Bab 10

8.5K 241 39
                                    

Okey! ini adalah cover rasmi Cerita AKU SANGGUP publish April 2017 hari tu dan ianya Limited Edition, hanya dijual secara online sahaja di Penerbitan Idea Kreatif

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Okey! ini adalah cover rasmi Cerita AKU SANGGUP publish April 2017 hari tu dan ianya Limited Edition, hanya dijual secara online sahaja di Penerbitan Idea Kreatif.

Novel saya semua terbitan Idea Kretif dan semuanya limited Edition. Bila penerbit dah habis stok, harga akan mendadak naik. Kena cari seller online yang borong banyak dan juga sesiapa yang nak jual prelove di FB.

Sekarang ni, untuk novel AKU SANGGUP, juga stok sudah habis. Baru habis dua minggu lepas dan kalau nak cari pun, seller online jual dengan harga RM50 ke atas. Harga asal RM 29.

***********

BAB 10. ( Lepas ni saya tak update apa-apa lagi dah sebab sekarang tengah fokus pada cerita baru, MUNGKIN BUKAN AKU)

**********

BARU keluar dari pintu untuk ke pejabat pagi itu, Tiba-tiba ada sebuah kereta berhenti betul-betul di depan pagar rumahnya.

Hati Adiya tertanya, siapa pula yang datang pagi buta waktu dia mahu keluar ke tempat kerja ni?

Lama Adiya hanya memerhati di muka pintu, kelihatan Ziyaad keluar dari kereta dan menggoyang pagar. Terkejut, cepat-cepat dia berlari ke arah pagar.

"Ada apa, encik?" Wajah Ziyaad diintai dari celah pagar besi.

Hati sudah berdebar. Ada yang tak kena ke? Selalu bila orang datang rumah waktu yang tak disangka begini, hanya untuk menyampaikan berita buruk.

"Boleh buka pagar dulu tak?"

Mulanya Adiya teragak-agak untuk membukanya. Yalah! Dia sendirian, Ziyaad tu lelaki dan dia pula perempuan.

Tapi melihat wajah tegang Ziyaad, Adiya tekan juga alat kawalan dan sebaik pagar terbuka, Ziyaad terus melolos masuk.

"Buatkan minuman."

Adiya terus kaku di depan pagar mendengar arahan tak masuk akal Ziyaad itu. Datang ke sini pagi buta sekadar mahu dia buatkan minuman? Sudah tak siumankah lelaki ini?

Sehingga Ziyaad sudah menghilang masuk ke dalam rumah, Adiya masih kekal di depan pintu pagar, berkira-kira mahu masuk atau mahu terus keluar ke tempat kerja.

"Adiya!!!" Jeritan Ziyaad buat Adiya tersentak. Spontan kakinya terbuka besar menuju ke pintu dan masuk ke dalam.

Waktu itu, Ziyaad sudah di dapur, elok saja duduk di bar chair di ruang dry kitchen.

"Tak ada sarapan ke? Takkan rumah ada dapur tak masak sarapan?"

Adiya berkerut kening. Itu ayat dia semalam. Ziyaad telah memutar belitkan sindirannya. Sekarang dia mula faham, Ziyaad ini jenis manusia yang tak boleh dicabar dan akan lakukan apa saja untuk menyakitkan hati orang lain.

"Encik, tak elok encik main masuk aje dalam rumah ni. I ni janda dan tinggal sorang. Nanti kalau orang nampak, apa orang kata..."

"That's none of my business." Ayat Ziyaad yang memintas bicara Adiya itu boleh buat darah naik ke kepala.

Kecil besar saja Adiya pandang Ziyaad di depannya. Kalau hilang warasnya, pisau pemotong daging di dapur sana yang akan menjadi alat untuk potong orang.

"Kenapa pandang I macam nampak penjenayah ni?" Ziyaad pandang Adiya dengan ekor mata. Walau tak dilihat betul-betul, dia tahu Adiya sedang memandangnya dengan pandangan penuh geram. Itulah yang dia mahu sebenarnya.

"Sekarang ni, I rasa macam nak ambil pisau pemotong daging dan kerat encik macam penjual ayam kerat ayam tu dan masukkan dalam plastik hitam, buang ke sungai." Adiya lepaskan geram sebelum berlalu ke dapur.

"Kejamnya. I tak pelik la kalau you sanggup bunuh suami sendiri."

Terus terhenti langkah Adiya mendengar ayat Ziyaad. Tuduhan tu bagai batu besar dibalingkan ke atas bahunya sehingga dia hampir jatuh terduduk.

"Ziyaad, I tak bunuh abang you. Orang gila saja yang akan bunuh orang yang dia cinta." Adiya berpaling.

"Orang yang tak punya hati, tak akan tahu apa itu makna cinta yang sebenar. Sebab di tubuhnya tak punya tempat untuk bercambah kasih dan sayang."

Kali ini, Ziyaad diam terus.

Dan Adiya berlalu ke dapur. Walau hati sakit, walau Ziyaad sudah berjaya menembak peluru sedih ke dadanya, tetap juga dia bancuhkan air untuk lelaki itu. Sebab dia percaya, Ziyaad tak akan beredar selagi tak dibuatkan apa yang dimahukannya. Mengenali Ziyaad walau hanya untuk jangka waktu yang pendek, dia sudah mulai faham semuanya.

Ziyaad masih tak bersuara ketika Adiya letakkan Nescafe di depannya. Ada juga roti yang telah dibakar dan disapukan Planta yang Adiya bawa.

Tak tahu kenapa, Ziyaad rasa ada sesuatu pada Adiya yang buatkan dia tak mampu nak melebih-lebih. Sebab walau dia sakitkan hati Adiya separah mana sekali pun, Adiya tetap akan buat apa yang disuruh. Akur saat terluka itu payah tapi sepertinya sangat mudah buat Adiya.

"Encik, I dah lambat nak masuk kerja ni."

"Tinggalkan kunci. You boleh pergi." Masih Ziyaad mahu tegakkan egonya. Tak mahu tunjuk yang dia sudah mula terusik dengan keperibadian Adiya.

Adiya diam beberapa detik. Dia jadi curiga dengan permintaan Ziyaad. Adakah mungkin Ziyaad mahu gunakan cara psikologi untuk menghalaunya keluar dari rumah ni?

Jika dia tinggalkan kunci, Ziyaad boleh saja guna kunci lain untuk untuk tidak beri dia masuk lagi.

"Patutnya I yang curiga sebab you tinggal dalam rumah I tanpa apa-apa bayaran. Tanpa kebenaran. You tak perlu curiga pada I sebab I tak akan jual harta sendiri." Ziyaad tayang muka bersahaja. Roti yang Adiya sediakan dikunyah penuh nikmat.

Tak tahu kenapa, juadah yang ringkas itu mampu buat dia berselera walhal kalau di rumah, setakat roti Gardenia bakar sapu mentega, dia tak pandang langsung.

Timbang tara apa yang Ziyaad kata. Akhirnya Adiya letakkan juga kunci di depan Ziyaad sebelum dia keluar menggunakan kunci pendua. Jika Ziyaad tak pulangkan kunci tersebut, dia masih ada kunci untuk masuk. Nanti-nanti dia akan tukar kunci baru.


AKU SANGGUPWhere stories live. Discover now