Bab 13

3.4K 121 7
                                    

BARU beberapa hari bercuti selepas bertunang, Ziyaad rasa mahu kembali bekerja. Sebab tinggal di rumah, dia asyik diasak oleh cerita yang sama oleh mamanya.

"Kenapa Yaad tak berkeras suruh perempuan tu pindah?"

Ziyaad buat-buat tak dengar dengan soalan mamanya yang entah sudah kali ke berapa.

"Yaad! I'm talking tu you." Datin Marina menyergah apabila melihat si anak buat endah tak endah dengan bicaranya.

"Biarlah dulu ma..." Perlahan saja Ziyaad menjawab. Dia pening. Boleh dikatakan setiap hari mamanya mendesak agar dia lakukan sesuatu untuk menghalau Adiya tapi papanya pula kata biarkan Adiya tinggal di situ.

Sudahnya, dia yang tersepit. Mulanya, waktu dia berjaya dapatkan kunci rumah dari Adiya, niatnya memang mahu menukar kunci dan menghalau Adiya keluar. Tapi, polosnya Adiya menyerahkan kunci kepadanya buat dia jadi tak sampai hati. Jujurnya Adiya menyediakan dia sarapan, buat hatinya yang keras jadi lembut.

Entahlah! Sejak kebelakangan ini dia jadi separuh-separuh. Sejak pertemuan di kedai mamak itu, dia tergerak hati untuk menyiasat latar belakang Adiya. Dan jawapan yang dia dapat, semuanya bertentang dengan apa yang mamanya ceritakan.

Dan sesuatu yang buatkan dia paling terkesan apabila tiba-tiba ternampak e-mel daripada arwah Akif yang masuk ke spam e-melnya. E-mel terakhir bertarikh seminggu sebelum tarikh kematian arwah. Dia sendiri tidak pasti kenapa e-mel tidak ke inbox tetapi terus ke spam.

Assalamualaikum Ziyaad...

Sebelum abang tulis lebih panjang, abang doakan Ziyaad tenang menghadapi exam. Moga menjadi anak kebanggaan keluarga.

Abang akan nikah minggu depan. Maaf sebab pilih tarikh ketika Ziyaad sedang bertungkus lumus dengan paper akhir. Sebab abang rasa, abang dah tak boleh tunggu lagi.

Pulang nanti, abang akan kenalkan bakal isteri abang(yang mungkin ketika itu sudah bergelar isteri abang) pada Ziyaad.

Namanya Adiya, sangat manis dan sopan orangnya.

Kalau Ziyaad tanya kenapa dia, jawapan abang hanya satu... sebab hati abang pilih dia.

Adiya tak perlu buat apa-apa untuk abang jatuh cinta padanya. Adiya tak perlu minta apa-apa untuk abang beri segalanya pada dia.

Adiya itu bidadari yang diturunkan oleh Tuhan untuk menarik abang ke jalan DIA.

Dia tak punya apa-apa tetapi dia sangat sempurna di mata abang.

Abang nak Ziyaad terima Adiya dan sayang dia seperti abang terima dan sayang dia. Mana tahu abang pendek umur, abang nak Ziyaad jaga dia untuk abang....

Sehingga jumpa lagi jika diizinkan DIA.

Wassalamm...

Itu isi kandungan e-mel yang dia ingat yang sehingga kini mengganggu fikirannya.

Dan satu keluhan berat terluah di bibir Ziyaad tanpa dia sedar.

Serentak itu, mata Datin Marina tajam merenung si anak. Sudah dapat menghidu bagai ada sesuatu yang tak kena sedang berlaku.

"Kamu ni dah kenapa Yaad? Jangan kamu pula yang termakan dengan gula-gula perempuan tu. Kamu lupa apa yang dia dah buat dekat abang kamu?" Datin Marina menegur. Dia perasan Ziyaad nampak lain sejak kebelakangan ini. Pada majlis bertunang pun, Ziyaad seperti tak gembira.

Ziyaad lepaskan keluhan panjang. Sudah lali dengan ayat mamanya itu. Persoalannya, benarkah Adiya memang begitu?

"Mama nak ingatkan kamu, ya. Perempuan tu tak layak untuk bersenang lenang dengan harta peninggalan Akif. Rumah tu akan jadi hak kamu..."

"Ma, biarlah dia tinggal kat situ dulu. Yaad pun bukan nak kahwin dan pindah sekarang."

"Masalahnya, mama tak suka dia duduk situ, faham?" Tegang suara Datin Marina, tak berpuas hati dengan kelembutan si anak. Makin pelik dengan reaksi si anak. Kalau sebelum ni, Ziyaad setuju saja apa yang disuruh, tetapi untuk hal yang semudah itu, Ziyaad seperti tidak mahu lakukan.

Dah la suaminya begitu, bagi muka sangat dengan perempuan tu, sekarang Ziyaad pula.

Ziyaad tak balas apa-apa. Dia bimbang kalau membalas, mamanya makin berangin. Dan nanti takut juga dia jadi hilang sabar dengan desakan berterusan. Kalau boleh, dia tak mahu bergaduh dengan mamanya. Sebab itu, dia ikutkan saja bila mamanya mahu dia dan Anabella bertunang awal.

"Kamu kahwin cepatlah dengan Bella tu dan terus tinggal kat situ. Ada alasan nak halau perempuan tu."

"Ma, kan janji dua tahun." Ziyaad makin rimas. Dia kalau sebut hal kahwin, memang terus hilang mood.

"Yang janji tu kamu. Mama tak nampak pun masalahnya kalau kamu kahwin cepat. Dah lebih dari mampu. Mama dah tanya Bella, katanya memang tak kisah kalau cepat. Dia pun memang dah bersedia. Kamu saja yang tak puas-puas enjoy." Datin Marina sudah beralih topik bebelan.

Ziyaad pula mula bosan. Terus bangkit daripada duduk.

"Hah! Nak ke mana pulak tu?"

"Keluar." Sepatah Ziyaad menjawab sebelum melangkah keluar. Lepak kedai mamak dengan kawan sambil tengok bola lagi tenang daripada duduk rumah diasak dengan cerita kahwin. Untuk Ziyaad, kahwin itu berada di agenda terakhir dalam hidupnya.

Yangpasti, hatinya belum terbuka ke arah itu. Bermakna, Anabella masih belum mampumembuka hatinya untuk menamatkan zaman bujangnya. Tunang pun, atas desakanmamanya. Dan tempoh dua tahun yang dia minta, agar dia boleh bentuk hatinyauntuk menerima Anabella sepenuhnya.

AKU SANGGUPWhere stories live. Discover now