Bab 1

55 2 0
                                    

Gaun seksi yang dikenakan olehnya yang menampakkan kaki putih gebunya itu hingga melebihi paras lutut. Lapan tahun berlalu kini dia berjaya mengecapi semua yang diimpikan bergelar seorang psikologi kognotif yang amat mencabar mindanya berhadapan dengan pesakit yang berbagai ragam mematangkan lagi akal fikirannya. Rambut yang panjang melebihi paras bahu dibiarkan sahaja beralun. Sungguh cantik. Telefon iphone 5SE diambil di hujung katil lantas mendail nombor telefon yang disayangi. " Helo, ibu tak balik lagi ke? ". Tanya Arisya di hujung talian, didengar keluhan berat dilepaskan oleh ibu angkatnya iaitu makcik Masiah yang menjaga serta mendidik sejak ketiadaan ayahnya. " Ibu pulang lewat malam ini. Kenapa Cha telefon ibu? ada apa apa ke yang penting Cha nak beritahu ibu? ". Tanya orang tua itu lembut. Arisya melepaskan keluhan. " Tak ada apa yang penting cuma Cha tadi nak ajak ibu makan dekat luar, ibu busy kita pergi lain kali eh, dah siap kerja ibu beritahu Cha, Cha jemput ". Senyuman diukir di bibir ibunya, beruntung mempunyai seorang puteri yang menyenangkan hatinya. " Baiklah ibu tunggu ya, sekarang ibu nak letak telefon lauk tu dah mendidih. Eh ni Cha dah pulang kerja lah ni? ". Tanyanya sebelum mengakhiri perbualan. " Sudah ibu ku..ibu jaga diri baik-baik shh tutup telefon nanti hangus kang ibu masak kena marah dengan madam baru tahu ". Talian ditamatkan, Arisya mengerling ke arah jam yang di dinding. 8.34 malam ibunya masih kuat bekerja bukan dia tidak mampu untuk menyara mereka berdua tetapi entah kenapa ibunya seakan berkeras tidak mahu berhenti kerja pada umur yang sudah dimamah usia.
Masiah terkejut apabila melihat majikannya sedang ralit memerhatikan dirinya. " Puan maaf tadi anak saya telefon, saya pergi belakang dulu puan ". Pinta Masiah dalam nada ketakutan. Puan sri Alziah tersenyum melihat kekalutan wanita itu. " Eh tak apa, jom duduk minum dengan saya dekat luar, suami saya tak balik lagi ". Pelawa puan Alziah seraya menarik lembut tangan tua itu apabila pembantu rumahnya seperti mahu melarikan diri. " Tak apa lah kalau puan hendak minum saya boleh buatkan hantar dekat laman. Sekejap ya ". Puan Alziah menggelengkan kepala melihat keperibadian pembantunya itu yang terlalu merendah diri. " Tapi saya nak minum dengan awak, nanti saya suruh driver saya hantar awak balik. No excuses ". Paksa Puan Alziah dalam senyuman, jika tidak dipaksa bukan Masiah namanya yang sudah bekerja dengan keluargnya hampir 15 tahun. Puan Alziah menjemput Masiah duduk di hadapan kerusi laman rumah tersergam indah itu. " Macam mana ya saya nak mulakan luah masalah saya kepada Cik Siah ". Kata puan Alziah memulakan perbualan dalam keadaan yang seperti tidak kena. " Ada apa ya puan? cerita dekat saya mungkin saya boleh tolong puan sedikit banyak? ". Tanya Masiah lembut yang ingin tahu. Puan Alziah melepaskan keluhan. " Cik Siah ingat Arasy ammarrish? ". Pantas sahaja Masiah mengganguk masakan tidak ingat anak majikannya itu yang terlalu baik dengannya sering menghulurkan wang dan tenaga dikala Masiah dalam keadaan susah namun hubungan dia dengan anak lelaki bongsu seakan terputus sejak lelaki itu menyambung belajar disana lalu bekerja di luar negara selama 5 tahun. sudah berlalu. " Kenapa dengan encik Arasy puan? ". Tanyanya khuatir. " Senang cerita saya cakap dengan Cik Siah, Arasy hendak berkahwin ". Beritahu puan Alziah seakan berat. Masiah tersenyum lebar. " Eh puan kena gembira, ini kan yang puan hendak selama ni. Tapi orang mana? tidak lain tidak bukan orang melayu kan? sebab encik Arasy tidak mahu wanita orang putih ". Sambung Masiah dalam gembira lantas mengusap tangan majikannya itu. Puan Alziah menggengam erat tangan tua itu. " Ya orang Malaysia, bangsa melayu tapi perempuan tu macam ada yang tidak kena maksud saya, belum sesuai untuk menjadi isteri kepada Arasy, cara pemakaian, cara dia dengan Arasy melebihi batas cik Siah tahu saya tak mahu menantu macam begitu ". Terang Puan Alziah melepaskan apa yang terbuku di hati. Masiah senyum tawar. " Saya yakin Arasy boleh membimbing dia, cuma nasihat saya kita sebagai ibu bapa kena beri nasihat, beri penekanan agama kepada keduanya pilihan mereka jangan kita halang kalau bagi encik Arasy itu yang terbaik ". Nasihat Masiah yang tidak segan silu dengan majikannya yang teramat baik hati itu, ya dia beruntung. " Cik Siah boleh pulang, saya tetap tidak setuju dengan pilihan Arasy. Terima kasih sudi meluangkan masa dengan saya ". Ucap puan Alziah lemah. Sebelum pulang Masiah menasihatinya majikannya itu sekali lagi. " Puan jangan menilai dari paras rupa, dari segi pemakaian tapi nilai lah dari segi hatinya, minta maaf saya bercakap lancang dengan puan tetapi ini pandangan saya sekali lagi terima kasih ya puan ". Ucap Masiah lalu meminta diri untuk pulang. Macam-macam lah ragam dewasa sekarang.

Ya, pasti aku setia.Where stories live. Discover now