Bab 7

6.5K 191 1
                                    

DERINGAN interkom membantutkan fokus Adiya pada kerja yang bersusun di atas meja.

"Mana nescafe I?"

Adiya pandang ganggang telefon di tangan. Tak percaya Ziyaad akan mencarinya sampai ke interkom. Ingatkan kalau dia diam, ianya akan berakhir begitu saja. Lagipun, bukan salah dia. Salah Ziyaad juga yang mengejutkan dia.

Peliknya, kenapa Ziyaad susah payah ke pantri sedangkan sebagai bos besar, sepatutnya lelaki itu boleh saja arahkan Kak Sara selaku tea lady di pejabat ini sediakan minuman untuknya?

Dan sekarang, kenapa dia pula yang dipaksa bancuh nescafe? Kenapa tak suruh Kak Sara?

"Encik..."

"NOW!" Suara dihujung sana tegas memintas.

Klik!

Talian terus diputuskan. Dan sekali lagi Adiya pandang ganggang yang masih terpegang di tangan.

"Kurang ajar sungguh! Aku letak racun serangga dalam nescafe baru tahu!" Adiya bangkit berdiri dengan rasa geram dan sakit hati berbaur dalam dada. Silap haribulan, ridsect dalam kabinet pantri tu dia sembur masuk dalam nescafe nanti. Biar terus keracunan.

Bancuh nescafe, kasar saja Adiya baling sudu ke dalam sinki sehingga Kak Sara yang ada di situ memandang pelik.

"Diya marahkan akak ke?" Takut-takut si kakak tea lady bertanya.

Pantas saja Adiya geleng kepala.

"Akak tak bancuhkan air untuk Encik Ziyaad ke?"

"Eh! Akak baru jer tanya bos nak air lagi ke tak. Dia kata tak nak."

Darah dalam tubuh Adiya terus menggelegak mendengar penjelasan Kak Sara. Betullah lelaki tu memang sengaja cari pasal.

Masuk ke bilik Ziyaad dengan mug nescafe di tangan, Adiya nampak lelaki itu sedang berdiri membelakangi pintu, merenung ke luar tingkap cermin.

Dulu-dulu, Akif juga suka berdiri di situ melihat pemandangan indah kota raya Kuala Lumpur. Dia juga, sesekali apabila menemani Akif meneliti tender, suka berdiri di situ.

Adiya letak nescafe di atas meja tanpa sepatah kata. Tapi sebelum sempat dia bergerak mahu melangkah untuk keluar, Ziyaad sudah berpusing menghadap ke arahnya.

Dan butang baju Ziyaad yang sudah terbuka semuanya sehingga menampakkan dada yang bidang itu buat Adiya kaku dua saat.

Bolehkah dia anggap situasi ini sebagai gangguan sexsual di pejabat? Buat aduan di bahagian Human Resource?

Dalam sibuk berfikir, sedar-sedar Ziyaad sudah berada di depannya. Jarak antara mereka hanyalah dua langkah sahaja.

Tanpa Adiya menduga, Ziyaad tiba-tiba menanggalkan baju depan-depan tu juga. Tanpa segan silu tunjuk six pack dan lengan yang berotot.

Tergamam, Adiya hanya terkelip-kelip di situ. Otaknya tiba-tiba saja macam terkena strok haba.

"Baju ni, cuci sampai bersih!" Ayat arahan Ziyaad beri serentak dengan baju yang sudah disangkut di bahu Adiya.

Sekali lagi, Adiya tak sempat berbuat apa-apa apabila Ziyaad sudah berlalu ke arah wall cabinet di hujung bilik pejabat tersebut. Dia tahu di situ ada ruang untuk menggantung baju. Dulu-dulu, Akif selalu simpan baju di situ. Senang jika tiba-tiba perlu outstation, tak perlu pulang ke rumah, punggah saja pakaian dari dalam tu.

Dan saat ini, tatklala daun pintu kabinet tersebut dibuka oleh Ziyaad, Adiya nampak lelaki ini juga melakukan perkara yang sama seperti abangnya. Banyak pakaian tersimpan di situ.

Tiba-tiba Adiya bagai ternampak Akif di situ. Akif yang sedang memilih baju, Akif yang sedang tersenyum tatkala menanyakan warna mana yang sesuai untuk dibawa untuk oustation petang nanti.

"You boleh keluar sekarang." Suara Ziyaad yang tiba-tiba menghalau buat Adiya tersedar. Yang berdiri di situ sekarang ini bukan Akif.

Ya! itu Ziyaad, lelaki yang sangat kering hatinya. Kini Ziyaad sudah lengkap berpakaian semula.

Ziyaad yang melihat Adiya masih berdiri tegak di situ terhenti pergerakan sesaat. Langkah diatur mendekat.

"Atau... you nak tolong I pakai tie ni?" Tie di tangan Ziyaad tunjuk ke arah Adiya.

Dan Adiya pula, bagai baru tersedar dari lena yang panjang. Mata tak terkelip. Di depannya kini bukan Akif tetapi Ziyaad.

'Kenapa dia boleh jadi bodoh berdiri mematung disitu?' Suara hati Adiya marahkan diri sendiri.

Tak peduli provokasi Ziyaad, Adiya berpusing dan melangkah ke arah pintu untuk keluar. Sebaik menutup kasar pintu bilik tersebut, langkah Adiya terhenti di situ apabila mata menangkap wajah Raykal yang terkejut memandangnya.

"Baju...." Jari telunjuk Raykal lurus ke arah Adiya, ke bahu sebelah kiri yang tersangkut baju kemeja putih.

"You buka baju Encik Ziyaad?" Mata Raykal bagai mahu tersembul keluar. Mulut sudah melopong besar.

Dan-dan Adiya tarik baju yang yang tersangkut di bahunya. Saat itu, rasa nak maki Raykal pun ada. Sesuka hati tuduh dia begitu. Ingat dia hadap sangat ke?

Langkah diatur menghampiri Raykal dan baju di tangan disangkut pula pada bahu lelaki tersebut.

"Baju bos you ni, tolong cuci bagi bersih." Arahan Ziyaad padanya disampaikan pula pada Raykal dan terus saja dia berlalu kembali ke meja sendiri.

Sampai di meja, kelihatan semua pekerja sudah berkemas untuk keluar makan tengah hari. Tapi, dia sudah hilang selera untuk makan. Tubuh dan tangan terasa menggigil.

Duduk di kerusi, kedua tangan bersilang di meja dan kepala dijatuhkan ke atas tangan. Pipi kanan melekat pada lengan yang bersilang. Mata baru mahu terpejam, hidung pula terhidu haruman yang tersangat biasa dihidu. Haruman yang sama seperti Akif suka pakai.

Terus kepala tegak kembali. Mata melilau mencari kelibat Akif. Sesaat tersedar, nafas panjang ditarik. Tangan pula menarik baju dibahu sebelah kiri dan dibawa ke hidung.

Ya! Haruman dari baju Ziyaad melekat di situ. Haruman yang sama yang Akif suka pakai dan dia sukakannya.

"Abang... Diya rindu abang." Suara halusnya bagai merintih.

Bagaimana dia mahu 'lepaskan' Akif pergi jika semua yang ada di sekelilingnya sering mengingatkan dia pada lelaki itu?

Begitu banyak jenis minyak wangi yang ada di muka bumi ini, kenapa wangian yang sama dengan Akif yang Ziyaad pakai?

AKU SANGGUPWhere stories live. Discover now