Teaser Bab 28

4.2K 85 8
                                    


Ramai yang minta cerita ni dalam ebook sebab stoknya memang dah habis. Tapi maaf sangat2 sebab saya memang tak akan jual ebook untuk novel limited edition.

Mungkin saya akan sambung ceritanya dan print dalam bentuk hardcover. Tapi bergantung pada keadaan juga.

TEASER bab 28

*****

"Ziyaad, cincin tadi I nak balik." Tak habis lagi tentang cincin, sekali lagi Adiya meminta cincin pemberian Akif apabila Ziyaad memulakan pemanduan.

Namun, Ziyaad tayang muka selamba, seolah-olah tak dengar apa-apa.

"Ziyaad!" Nada Adiya mula meninggi, geram bila bercakap tak dilayan. Macam bercakap dengan dinding pula.

"Sampai bila you nak ingat dia?" Tiba-tiba Ziyaad ajukan soalan luar alam buat Adiya berpaling dan pandang sisi wajah Ziyaad lama.

Apa kes pula tiba-tiba keluar ayat sentap ni? Dia masih ingat Akif atau tidak, itu rahsia hati dia.

"You sebut nama dia... dalam tidur."

Terkejut, Adiya terus tegak badan mendengar ayat seterusnya yang keluar dari bibir Ziyaad. Suara Ziyaad nada kecewa, seperti orang yang baru putus cinta. Seperti orang yang tak dapat apa yang dimahukannya.

Patutlah pagi ni, Ziyaad macam bad mood. Tanya sepatah, jawab pun sepatah. Muka tak usah cakap, macam jeruk basi.

"I yang peluk you tapi nama dia yang you sebut." Berbisa ayat Ziyaad bagai racun masuk ke hati Adiya.

Nafas ditarik panjang. Mata dipejamkan rapat. Mungkin inilah waktunya untuk dia luahkan pula apa yang dia rasa.

"Ziyaad, mungkin I tak sedar masa sebut nama dia. Jika you nak jawapan yang jujur, memang I masih ingat dia."

Tiba-tiba Ziyaad tekan brek kecemasan sehingga kereta di belakang membunyikan hon. Lampu isyarat ke kiri diberikan dan kereta membelok ke susur kiri sebelum dihentikan di bahu jalan depan bangunan.

Ziyaad pantas berpusing ke kiri.

"I ni..." Jari ditunjuk ke arah diri sendiri.

"Suami you tau."

Adiya senyum tapi tak tahu kenapa dia tiba-tiba rasa mahu menangis.

"I tak pernah lupa itu, Ziyaad. Tapi, you hanya ingat I sebagai isteri you waktu bila?" Adiya bidas dengan soalan sinis buatkan Ziyaad terus terdiam.

"You ada banyak pilihan, Ziyaad..."

"I dah pilih untuk kahwin dengan you, Adiya. Apa lagi pilihan yang terbaik dari pilihan yang I buat?" Pantas saja Ziyaad memintas.

Dan Adiya tersenyum lagi tapi kali ini dengan mata yang sudah mula berkaca.

"You bukan memilih untuk kahwini I, Ziyaad. You terpaksa kahwini I. Dua perkara berbeza."

Ya! Dia tahu dia bukan pilihan Ziyaad. Dia bukan orangnya yang Ziyaad mahu. Jadi, dia tak pernah rasa yang dia ini penting di hati Ziyaad. Kahwin atau tidak, kenyataannya dia tetap rasa dia sendirian tanpa teman untuk berkongsi rasa. Tiada kawan untuk bercerita apa saja.

Hakikat yang dia harus akur, dia hanya isteri Ziyaad di atas sehelai kertas sahaja.

"You tak akan mampu buang Akif dari hati I dengan hanya buang cincin tersebut. Dan you tak boleh paksa I lupakan dia dalam sekelip mata kalau you sendiri tak pernah berusaha untuk baiki hubungan kita." Adiya hela nafas panjang.

Ziyaad pula teruskan pemanduan.

"Nanti kalau I terus pindah tinggal dengan you, jangan pula kompelin penat layan I setiap malam. Jangan nak bagi alasan nanti orang nampak laa..." Tiba-tiba Ziyaad buat keputusan mendadak.

"Setiap malam?" Luas bukaan mata Adiya dan berpaling ke kanan mencari wajah Ziyaad. Serius atau main-main? Tapi reaksinya tak mampu Adiya teka.

"Mmmmm... SETIAP MALAM." Ziyaad tekankan perkataan setiap malam buat Adiya geleng kepala.

"Tak apalah. You tinggal rumah family you aje. Bila rasa nak kan I, baru datang."

"Kalau duduk dengan family I pun, I tetap boleh datang cari you tiap-tiap malam kan?"

Membulat mata Adiya bila Ziyaad tanya soalan begitu. Namun, belum sempat membalas, kereta yang dipandu Azim sudah berhenti betul-betul di depan mereka.

AKU SANGGUPWhere stories live. Discover now