. " Eh eh tak baik cakap begitu, mana tahu dia betul-betul sembuh suatu hari nanti mahu tak terbeliak mata Mandy ". Seloroh Arisya. " Kalau ya pun dengan doktor saja dia mahu, kami semua dia tidak mahu ". Balas Mandy lagi seperti perbualan mereka tidak habis. " Shh sambung kerja by the way thank you Mandy ".Ucap Arisya sambil tersenyum tanda senang hati dengan tugasan yang dilakukan oleh Mandy sentiasa on time!. Mandy pamit meminta diri pintu bilik ditutup rapat. Begitu lah dunia yang tiada sempadan, selagi nyawa dikandung badan dipijak, dibuang seperti sampah. Seingatnya, seorang warga tua yang pernah menghantar pesakit Asyraf untuk diperiksa fizikal dan mental. Mana warga tu itu pergi agaknya? adakah mempunyai pertalian darah dengan cik Asyraf?.