Bab 3

6.5K 174 2
                                    

TIDAK mahu berlama di situ, Adiya meminta diri. Salam dihulur pada Datin Marina tetapi tidak bersambut. Terus Adiya menunduk dan menarik kembali tangan yang dihulur bersama senyuman memujuk hati sendiri.

"Kereta tu, kamu guna dulu. Nanti nak ulang alik pergi kerja susah." Dato Murad bersuara memecah situasi yang kelihatan janggal di matanya.

"Terima kasih, Dato. Saya balik dulu."

"Kalau di luar pejabat, panggil papa. Jangan panggil Dato." Pesan Dato Murad ketika melangkah mengiringi Adiya hingga ke pintu.

Adiya hanya mengangguk. Langkah diatur keluar dari rumah agam tersebut. BMW X5 hitam dipandang sebelum pintu sebelah pemandu dibuka.

Kereta itu hadiah dari Akif sempena ulang tahun kelahirannya tiga bulan yang lepas.

Betullah, ramai yang cemburu pada dia. Mula-mula jadi PA, lepas tu jadi suri hati. Belum apa-apa dah dapat kereta dan rumah besar.

Tapi, semua orang tak tahu yang dia bersungguh menolak. Semua orang tak tahu Akif itu pandai memujuk dalam memaksa yang mengharuskan dia ikut segala kemahuannya.

Tangan dibawa ke dada.

"Adiya, kau harus kuat." Ayat itu dibisikkan pada diri sendiri.

Kepala disandar ke belakang tempat duduk. Mata dipejam rapat.

"Akif, kenapa cepat sangat pergi?" Bibirnya berkata-kata sendiri. Air mata di pipi disapu perlahan.

"Panggil abang, jangan panggil bos atau Akif lagi." Itu arahan Akif sebaik mereka bergelar suami isteri.

"Abang..." Bibirnya bergetar

"Selepas ni, Diya akan rindukan suara tegas abang memberi arahan. Diya akan rindukan suara ketawa abang bila mengusik Diya." Kepala didongakkan ke atas. Menahan air jernih dari gugur lagi.

"Abang nak Diya bahagia. Walau mungkin suatu hari nanti, abang bukan lagi penyebab bahagia itu, tetaplah hidup bahagia dengan apa jua alasan sekali pun."

Air mata gugur jua tatkala teringat ayat tersebut.

"Tuhan.. terima kasih kerana meminjamkan lelaki itu. Walau hanya untuk sementara, Walau hanya untuk beberapa jam menjadi isterinya, aku tetap bahagia."

Mata dikesat lagi.

"Abang...Diya tetap akan bahagia walau selepas ini bukan abang lagi penyebabnya." Itu janji hati Adiya.

Pemanduan diteruskan pulang ke rumah. Rumah banglo milik Akif yang mahu diambil balik oleh Datin Marina.

Berdiri didepan laman rumah, Adiya seakan ternampak bayang Akif sedang memeluknya di muka pintu. Waktu itu Akif mahu pulang sebaik menghantarnya selepas majlis akad nikah. Detik itu dia dapat rasakan Akif seakan berat untuk pulang. Lama Akif memandangnya seolah itulah kali terakhir mereka dapat bersama begitu.

"Berani ke tinggal sorang ni?" Itu ayat Akif ketika mahu berpisah.

Spontan dia mengangguk. Siang buta, takkan tak berani.

"Malam nanti...."

"Abang datang temankan sayang." Cepat saja Akif pintas bicaranya.

Dia hanya senyum mendengar janji encik suami. Pelukan makin dikemaskan. Ada sesuatu yang mahu diluahkan sebelum encik suami berangkat pulang.

"Akif..."

"Abang." Akif betulkan panggilan.

"Mama ..."

"Kita akan sama-sama usaha dan doa. Abang percaya suatu hari nanti mama akan dapat terima Diya." Sekali lagi Akif memintas.

Dan dia mengangguk lemah. Memang tidak yakin dengan apa yang diperkatakan oleh Akif itu. Tapi dia harus percaya pada bicara suami sendiri. Akif sayangkan dirinya, itu dia harus yakin. Jika tak sayang, maan mungkin Akif sanggup membelakangkan mamanya dalam membuat keputusan.

"Abang balik dulu. Malam kita jumpa."

"Drive tu jangan curi-curi tengok handphone." Pesanan diberi pada encik suami.

Tiba-tiba bibir Akif pula yang mencuri. Mencium bibirnya pantas.

"Curi cium takpe kan?" Akif senyum kacak.

Saat itu, dia hanya mampu geleng kepala dengan kenakalan Akif. Buatlah apa saja Akif, kita dah halal pun.

"Jangan fikir banyak sangat. Kita sudah memilih begini, maknanya kita yakin jalan ini ada bahagia untuk kita." Itu pesanan terakhir sebelum mereka betul-betul berpisah.

Ya! Di setiap sudut dunia, akan ada banyak derita dan bahagia. Jika kita memilih untuk melangkah ke arah derita, maka akan deritalah kita.

Tapi, jika kita memilih untuk bahagia, carilah arah itu. Pasti bahagia akan ditemui.

Adiya kesat mata yang tearas basah. Langkah diatur masuk ke rumah.

Sunyi! itu yang dia rasakan dan dia perlukan bahu untuk menumpang tangis. Tapi, saat ini, dia rasa tiada sesiapa pun yang akan faham situasinya. Kalau ada pun mungkin Hafeef, si abang angkat yang dia sudah anggap seperti abang sendiri. Tetapi lelaki itu sedang berada di Mekah bersama uminya, menunaikan umrah.

AKU SANGGUPWhere stories live. Discover now