Bab 15

5K 128 14
                                    

PANGGILAN telefon daripada nombor Ziyaad pada malam buta itu buat Adiya teragak-agak untuk menjawab.

Mahu membiarkan saja tapi takut ada kecemasan. Apatah lagi siang tadi Ziyaad sakit. Tak tahu kenapa, walau Ziyaad itu sering buat dia sakit hati, tapi sapa saja yang berkaitan dengan lelaki itu buat Adiya tak boleh hanya melihat dan berdiam diri.

"Helo!"

Senyap.

"Encik Ziyaad?" Adiya kerut kening dan pandang telefon di tangan. Memang betul nama Ziyaad yang tertera di skrin.

"Mmm..." Akhirnya kedengaran suara bergumam di hujung sana.

Pelik! Malam buta menghubunginya tapi hanya senyap dan bergumam saja. Kalau tak ada hal penting, kenapa telefon? Takkan tak boleh tunggu esok.

"Encik call ni kenapa? Lepas waktu kerja biasanya I tak layan panggilan berkaitan kerja."

Senyap lagi.

Ziyaad di sebelah sana pula pandang skrin telefon sendiri. Tak percaya.

Dalam kepala dia nak mahu membuat panggilan pada cik tunang tapi kenapa nombor Adiya yang ditekan?

"Esok I ada hal di Seremban. You kena ikut." Akhirnya topik yang tak terancang keluar dari bibir Ziyaad. Sebenarnya dia tak terfikir pun nak mengheret Adiya sekali ikut ke Seremban kerana hanya pertemuan biasa-biasa dengan klien yang sudah lama tak ditemui.

"Eh?" Adiya berfikir sejenak.

"Esok kan encik ada meeting dengan Mr Yee kat Ampang?"

"Dah tukar." Pantas saja Ziyaad membalas.

"Kenapa I tak tahu?"

"Tadi you balik awal."

"Encik..." Terlepas keluhan dari bibir Adiya. Susah betul kerja dengan bos macam ni. Sesuka hati saja. Penat dia mengatur janji temu itu.

"Esok encik ada dua meeting."

"I dah batalkan semuanya."

"Mmm...... Kalau macam tu encik pergi dengan Encik Azim ajelah. I ada benda nak kena..."

"Ini arahan Adiya! Sekarang you yang kena ikut cakap I, bukan I yang nak kena ikut cakap you." Suara singa lapar Ziyaad sudah keluar buatkan Adiya terus terdiam.

Dah keluar angin senggugut dia. Tadi boleh saja bercakap elok-elok. Sekarang dah rupa macam perempuan nak menopaus. Adiya mengutuk dalam hati.

"Tunggu kat rumah. I jemput nanti." Arahan diberi lagi oleh Ziyaad. Tegas seolah-olah tiada alasan lagi untuk membantah.

"Encik Azim tahu ke jemput I kat rumah ni?"

"I ada cakap Azim yang jemput ke tadi?"

Errkkk! Adiya berkerut dahi. Berfikir sejenak sebelum membuka mulut.

"Siapa yang drive?"

"Tunggu kat rumah!" Itu pula yang dijawab Ziyaad sebelum talian diputuskan tanpa ucap salam atau kata penamat.

Adiya pandang telefon di tangan yang sudah gelap. Apa yang tak kena dengan lelaki ni? Memang dia perasan sejak akhir-akhir ini perangai Ziyaad pelik sikit. Sekejap baik, sekejap berangin. Tapi yang paling ketara, Ziyaad sudah tidak berkata yang menyakitkan hati padanya.

Dan selepas itu Adiya terfikir, takkan dia pergi Seremban berdua dengan Ziyaad? Seremban tu bukan dekat. Apa yang dia nak bualkan dengan lelaki itu dalam kereta sepanjang perjalanan?

Lagipun, boleh percaya ke Ziyaad tak buat benda yang bukan-bukan?

Bukan nak kata Ziyaad tu jahat ke apa. Tapi hati manusia kalau ada dendam, banyak yang negatif dari positifnya. Mungkin saja Ziyaad berdiam dan tak lagi menyakitkan hatinya kebelakangan ini kerana merancang sesuatu yang lebih hebat. Siapa tahu.

Tapi, apa pun yang Adiya fikir dan keluarkan teori, tetap juga esok dia harus ke Seremban.

AKU SANGGUPWhere stories live. Discover now