"Kami datang ni untuk meminang anak dara tuan, Adlina Aisyah yang telah menjadi buah hati anak teruna kami, Arash Amsyar. Jika tak keberatan, perkenankanlah."
Adlina memandang Arash. Arash mengangkat bahu. "Adlina. Kamu setuju nak jadikan Arash suami kamu?" Tanya Pak Aris, ayah Adlina.
"Ok je ayah." Balas Adlina. "Kamu sudi terima anak pak Cik yang tak pandai memasak ni?" "Ayahhhhhhh....."
"Not a big matter, pak Cik. Saya ni chef!" Balas Arash. "Kalau begitu, kami akan hantarkan tarikh bertunang."
"Buat apa nak bertunang. Buang masa je." Bebel Adlina. "Ish budak ni aku ketok satgi. Orang tua bercakap jangan dok menyampuk!" Pak Aris menarik bibir Adlina.
"Adehhh sakit la ayah!" Adlina mencebik. "Si adik akan berpunya. Si abang bila lagi?" Tanya Azlinda, Mak Adlina.
"Entah lah Si abang sorang ni. Disuruhnya kita tunggu 5 tahun lagi. Nak kahwin umur 30 katanya tapi saya nak dia kahwin masa Arash kahwin jugak!" Pak Samad menepuk bahu anak sulungnya, Aliff Hakimi yang dah tarik muka.
"Kalau tiada apa apa, esok boleh la kita mula kan persediaan. Kami beransur dulu lah." Pak Samad bangkit.
"Baiklah kalau begitu, pak Samad. Umur kita ni dah masuk 50 tahun. Memang ye lah nak anak anak kita kahwin segera sebelum ajal menjemput kan?" Balas pak Aris.
"Ayah ni kan..." Adlina mencuit ayahnya.
-
"Kau nak kahwin dah? Wahh macam tak percaya." Hani memandang sepupunya penuh minat. "Baru 23 do. Abang kau yang 25 tu tak bising pulak."
"Ala tapi abang Zairi dah kahwin. Abang Asyraff je. Kau tau la mamat psycho tu. Huh!" Hani mencebik.
"Takkan kau nak suruh abang aku kahwin dengan mamat Arash tu? Kau gila ke?" "Hesyy dia ni!"
Adlina dan Hani adalah sepupu. Mereka sebaya. 23 tahun. Mestilah rapat. Dari lahir lagi. Adlina anak bongsu Azlinda atau lebih dikenali sebagai Mak Linda dan pak Aris.
Adlina ada seorang kakak bernama Adzrin Aisyah yang baru berkahwin awal tahun ni dengan abang Hani sendiri, Khuzairi Al Haq.
Tapi Khuzairi sayang adik dia gak. Lebih sayang! (Statement adik jeles dengan abang)
Adlina juga ada seorang adik KESAYANGAN. Adam Aiman yang baru berusia 17 tahun.
Hani adalah anak kepada kakak Mak Linda, Rosa. Namun kedua ibu bapa Hani meninggal 20 tahun lalu ketika dia berusia 3 tahun dalam kemalangan jalan raya.
Hani ditinggalkan bersama dua orang abangnya. Khuzairi Al Haq, 27 dan Asyraff Al Hakim, 25. Hani berasa bertuah ada dua orang abang yang menyayanginya dalam hidup.
Sejak kemalangan tu, Mak Linda dan Pak Aris jaga Hani, Khuzairi dan Asyraff macam anak sendiri. Sekarang semua dah besar.
Malah Khuzairi dah berkahwin, Asyraff juga dah mula bekerja dan Hani baru tamat belajar bersama Adlina awal tahun ni.
Khuzairi dan Adzrin bekerja sebagai guru di SK Taman DY. Jodoh la kot ni.
Manakala Asyraff bekerja sebagai office manager di harian. Tapi pada hari minggu pula lebih selesa habiskan masa bekerja di bengkel Pak Aris sejak zaman kanak kanaknya.
"Abang psycho kau tu? Alamatnya, habis la Si Arash tu." Adlina menggeleng. "Aku harap abang Asyraff aku TU jumpa jodoh lah..." Hani menggeleng.
"Abang Ngah takkan kahwin selagi Hani tak kahwin." "Mak Mak Mak Mak Mak terkejut Mak!" Adlina melatah.
"Abang Ngah ni kan! Jangan la muncul macam hantu raya!" Hani menumbuk bahu Asyraff. Ada ada je abangnya sorang ni nak kacau orang.
