Bab 6

6.3K 179 6
                                    

FAIL di tangan Ziyaad hempas ke atas meja. Kuat sehingga Raykal yang berdiri di depannya tersentak dan terus melatah.

Melihat Ziyaad yang merenugnya tajam, terus Raykal tutup mulut sendiri.

"I nak perempuan ni..."

"Astaghfirullah! Bosssss...." Belum apa-apa Raykal sudah memintas bicara Ziyaad.

Terkejut dengan reaksi Ziyaad satu hal, ditambah pula dengan kata-kata yang keluar dari mulut Ziyaad buat otaknya terhenti mencerna maklumat.

Kening Ziyaad hampir bertaut memandang PAnya. Tak faham kenapa Raykal terkejut begitu sekali.

"Tak sesuai bos. Dia tu bekas kakak ipar bos. Agaknya sama umur dengan bos. Lagi pun, Adiya tu bukan jenis singa laut, bos. Dia tu jenis singa betina yang beku tapi boleh ngap orang bila-bila masa..."

"Raykal!" Ziyaad bangkit berdiri.

"You merepek apa sebenarnya ni?"

"Errkkk..." Raykal sudah tak tahu nak keluarkan ayat apa. Dia salah cakap ke? Atau dia salah faham?

"Pasal Adiya tu..."

"Kenapa dengan perempuan tu?" Ziyaad memintas, tidak sabar apabila Raykal lambat-lambat mahu mengeluarkan perkataan.

"Janda bos." Spontan perkataan tersebut keluar dari bibir Raykal dan spontan juga Ryakal tutup mulut sekali lagi. Rasa nak tampar-tampar mulut sendiri.

Ziyaad senyum dengan kepala digelengkan beberapa kali. Dan dia kembali duduk. Tadi rasa macam nak marah tapi sekarang rasa lucu pula.

"Kalau dia janda, kenapa?" Soalan diajukan sambil membelek fail yang dihempas tadi. Terpampang gambar Adiya bersaiz passport yang dikepilkan bersama maklumat peribadi. Tak tahu kenapa, makin lama dia renung gambar tersebut, mata bagai tak mahu beralih ke tempat lain.

Raykal pula geleng kepala. Tak mahu jawab soalan Ziyaad sebab tak nak komen panjang-panjang. Dia sebenarnya tak tahu apa sengketa antara bosnya dengan Adiya. Tapi, melihatkan situasi tadi, nampak seperti sangat tegang.

"Errkk... Datin baru call tadi. Minta I ingatkan bos petang ni ada fitting baju untuk majlis tunang kat Butik Hazz."Dan-dan Raykal ubah topik. Tak mahu Ziyaad panjangkan bicara tentang Adiya.

"Dan lagi satu, Cik Bella pun call cari bos. Dia minta I ingatkan bos jemput dia petang ni untuk ke butik."

Ziyaad terus belek iPhone di atas meja. Nampak berpuluh misscall dari Anabella dan mamanya sendiri. Perlahan telefon diletak semula. Tak ada hati mahu menghubungi kembali.

Mamanya dengan Anabella memang sangat serasi, kaki shopping dan kaki bergaya. Kalau dulu-dulu dia tak kisah sangat.

Tapi bila mamanya mendesak untuk dia dan Anabella menamatkan zaman bujang segera, banyak yang dia fikirkan. Dia impikan isteri yang patuh, yang boleh ikut apa arahannya.

Melihatkan Anabella, dia tak rasa wanita itu akan sanggup tinggalkan kerjayanya untuk memberi tumpuan pada rumah tangga. Apatah lagi nak lahirkan anak untuk dia. Perempuan yang jenis jaga badan macam Anabella tu, mustahil sangat mahu mengandung.

Tanpa sedar, nafasnya terhela panjang.

"Bos dengan Cik Bella tu dah lama ke bercinta?"

Ziyaad angkat wajah.

"Jangan sibuk nak jadi wartawan." Nada bersahaja dia sound PAnya.

