BAB44

253 12 0
                                    

Jenazah Mak Leha selamat dikebumikan petang ni. Petang yang redup dan tenang berangin lembut. Bacaan yaasiin dibacakan dan mereka pulang ke rumah.

Azhar terus masuk ke dalam bilik, Pak Samad terus ambil air sembahyang dan solat sunat dalam bilik. Aina dan Izzati masak supaya dua individu tu tak paksa untuk berlapar pula lepasni.

Asyraff, Khuzairi, Aliff dan Arash duduk di ruang tamu. "Korang kuat ya? Yang paling terkesan abang tengok Azhar. Yalah, dia anak manja Mak Leha. Tapi Pak Samad pun jaga juga." Khuzairi memegang bahu Aliff.

"Ayah tu jenis takkan tunjuk perasaan. Tapi kita tahu ayah tengah sedih. Lagi lagi mak meninggal tiba tiba je macam ni." Balas Arash. Aliff melepaskan keluhan kecil, terasa berat hatinya meninggalkan tapak perkuburan tadi.

Khuzairi mendodoi Adelia yang baru berhenti menangis. Adzrin dan Adlina muncul selepas tidurkan Ikhwan, Emira dan Khalish.

"Pergilah rehat. Takpe Aina dengan Izzati ada dekat dapur. Tak elok la keluar banyak kali." Pesan Arash. Adlina serba salah nak menurut kalini.

"Ayah mesti rasa sunyi. Rasa bersalah dekat ayah." Ujar Aliff. "Janganlah nangis. Mak mesti tak suka. Nanti mak marah kita lagi." Arash mengesat air matanya.

Semua berkumpul di rumah kecuali Pak Aris dan Mak Linda. Diam. Masing masing tak bersuara. Senyap.

"Dah dah. Korang pergi rehat. Dah malam ni. Kita DOA banyak banyak untuk mak." Adzrin menghentikan Suasana sunyi itu. Jam di dinding sudah hampir 10 malam.

Semua masuk ke bilik masing masing. Dengan hati yang hiba.

-

Khuzairi menutup pintu bilik. "Abang rasa diorang ok tak?" Tanya Adzrin. "Diorang dah besar, Rin. Diorang kuat hadapi ujian Allah ni. Kita sama sama doakan kekuatan untuk diorang. InsyaAllah." Balas Khuzairi.

"Walaupun Mak Leha bukan ibu bapa atau mentua Rin, dia selalu ambil berat pasal Rin. Rin rindu dekat Mak Leha." Ujar Adzrin. "Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah sayang Mak Leha." Pujuk Khuzairi.

"Ni baru Rin. Macam mana lah agaknya perasaan Aliff? Azhar, Arash? Izzati pun. Lagi lagi Pak Samad. Rin rasa Rin faham perasaan diorang." Keluh Adzrin. Khuzairi mengurut bahu Adzrin lembut.

"Kita doakan roh Mak Leha dicucuri rahmat dan bahagia dekat sana. Apa apa pun, kita kena doakan diorang supaya kuatkan semangat." Ujar Khuzairi. Adzrin mengangguk.

"Rin tak mampu bayangkan kalau Rin yang ada dekat tempat diorang." Adzrin memeluk Khuzairi erat.

"Seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak tapi 10 orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu sebagaimana ibu menyayangi anak anaknya. Kasih ibu tu tak ternilai, Rin. Abang faham perasaan diorang." Khuzairi mengusap lembut wajah Adelia.

"Masa mak meninggal, abang kecil lagi. Dengan Asyraff lagi. Hani pun baby lagi masa tu. Tapi bila ada orang yang sayangkan abang macam seorang ibu, macam mak dan Mak Leha, abang tahu kasih ibu tu tak ternilai harganya." Khuzairi mendukung perlahan Khalish ke dakapannya.

"Moga Mak Leha akan tenang dan bahagia dekat sana."

-

"Abang..."

Arash pantas mengesat air matanya. Dia menanda dan menutup Al Quran di tangannya. Air matanya jatuh membasahi Al Quran. Surah yaasiin.

Arash menutup matanya. Dia meletakkan Al Quran atas rak. Adlina duduk di sisi Arash.

"Sayang pergilah rehat. Abang ok." Balas Arash. "Dont lie, Arash. Ad faham." Adlina memeluk Arash. "Kenapa cepat mak pergi? Kenapa cepat sangat?" Rintih Arash.

