Bab 14

3.6K 142 10
                                    

MASUK ke bilik pejabat encik bos, Adiya nampak Ziyaad sedang memicit kepala yang disandarkan ke belakang kerusi.

Melihatkan wajah yang nampak lemah seperti orang kesakitan itu, hati Adiya jatuh kasihan. Ini memang kelemahan dia. Tengok orang sakit aje, terasa semua sikap buruk orang tu hilang entah ke mana.

Lagi pun, tengok Ziyaad begitu, dia teringatkan Akif. Sama gayanya bila sakit kepala.

"Encik sakit ke?"

Ziyaad tidak bereaksi dengan soalan Adiya. Memang kepalanya benar-benar berdenyut. Semalam dia berembun di kedai mamak sampai jam dua pagi dan balik ke rumah pula mata tak boleh lelap.

Bangkit pagi, kepalanya berdenyut kuat. Nak demam pun satu hal juga. Mungkin sebab malam tadi hujan renyai-renyai tapi dia tahan saja duduk di meja luar kedai.

"Nak pergi klinik ke? I panggilkan driver."

Kali ini Ziyaad geleng kepala. Dia perlu tidur beberapa jam, pasti akan elok. Sudah terbiasa begini waktu belajar dulu.

"Sakit kepala aje. You ada minyak angin?"

Tak menunggu, Adiya keluar menuju ke mejanya mendapatkan minyak cap kapak yang memang sentiasa ada di situ.

Dulu-dulu, Akif memang suka minta minyak tersebut bila sakit kepala. Betullah, sejak akhir-akhir ini dia perasan perangai mereka dua beradik macam serupa.

Masuk semula ke bilik pejabat Ziyaad, Adiya nampak encik bosnya sudah menunduk. Dahi mencecah permukaan meja.

"Encik... ni minyak..." Belum habis bicara Adiya, kepala Ziyaad terangkat mengejut. Dan tingkah Ziyaad yang seperti orang mahu termuntah itu buat Adiya menggelabah.

Tak tahu nak buat apa, dia meluru dan tindakan spontan tangan menarik baju yang dia pakai, menadah ke depan muka Ziyaad.

Itu tindakan yang biasa dia buat waktu di rumah Al-Raudhah bila menjaga anak-anak kecil yang sakit. Ada yang termuntah tiba-tiba, baju dialah akan menjadi tadahan jika tak ada alatan lain untuk dia gunakan. Dan sekarang, dia guna cara begitu pada Ziyaad.

Betul sangkaannya, Ziyaad memang mahu termuntah. Dan muntahan tersebut tersembur ke baju kurungnya. Nasib dia cepat bertindak menadah, tak adalah muntahan tersebut terkena karpet tebal.

"Encik okey?" Adiya serba salah. Nak sentuh atau pegang-pegang, bukan mahram. Lagipun, dia tak berani nak sentuh lelaki gaya bapak singa macam Ziyaad ni. Kang tak pasal-pasal kena tengking.

"Baju you..." Ziyaad sudah membulat mata. Sungguh dia tak terjangka Adiya akan bertindak begitu. Dan cara Adiya yang prihatin begitu buat hatinya tersentuh.

"Tak apa, boleh bersihkan. Encik pergi toilet cepat. Takut termuntah lagi." Adiya memberi arahan sambil dia sendiri sudah berlalu untuk ke tandas.

Selesai membersihkan kesan muntahan pada bajunya, Adiya melangkah keluar. Dan dia dikejutkan oleh Ziyaad yang sedang berdiri di tepi pintu bilik air wanita.

"Encik.. buat apa...." Soalannya tak habis apabila perasan mata Ziyaad tak berkelip memandangnya.

Perlahan Adiya tundukkan wajah, melihat ke arah pandangan mata Ziyaad, ke dadanya.

Allah!

Dan-dan Adiya berpusing membelakangkan Ziyaad. Kenapa dia tak tengok cermin tadi? Baju kurung merah jambu kain kosong yang dipakainya basah hingga ke dada dan menampakkan bra hitam yang dipakai. Cepat-cepat dia tarik shawl yang dipakai turun ke bawah, menutupi semuanya.

Tiba-tiba bahunya diselimuti blazer hitam dan haruman yang terhidu dari blazer tersebut mengesahkan yang ia milik Ziyaad.

"Pakai blazer ni dan you balik sekarang."

Adiya pantas berpusing. Sekarang dia berani sebab shawl dah menutupi semua dan ditambah dengan blazer lagi.

"Tak apa Encik..."

"NOW! Balik!" Arahan tegas Ziyaad berikan.

Adiya beri isyarat pada blazer yang menyelimuti tubuhnya.

"Bawa balik sekali. Nanti bersihkan dan pulang balik pada I."

"Encik dah okey ke?"

"Jangan sibuk hal I. Balik sekarang!" makin tegas Ziyaad menghalau.

Dan Adiya sudah tak kuasa nak berbalas cakap. Terus dia berlalu meninggalkan Ziyaad di situ.

Langkah Adiya dihantar Ziyaad dengan pandangan yang sukar untuk dimengerti.

Hari ini, saat ini, dia akui kata-kata abangnya lewat e-mel yang dikirim.

Dia cuba menafikan semuanya sebelum ini apabila mendengar cerita mamanya. Segala yang buruk tentang Adiya. Adiya yang kaki kikis. Adiya yang sebabkan abangnya kemalangan dan macam-macam lagi yang buruk.

Hasil yang dia dapat daripada edisi siasat, Adiya anak yatim piatu yang sangat disayangi oleh seluruh ahli keluarga Al-Raudhah.

Sejak dua tiga hari ini dia berfikir, mana satu cerita yang mahu dia percaya. Mamanya atau arwah Akif?

Dan hari ini, hatinya kuat mengatakan yang Adiya bukan seperti yang mamanya ceritakan. 

AKU SANGGUPWhere stories live. Discover now