-Muka surat 6-

39 1 0
                                    

Pintu pejabat diketuk, pintu dibuka apabila tuan empunya bilik mengizinkan masuk. Gadis yang berpakaian seksi sendat itu yang menampakkan tubuh langsingnya. Arasy tersenyum manis melihat gadis pujaan itu sedang duduk di kerusi hadapannya. " You lapar? ". Tanya Arasy penuh cinta. Gadis yang bernama Irin duduk bersilang kaki. Huh mengancam!. " Of course I'm very hungry right now. You lambat ke nak siap? ".Kata Irin dalam nada yang manja. Arasy menutup laptopnya meninggalkan kerja yang tergendala demi wanita yang amat dicintainya ini. Irin tersenyum tanda puas hati. Mereka berdua berpegangan tangan tidak takut akan mata-mata yang melihat sedangkan Arasy yang sudah berstatus suami. Mana perginya tanggungjawab dan maruah seorang suami?.

Di meja makan, Arisya yang sedang enak menjamu selera tiba-tiba selera makannya mati melihat aksi suaminya bersama kekasihnya yang agak menggoda dan mengiurkan. Hatinya kecewa yang teramat. Demi mengalihkan perhatian Fyra yang bersama dia untuk keluar makan tengah hari supaya tidak melihat adegan yang amat tidak tahu malu baginya. Fyra pelik akan tindakan gadis itu yang mempromosikan tempat penginapan secara tiba-tiba di telefon pintar Arisya. " Lain yang aku cakap lain yang kau tunjuk ". Kata Fyra pelik sambil menjeling tajam. Arisya cuba untuk 'menyelamatkan' dirinya daripada terkantoi. " Saja nak share dengan kau ". Beritahu Arisya kedengaran seperti merajuk. " Baik member gua support lu! ". Ujar Fyra yang berpura-pura semangat, Arisya tiada mood setelah melihat aksi sebegitu tadi dia dan Fyra keluar daripada kafe tersebut apabila melihat pasangan yang amat 'romantik' itu tadi masuk ke dalam kafe.

Malam itu Arisya pulang awal ke rumah, makanan sudah dimasak menu yang simple lauk sambal sotong dengan macaroni salad harap Arasy tidak berleter lagi. Berleter juga aku hempuk kuali yang dekat dapur di muka dia mana tidak yang makan dua orang masakan mahu memasak menu yang banyak dan berat tidak ke membazir. Jam di dinding di pandang hm 11.20 malam. Arisya membaringkan diri di atas katil di saat ini fikirannya ligat memikirkan keberadaan pesakitnya Asyraf yang 'hilang' sejak kejadian dia ditikam cuma yang dia tahu Asyraf telah diambil semula dan mahu menjaga lelaki itu oleh ahli keluarganya sendiri. Masakan ahli keluarga Asyraf tidak memberitahunya atau meminta kebenaran walhal Asyraf adalah pesakit bawah tanggungjawabnya. Hampir seluruh hospital yang berdekatan dicari melalui info-info peribadi pesakit namun tiada nama Asyraf bin Hamdi yang tertera di laman hospital tersebut. Panggilan berlagu mematikan fikirannya nombor yang tidak dikenali terpapar di skrin. " Doktor.. saya rindukan doktor ". Sapa pemanggil. Arisya pelik. " Ini Asyraf ke?? ". Tanya Arisya tidak sabar. " Doktor kita mabuk best dekat sini kita dapat kenal ramai perempuan yang seksi ". Ujar Asyraf kedengaran gelak ketawanya dihujung talian dalam suara yang dipengaruhi alkohol. Arisya risau dia tidak boleh membiarkan pesakitnya itu sendirian di tempat awam lebih lagi pesakit seperti Asyraf bersifat agresif. " Cepat beritahu doktor Asyraf ada di mana sekarang!? ". Setelah menjawab pertanyaan Arisya, Asyraf mematikan telefon bimbitnya. Arisya bersiap-siap mengenakan pakaian yang agak tertutup keluar pada waktu malam lebih-lebih lagi kelab malam, cardigan lengan panjang dicapai.

