BERTEMU dengan Hafeef, Adiya luahkan semua yang terbuku di hati tapi si pendengar hanya senyum. Memang sejak dulu, sejak kecil kenal lelaki ini, senyum tak pernah lekang dari bibirnya. Sama macam uminya, wanita penyayang yang sanggup lakukan apa saja demi anak-anak yatim di rumah Al-Raudhah.
"Orang bukan cerita tentang kisah bahagia kan? Semua yang orang cerita tu, kisah sedih kan?" Adiya menyinis. Tak puas hati bila mendapat reaksi yang sebegitu.
Yalah! Kisah yang diceritakannya adalah kisah yang menyakitkan. Suami meninggal dan dia dihalau oleh mertua. Adik ipar pula panggil dia sebagai pembunuh. Tak mungkin cerita sebegitu adalah cerita bahagia.
Kali ini, Hafeef ketawa pula bila mendengar sindiran Adiya.
"Kenapa abang senyum dan ketawa?" Nada geram keluar dari bibir Adiya.
Mata mengecil. Dia mengajak bertemu sebaik saja lelaki ini jejak kaki ke bumi KL setelah seelsai mengerjakan ibadah umrah bersama uminya dengan tujuan mahu bercerita kisah yang sudah dipendam lama. Kalau dia tahu begini, baik dia simpan saja cerita hidupnya. Baik dia selesaikan sendirian masalahnya.
"Orang yang senyum tu tak semestinya sedang bahagia kan?" Soalan berbalas soalan.
"Dan kita tak perlu menangis untuk tunjukkan pada dunia yang kita sedang derita." Hafeef menyambung kata.
Adiya terus terdiam, mengakui kebenaran bicara Hafeef. Kepala menunduk. Hati dipujuk bertenang.
"Maaf.. sebab orang terlebih emosi. Maaf juga sebab orang suka mengadu benda yang bukan-bukan." Rendah suara Adiya memohon maaf. Sejak kecil, dia memang terbiasa bahasakan diri dengan panggilan 'orang' bila berbicara dengan Hafeef dan juga uminya.
"Adiya...." Hafeef seru nama wanita yang sedang menunduk di depannya.
Adiya angkat kepala. Wajah Hafeef menjadi tatapan. Membesar bersama, Hafeef adalah lelaki yang akan sentiasa ada saat mulutnya mahu meluahkan resah di hati. Sebelum bertemu Akif, hanya Hafeef yang dia ada, saat susah dan senangnya. Lelaki ini sudah dianggap seperti abang kandungnya sendiri.
Umi Aisyah itu pula sudah seperti ibu kandungnya dan anak-anak yang lain di rumah Al-Raudhah itu adalah adik-beradiknya. Hanya merekalah keluarga yang dia ada untuk menumpang kasih.
"Kan abang selalu cakap, kalau Diya nak cabut telinga abang untuk letak depan bibir Diya pun abang sanggup."
Kali ini, ayat Hafeef buat Adiya ketawa perlahan.
"Kalau orang buat macam tu, dah jadi cacat. Tak ada perempuan yang nak kan abang nanti."
"Kalau Diya dah cacatkan abang, Diya la yang kena kahwin dengan abang."
Senyap. Tiba-tiba saja seperti malaikat lalu depan mereka.
Adiya terpegun tatkala mendengar ayat tersebut. Hafeef tak pernah bergurau begini dengannya. Kenapa tiba-tiba jadi begini?
"Mmm...Kenapa tak suruh Akif tukar nama terus letak nama Diya pada rumah tu?" Hafeef teragak-agak ubah topik.
Soalan tak masuk akal yang keluar dari bibir lelaki ini buat mata Adiya membulat.
"Abang ingat orang ni mata duitan ke?"
Hafeef senyum menyambut soalan balas Adiya. Dia sudah masak dengan perangai wanita di depannya ini.
"Alang-alang dah kikis tu, kikis la biar jadi hak milik kekal." Nada Hafeef nada gurauan tapi hati Adiya tak boleh terima. Orang lain boleh kata dia kaki kikis tapi bila kata-kata itu keluar dari mulut Hafeef, ia menajdi sangat sensitif.
YOU ARE READING
AKU SANGGUP
RomansaHidup ini ujian. Dan ujian paling hebat buat Adiya adalah ketika kehilangan suami di hari pertama bergelar isteri. Dia redha. Tapi, munculnya Ziyaad dengan tiba-tiba, buat redhanya hanyut. Bagaimana dia boleh lupakan Akif jika Ziyaad sering buatkan...