"Ha gosip apa tengah hari buta ni? Nak kena Saman ke apa?" Usik Asyraff. "Ish abang Asyraff ni!" Adlina mencebik.
"Orang tu nak kahwin. Budak pau ni bila pulak?" Asyraff mencubit kedua dua pipi pau milik adik bongsunya itu. "Eee!! Abang!!" Hani menepuk nepuk tangan Asyraff.
"Belum jodoh lagi. Lain kali lah." Balas Hani. "Hani takde boyfriend kan?" Asyraff memandang Hani sebijik macam psycho.
"Hisy boifren apanya. Orang baru masuk form 1 masa tu. Abang ngah dah pergi porak poranda satu sekolah siapa dekat dengan orang. Siapa nak dekat?" Hani mencebik.
"Ye la. Mana boleh menggatal dengan adik sorang ni." Asyraff mencubit pipi pau Hani. "Eee!! Abang Ngah ni kan!!" Hani menarik jurus muncung belalai anak gajah.
"Kau ni pun. Pergi usik adik manja kau tu dah kenapa? Takde kerja ke cari pasal?" Adlina menggeleng. Hani dah terus lark meluru masuk ke dalam rumah. Pergi mengadu dengan abang long dia la tu si Khuzairi.
"Ala sibuk je. Adik aku." Asyraff menjelir. "Kau. Ni. Sah. Psycho. Mental." Adlina cakap ayat demi ayat sebelum meluru masuk ke dalam rumah.
Asyraff pula capai penyapu dan duduk di situ macam batu. Itulah perangai pelik Si Asyraff Al Hakim ni.
-
"Abang longgggg..."
"Ni dah apahal ni?" Khuzairi memerhati adik bongsunya yang naik dengan muka mencebik muncung itik. "Abang Ngah tu la. Buat perangai psycho dia."
"Abang kau sorang tu memang psycho dari kecik lagi. Sabo jeler." Khuzairi menggeleng. Dah agak dah.
Satu satunya sebab adik bongsunya datang merengek padanya mesti pasal si Asyraff usik budak ni.
"Abang long apa kata abang long kahwin je dengan abang Asyraff tu. Geram adik." Hani mencebik. "Ohoi. Dah kenapa pulak?" Khuzairi tergelak mendengar aduan adik bongsunya yang manja itu.
"Ye la. Asyik asyik kacau adik orang." "Dia tu adik Asyraff jugak." Usik Khuzairi. "HANI... COME HERE!"
Adlina menarik Hani. "HUAHHH ALONGGG..." Hani merengek. Khuzairi menggeleng. Ada ada je adik bongsunya sorang tu.
Manja betul.
-
"Hah bosan lah. Kau pakai je la jubah bunga pink aku TU nanti." Komen Hani. "Eee kau pun tahu aku benci warna pink!" Adlina mencebik.
"Tak kesah." Hani mengomel. "Kau jadi pengapit aku ye nanti." Ujar Adlina. "Alaa malasnya..." Rungut Hani. "Hisyy jangan merungut!" Adlina bertegas.
"Nanti aku jadi pengapit kau pulak." Ujar Adlina. "Tak nak kahwin." Hani menarik muncung itik. "Kau dah ada calon dah pun. Mak ayah aku pilih."
"WHAT? WHY? WHO? WHEN? WHERE? WHICH?"
"Siapa? Bila? Kau tunggu sehari lepas majlis nikah aku bulan depan." Ujar Adlina. "Adddd... Tell me..."
"Tak boleh. Rahsia la siapa. Nanti kau tau la lepas majlis nikah aku. Malam tu jugak pihak diorang hantar rombongan meminang."
"WHATTTTT??"
"Beruntung apa kahwin awal. Umur 23 dah kahwin. At least sebelum 27 kau dah kahwin kan?" Usik Adlina. "Huahhh... Abang aku tahu tak?" Tanya Hani.
"Abang Zairi tahu. Abang Asyraff tak pasti. Tahu rasanya. Kalau abang Zairi tahu mesti la abang Asyraff tahu." Balas Adlina.
Buat seketika, Hani mengharapkan masa berputar kembali.
YOU ARE READING
Kisah Kita [C]
Teen FictionAdlina dan Arash menikah tanpa apa apa masalah. Berkenalan dan berkawan sejak zaman kolej, tiada masalah bagi mereka. Adlina mencadangkan sepupunya, Hani yang sebaya dengan nya untuk berkahwin dengan sepupu Arash, iaitu Aliff. Satu keluarga bersetuj...