15 minit Arisya tiba di kelab malam yang terletak di tengah ibu kota. Seumur hidup ini kali pertama dia menjejakkan kaki di kelab malam. Hingar bingar lagu yang berkumandang dibuat remix. Patutlah moden ini lebih ramai suka menghabiskan masa di kelab malam kerana lagu yang dimainkan sama seperti fikiran yang sedang berserabut. Matanya meliar mencari kelibat Asyraf dilihat Asyraf sedang bersandar lemah di sofa pantas Arisya mendapatkan Asyraf yang sedang dalam keadaan separuh sedar. " Asyraf buat apa dekat sini? jomlah kita balik kita takut tempat ni ". Asyraf hanya tersenyum dalam keadaan yang kurang sedar, bau alkohol menyesakkan nafas Arisya. " Kita tak nak balik selagi doktor tak setuju untuk berkahwin dengan kita sebab kita dah keluar daripada hospital ". Ujar Asyraf teruja. Arisya mencuba lagi untuk psikologi fikiran. " Macam mana nak kahwin kalau Asyraf mabuk macam ni, kita pun takut. Jom kita balik dulu, bincang baik-baik ". Pujuk Arisya terpaksa meninggikan suara kerana lagu yang dimainkan amat kuat. " Wow your body! I like your beautiful face, your bf mabuk right so why not you come and join us ". Pelawa lelaki gatal itu yang datang menghampiri Arisya memerhatikan susuk tubuh gadis kecil ini. " I think better you get lost before tapak kasut I hinggap dekat pipi you ". Balas Arisya lantang, lelaki itu menjauhkan diri apabila mendengar amaran Arisya. Dasar pengecut baru tapak kasut. Arasy yang menenami Irin minum wain di kerusi bar menangkap satu suara yang amat dikenalinya. Matanya meliar mencari di mana suara itu. Pandangannya terhenti apabila melihat Arisya bersama dengan lelaki lain dalam keadaan lelaki di sebelahnya mabuk. Jiwanya panas, haba yang datang secara tiba-tiba. Asyraf yang mahu memeluk tubuh Arisya tiba-tiba satu tumbukkan hinggap di pipi Asyraf. Arisya terkejut dan tidak menyangka bahawa Asyraf mahu memeluknya secara tiba-tiba mujur.. Arasy?. Arisya terpana, muzik dihentikan apabila suasana menjadi kacau melihat Arasy menumbuk Asyraf. Asyraf ingin melawan dia tahu sifat agresif lelaki itu lebih lagi botol alkohol mengelilingi mereka yang boleh mendatangkan bahaya. Arisya memegang lengan Asyraf supaya dapat menenangkan lelaki itu bertindak lebih jauh. Irin sekadar menjadi pemerhati turut bersama yang lain mereka bertiga menjadi tontonan umum. " Asyraf jom kita balik, dah tu eh jom kita balik ". Pujuk Arisya dengan suara lembut. Arasy bengang lalu dihadiahkan lagi penumbuk di bahagian perut Asyraf. " Arasy stop! dia pesakit I!! ". Beritahu Arisya dia terpaksa memeluk suaminya itu daripada belakang agar tidak terus membelasah Asyraf, Asyraf lemah, cecair merah mula keluar daripada bibirnya. Arasy menahan amarah, dia melepaskan pelukan Arisya yang daripada belakang dengan kuat hingga gadis itu terdorong sedikit lalu pergelangan Arisya ditarik kuat membawa Arisya keluar daripada situ. Arisya mengalirkan air mata tidak sampai hati melihat Asyraf menahan kesakitan seperti itu. Arisha melepaskan genggaman kuat tangan daripada Arasy dan mendapatkan Asyraf tidak sampai hati melihat Asyraf yang hanya manusia kurang sempurna dilakukan seperti itu tanpa usul periksa. " Doktor kita sakit orang tu tumbuk ". Beritahu Asyraf air matanya keluar menahan sakit. Arasy tetap Arasy bila 'setan' dalam dirinya sudah sampai dia tidak peduli sama sekali. " Arisya balik! ". Marah Arasy dengan suara yang kuat. Irin terkesima ini pertama kali dia melihat kekasihnya itu marah begitu sekali. " Kau jangan degil lah bodoh! ". Tangan Arisya ditarik dengan kuat keluar daripada kelab malam. " Jangan sampai salah seorang yang di sini buat video dan upload sampai pengetahuan orang luar aku takkan segan-segan musnahkan hidup kau orang semua. Pegang kata aku ". Sebelum pergi Arasy memberi amaran membuatkan mereka kecut perut atas pengaruh yang dimiliki Arasy Ammarish amat kuat. Dia tidak peduli Arisya meminta rayu minta dilepaskan. Adakah masih ada lagi kebahagiaan yang terselit? atau berakhir dengan sia-sia atas sedikit salah faham yang mungkin juga menemui titik perpisahan?.

Ya, pasti aku setia.Where stories live. Discover now