ADIYA terpaksa akur apabila dia diarah bertukar bidang kerja. Dari seorang setiausaha merangkap PA kepada GM, dia ditukarkan ke bahagia Admin. 'diletakkan' di situ sementara ada kekosongan yang sesuai. Itu kata mereka.
Alasannya, GM baru atau lebih tepat lagi, Ziyaad Irham, dan paling tepat sekali, bekas adik iparnya tak suka bekerja dengan perempuan. Lelaki itu mahu PA lelaki juga.
Macam GAY pula gayanya. Tapi, itu alasan yang sangat kukuh yang memaksa Dato Murad menurut saja kemahuannya. Syarat untuk lelaki itu menggantikan tempat abangnya. Jika tidak, Ziyaad tak mahu masuk ke situ kerana sudha mendapat tawaran lain yag kebih lumayan. Itu yang Adiya dengar dari bisik-bisik di pejabat.
Dan dari situ, Adiya simpulkan bahawa seorang Ziyaad ini sangat berbeza dengan abangnya. Sangat angkuh. Dengan papa sendiri pun nak demand lebih. Walhal itu bisness keluarga, akan jadi hak miliknya juga bila Dato Murad dah tak ada nanti.
Bekerja di Admin, walau jawatannya taraf Executive, tapi dia dibuli cukup-cukup. Dengan alasan dia orang baru dalam department tersebut dan masih belum ada kerja yang specifik untuk diberi padanya.
"Diya, you fotostat dokumen ni."
"Diya, nanti tolong key-in data ni dan e-mel pada I"
"Diya, nanti tolong check report ni..."
Banyak lagi arahan yang bukan-bukan diberi. Semua kerja kerani sudah dilambakkan ke atas mejanya. Dan kerani yang ada hanya duduk goyang kaki tanpa perlu buat apa-apa.
Mahu mengadu pada Dato? Itu bukan sifatnya.
Sudahnya, dia tahan hati. Ikut saja apa yang disuruh.
Dulu-dulu, memanglah dia sudah biasa diarah buat itu ini. Tapi hanya arahan dari Akif sahaja. Tapi kini, terasa semua orang mahu menjadi bos dan dia pula menjadi kuli pada semua orang.
Bukan hanya setakat kerja Admin, tapi kerja akaun dan macam-macam lagi. Atau mungkin juga mahu memberi tekanan padanya agar dia meletak jawatan dengan sendiri?
"Hah! Bos belum kenal lagi dengan bekas PA yang dulu kan?"
Tiba-tiba ada satu suara gaya lembut menyapa telinga Adiya. Waktu itu, dia sedang berdiri di depan mesin fotostat, menunggu dokumen setebal setengah inci dicetak.
Mahu berpaling, tapi hati menegah. Sudahnya Adiya diam mematung.
"I tak mahu kenal dengan pembunuh."
Buk!
Bagai satu tumbukan melibas di pipi Adiya mendengar ayat tersebut. Kalau sebelum ini, dia hanya mendengar bisik-bisik dari mulut ke mulut, ramai staff mengata di belakang bahawa dia penyebab kematian Akif.
Tak pernah seorang pun menyebut dia sebagai pembunuh, secara depan-depan. Kalau kaki kikis tu, sudah terbiasa. Tapi sebagai pembunuh, inilah julung kalinya.
Adiya pantas berpaling. Hati jadi hangat tiba-tiba.
"Encik Ziyaad!" Dia bersuara kuat, menghentikan langkah si tuan punya badan yang menuduh dia sebagai pembunuh itu.
Mungkin mereka tak pernah bertemu secara bersemuka. Tak pernah dikenalkan secara depan-depan kerana hari pertama lelaki ini memulakan kerja, dia masih bercuti. Tapi dia sudah beberapa kali nampak lelaki ini dari jauh.
Mata bertentang mata. Raykal aka Si Lembut aka PA baru untuk GM baru sudah gelisah di sisi encik bosnya.
"Orang yang pintar tanpa iman, lebih kurang dengan orang dalam hutan tanpa kompas, mudah tersesat. Dan orang pintar yang tersesat itu lebih kurang sama dengan orang gila."

YOU ARE READING
AKU SANGGUP
RomanceHidup ini ujian. Dan ujian paling hebat buat Adiya adalah ketika kehilangan suami di hari pertama bergelar isteri. Dia redha. Tapi, munculnya Ziyaad dengan tiba-tiba, buat redhanya hanyut. Bagaimana dia boleh lupakan Akif jika Ziyaad sering buatkan...