Bab 2

7.4K 176 2
                                    

PERTIKAIAN di rumah agam milik keluarga Akif buat Adiya rasa mahu menjerit. Akif sudah pergi, itu satu kenyataan. Bukan pergi untuk sementara tetapi pergi buat selamanya. Semua orang tahu tentang itu. Tapi kenapa kelihatannya hanya dia yang dibebankan sengsara atas kehilangan tersebut?

Dia dipanggil ke situ oleh Dato Murad untuk mendengar sendiri apa kata wakil dari pihak insuran berkaitan duit pampasan atas kematian Akif.

"Abang tahu tak apa maksud hibah tu?"

Semua orang diam mendengar hujah Datin Marina. Waktu itu semuanya sudah dijelaskan tetapi Dato Murad tidak bersetuju.

Betul Akif memilih hibah, bukan pewaris dan penamanya ialah Datin Marina. Jadi, Datin Marina berhak ke atas semua duit pampasan tersebut. Tapi boleh saja atas budi bicara, duit tersebut dibahagiakan dibahagikan pada yang lebih memerlukan.

"Anak kita tu dah letak nama I sebagai penerima hibah. Maknanya, dia hadiahkan duit tu untuk I dan I berhak 100% ke atas duit pampasan tu. Orang lain tak boleh pertikaikan."

"Rinaaa... " Dato Murad lepaskan keluhan berat. Mata memandang Adiya sekilas sebelum memandang si isteri yang nampak penuh emosi.

"Masa Akif ambil insuran tu kan dia belum kahwin..."

"Alah! Mereka kahwin pun beberapa jam saja. Perempuan ni mana layak terima harta peninggalan anak kita tu." Jari Datin Marina ditunjuk ke arah Adiya, memaksudkan 'perempuan ni' adalah Adiya, Perempuan yang dia tak suka sejak dulu lagi. Perempuan yang dia anggap tak layak langsung untuk berdiri di sebelah anaknya apatah lagi untuk menjadi menantunya.

"Kalau abang nak I bagi, I boleh bagi. Tapi sikit jer la." Datin Marina mencebik.

"Tu pun dengan syarat, abang suruh perempuan ni angkat kaki dari syarikat. I tak suka nak tengok muka dia. Entah esok-esok abang pula yang dia goda. Tak dapat anak, bapa pun jadi lah."

"Astaghfirullahalazimm...." Panjang istighfar Dato Murad mendengar tuduhan si isteri pada Adiya.

Bagi dia, Adiya itu tak ada buruk di mana-mana. Cuma perbezaan taraf dan dibesarkan di rumah anak-anak yatim, buatkan isterinya meroyan kata tak tahu asal usul dan tak setaraf. Walhal semua manusia itu sama. Yatim piatu itu adalah takdir yang telah ditetapkan Tuhan. Tak ada sesiapa pun boleh pertikaikannya.

Adiya pula, sudah tidak berupaya untuk menarik nafas. Sampai macam tu sekali pandangan Datin Marina terhadapnya?

Tahukah Datin Marina yang dia tak hingin satu sen pun duit tersebut? Melainkan kalau duit itu boleh hidupkan kembali Akif, suaminya. Memang dia akan rebut sampai dapat.

"Abang tak suka Rina masuk campur hal syarikat. Abang tahu apa yang abang buat." Dato Murad bersuara tegas.

Tak tahu apa lagi yang Dato Murad perkatakan sebelum menamatkan perbincangan kerana Adiya sudah tidak berminat untuk ambil tahu. Sebaik pihak insuran dan lawyer beredar, Adiya juga bangkit untuk meminta diri tetapi dihalang oleh Dato Murad.

"Diya tunggu dulu."

Adiya kembali duduk bila Dato Murad memberi arahan begitu. Kini yang tinggal di ruang tamu itu hanyalah dia dan Dato Murad serta Datin Marina.

"Ziyaad akan pulang minggu depan dan dia akan gantikan Akif. Diya belum pernah jumpa Ziyaad lagi kan?"

Perlahan Adiya geleng kepala. Dia biasa dengar nama Ziyaad dari mulut Akif. Satu-satunya adik lelaki Akif yang berada di UK. Belajar di sana.

AKU SANGGUPWhere stories live. Discover now