Raykal telan liur. Bekerja dengan bos yang 24 kali sehari bertukar mood memang sangat meletihkan. Perempuan datang bulan pun tak macam ni.

"Kalau tak ada apa-apa lagi, you boleh keluar." Arahan bosnya buat Raykal cepat-cepat beredar keluar. Yang sebenarnya, dia tak faham apa yang tak kena. Takkan sebut nama bakal tunang pun nak berangin?

Keluarnya Raykal, Ziyaad angkat cawan untuk minum. Tapi Nescafe dah tinggal saki-baki. Nak panggil Raykal semula, macam malas nak tengok muka mamat separuh tu. Sudahnya dia keluar sendiri dengan muk di tangan menuju ke pantri.

Kebetulan yang tak terjangka, melangkah masuk ke pantri, Adiya pula ada di situ, sedang membancuh minuman.

"Tolong bancuh Nescafe." Dan-dan dia memberi arahan tanpa berfikir panjang.

Adiya yang tak sedar ada orang masuk ke pantri terus melatah. Tindakan refleksi membuatkan dia berpusing ke belakang secara pantas dan air milo di dalam muk yang terpegang di tangan tersimbah ke dada lembaga manusia yang berdiri di belakangnya.

Beberapa detik, masing-masing terlopong memandang satu sama lain. Kemudian, mata Ziyaad beralih pada kemeja putih yang dipakainya, sudah berubah warna coklat di bahagian dada. Terasa kulit dadanya membahang sebab air milo yang tersimbah ke situ masih panas.

Adiya pula pandang muk di tangan sebelum beralih pada dada Ziyaad. Rasa nak gelakkan saja dan padankan muka. Pandai sangat kejutkan orang.

"Kalau dada I cedera, you kena bertanggungjawab." Ziyaad mengugut. Mata dikecilkan memandang Adiya.

Masih dalam mood terkejut, mata Adiya terus membulatkan. Nak aje dia cakap, kalau melecur lagi bagus.

"Kalau I ada sakit jantung dan terus mati terkejut, encik nak bertanggungjawab ke?"

"Tujuh hari tujuh malam kenduri arwah, I sponsor nanti." Jawapan Ziyaad buat Adiya rasa nak cekik orang. Memang betul hati kering atau langsung tak ada hati ke dia ni?

"Bos... errkk... ?"

Mata Ziyaad yang sedang beradu dengan mata Adiya pantas berpaling mendengar suara gelabah Raykal.

Dan Adiya juga, turut memandang ke arah pintu di mana Raykal sedang berdiri dengan wajah serba tak kena.

Kembali memandang Adiya, Ziyaad dekatkan wajah ke depan.

"Sebagai denda..... " Ziyaad tunjuk ke dada sendiri di mana bajunya telah dikotori air milo.

"Buatkan nescafe dan hantar ke bilik I." Dia menyambung kemudian berpaling.

"Eh! kenapa dengan baju tu, bos?" Raykal hampir terjerit apabila nampak kemeja putih Ziyaad sudah bertukar warna di bahagian dada.

"Dia simbah dada I dengan milo panas sebab dia minta I cium dia tapi I tak nak." Senafas Ziyaad lauhkan alasan tak masuk akal.

"Whatttt??" Adiya terjerit kuat mendengar jawapan Ziyaad. Apa ke mental sangat ayat tersebut?

Raykal pula sudah melopong mulut memandang Adiya dan Ziyaad silih berganti. Beberapa detik setelah Ziyaad berlalu pergi dengan muka tak bersalahnya, Raykal masih di situ memandang Adiya dengan tangan menutup mulut dan mata tak berkelip.

"Heh! Bos you tu mental ke apa?" Sergahan Adiya buatkan Raykal tersentak.

Mahu saja dia berlari keluar dari pantri tersebut apabila melihat aura singa betina mahu menerkam mangsa sudah keluar dari wajah Adiya. Apalah nasib dia bekerja dikelilingi dengan orang-orang seperti ini?

nguage:Mjf

AKU SANGGUPWhere stories live. Discover now