ADIYA pantas bangkit berdiri apabila melihat Ziyaad bersama seorang wanita cantik lagi anggun menuju ke mejanya.
"Tolong buatkan air." Arahan ringkas Ziyaad berikan tanpa melihat ke wajah Adiya.
Kepala Adiya terangguk perlahan tapi mata Adiya mengerling wanita yang sedang asyik merenung telefon di tangan. Ini pertama kali dia melihat perempuan tersebut. Boleh tahan cantiknya tapi muka nampak sombong.
"Bella, you nak minum apa?"
Si perempuan angkat wajah. Baru Adiya ingat, Bella itu nama bakal tunang Ziyaad yang pernah dia dengar dari bicara Datin Marina. Nama penuhnya Anabella kalau tak silap.
"Fresh orange." Wanita itu jawab tanpa senyum. Mata fokus pada skrin membelek telefon bimbit di tangan.
"Diya..."
"Fresh orange tak ada, encik." Adiya memintas bicara Ziyaad. Sudah dia tahu apa yang mahu Ziyaad katakan.
Sudah lama dia berkhidmat di sini, mana pernah ada orang mintak air sesuka hati begitu. Inilah pertama kali.
Ziyaad keluarkan dompet. Not 50 dikeluarkan dan diletakkan ke atas meja Adiya.
"Pergi beli." Arahan dikeluarkan buat mata Adiya membulat dan mulut terlopong. Pagi buta cari fresh orange? Adiya rasa nak mula berkurang ajar, tapi disabarkan hatinya.
Tanpa riak bersalah dengan situasi tersebut, Anabella paut lengan Ziyaad dan mereka melangkah untuk ke bilik.
"Encik Ziyaad..."
Langkah Ziyaad terhenti. Dia arahkan Anabella masuk ke biliknya terlebih dahulu sementara dia kembali ke arah Adiya.
"Patut ke I cari quotation untuk buka restoran kat dalam office ni?" Adiya ajukan soalan menyindir.
Masih dia tak mampu mahu berdiam diri menerima saja apa arahan Ziyaad yang macam-macam itu walau dia tahu kalau dia menyinis, Ziyaad akan balas dengan cara yang sarkastik.
Ziyaad pandang Adiya dengan mata tajam. Waktu tak berapa sesuai untuk dia menimbulkan pergaduhan.
"Sekarang mintak fresh orange, takut kalau datang tengah hari, mintak nasi goreng pula. Jenuh I nak pergi beli." Masih ayat menyinis, Adiya luahkan hujahnya. Geram sebenarnya. Sejak awal pagi di rumah, bersambung pula di pejabat.
"Adiya..." Ziyaad menunduk, mendekatkan wajah ke arah Adiya.
"You hanya perlu buat apa yang I suruh. F.A.H.A.M?" Perkataan faham itu Ziyaad eja satu persatu.
Dan apabila encik bos sudah keluarkan suara nada begitu, Adiya sudah tahu kalau dia buka mulut lagi, ada kemungkinan satu pejabat boleh dengar ngaumannya.
Tunggulah, akan tiba masanya dia tak perlu lagi pandang muka lelaki ini. Tunggulah, akan tiba saatnya dia melangkah pergi dari sini.
Sejak semalam, dia sudah memulakan misi mencari kerja baru. Dia akan cari alasan yang paling logik untuk disuarakan pada Dato Murad nanti bila tiba waktunya.
Malas-malas Adiya hubungi Azim, pemandu yang ditugaskan untuk membawa Ziyaad ke mana saja lelaki itu mahu pergi.
Dan Azim menjadi mangsa dia meminta tolong carikan fresh orange untuk bakal tunang encik bos mereka.
"Puan Diya sayang, tahu tak I sangat menyampah dengan bakal tunang bos tu. Kalau you kata fresh orange tu untuk perempuan yang nama Bella tu, nanti I beli, I ludah-ludah dalam tu." Suara menyampah Azim di talian buat Adiya mahu tergelak.
"Isk! Pengotornya you ni," balas Adiya, melayan.
Rupanya bukan dia saja yang rasa menyampah sekarang ni. Dia baru pertama kali hadap. Azim lagi la. Dah berkali-kali gamaknya membawa perempuan itu menaiki kereta Ziyaad.
"Betullah. Lagaknya kalahkan bos. Dan bos tu pun bodoh. Perempuan macam tu pun nak." Tambah Azim lagi masih dengan muka menyampahnya.
Adiya tergelak kecil mendengar Azim mengata bosnya bodoh.
"Bos siapa la tu..."
"Adiya!!!!" Suara jeritan Ziyaad buat bicara Adiya terhenti mahu meneruskan kutukan.
Mata terarah pada Ziyaad yang berdiri di muka pintu biliknya. Dan Apabila Ziyaad sudah melangkah menghampiri mejanya, Adiya terus putuskan talian.
"I suruh you carikan fresh orange, you sibuk bergayut dengan siapa?"
Tak jawab apa-apa dan lebih kepada malas melayan, Adiya bergerak mahu ke pantri. Si perempuan tu memang lah nak minum fresh orange tapi si lelaki ni haruslah nak Nescafe.
Tapi, langkahnya diadang Ziyaad.
"I tanya..."
"Baby..." Suara Anabella membantutkan tindakan Ziyaad yang mahu menghimpit Adiya di meja.
"I kena pergi sekarang la. Appointment tu dah tukar, bukan tengah hari, tapi pagi." Anabella bersuara manja sambil melangkah ke arah Ziyaad yang berdiri berhampiran meja PAnya.
Ziyaad terus tekan-tekan skrin telefon di tangan dan nama Azim yang disebut buat Adiya tersenyum. Mahunya Azim menyumpah seranah nanti.
YOU ARE READING
AKU SANGGUP
Lãng mạnHidup ini ujian. Dan ujian paling hebat buat Adiya adalah ketika kehilangan suami di hari pertama bergelar isteri. Dia redha. Tapi, munculnya Ziyaad dengan tiba-tiba, buat redhanya hanyut. Bagaimana dia boleh lupakan Akif jika Ziyaad sering buatkan...