"Ajal maut di tangan Allah, bang... Allah sayangkan mak. Allah tarik mak dalam tidur lepas solat. Allah bagi mak beribadah." Pujuk Adlina. Arash tersenyum pahit.

"Mak tak pernah cakap yang dia sakit. Mak tak pernah merungut dia letih. Abang je yang tak tahu, sayang...." Rintih Arash. Pilu. Pedih. Adlina mengusap bahu Arash lembut.

Malam tu semua pulang ke rumah masing masing dulu. Tapi mereka tak nak tinggal Pak Samad lama lama sendirian namun mujur sahaja Azhar dan Aina ada di rumah sana.

"Esok kita melawat ayah." Ujar Adlina. Arash mengangguk. "Abang rasa ayah takkan tinggalkan rumah dia. Rumah tu ada banyak kenangan mak dengan ayah." Ujar Arash.

"Kalau dia tak nak, jangan paksa ayah pindah mana mana. Biar ayah duduk mana dia suka. Tapi kita sebagai anak kena melawat dan jaga ayah juga." Balas Adlina. Arash mengangguk.

"Abang tak tahu nak buat apa Ad..."

-

Azhar mengintai ayahnya yang baru selesai solat Isyak. Macam biasa, Pak Samad akan baca satu surah. Sama ada panjang atau pendek dia tak kisah, asalkan dia baca satu.

Azhar memerhati ayahnya di sebalik pintu. Tenang. Khusyuk. Tak terusik solatnya walau sedikit pun. Azhar memerhati Pak Samad yang sedang membaca Al Quran.

Dia hanya mendengar hinggalah suara itu tersekat sekat. Azhar teragak agak. Dia tahu ayahnya dah hampir ke penghujung surah pendek itu, tapi kenapa?

Azhar mengintai perlahan.

Air mata Pak Samad membasahi Al Quran di hadapan matanya. Dia masih ingat bagaimana ayah dan mak akan baca Al Quran sama sama setiap kali selepas solat sekurang kurang nya surah lazim.

Tadi elok je sementara tunggu waktu Isyak baca dua juzuk. Tapi sekarang ayah menangis. Azhar memandang wajah Pak Samad dalam dalam.

Dalam air matanya terselit kepedihan yang tak terungkap. Kesedihan Yang tak terkata. Azhar serba salah melihat Pak Samad. Air matanya mengalir perlahan.

'Mak...'

-

"Assalamualaikum. Ayah. Ayah sihat?"

"Waalaikumsalam. Ha masuk. Alhamdulilah ayah sihat." Pak Samad menjemput. Azhar hanya diam tak berkata apa, duduk di sebelah Aina yang baru sampai bersama Yang lain.

"Ayah. Ayah tak nak tinggal dengan kitorang ke? Aina dengan Azhar pun duduk rumah lain nanti." Ajak Arash. Pak Samad menggeleng.

"Tak payah la. Cukuplah ayah ada rumah ni. Lepas kahwin, Azhar boleh duduk rumah lain pulak." Balas Pak Samad. "Tapi ayah..."

"Tak nak." Bantah Azhar. Aliff dan Arash memandang Azhar. Jarang Azhar menyampuk tiba tiba.

"Kenapa, Azhar?"

"Azhar nak tinggal dengan ayah. Tak kira apa alasannya. Kalau isteri Azhar tak suka, Azhar rela tak kahwin sampai mati asalkan Azhar dapat tinggal dengan ayah.  Azhar tak nak pergi mana mana. Azhar akan duduk sini, tinggal dengan ayah. Sebagai anak bongsu."

  Aliff dan Arash berpandangan. Tersenyum kecil. Adik mereka dah matang.

"Macam mana kalau Aina tak nak? Dia dekat rumah Mak Linda." Tanya Arash. "Kalau Aina tak nak, takpe. Azhar akan bagi Aina duduk sana selama mana dia nak. Tapi Azhar nak tinggal sini. Dengan ayah. Muktamad." Tegas Azhar.

Pak Samad tersenyum. Terharu.

"Kalau tak kahwin pun takpe. Takde Bini pun takpe. Tapi mak dah takde. Takkan nak hilang ayah pulak. Azhar tak nak, tak sanggup dah. Abang Aliff dengan abang Arash dah ada anak anak lagi awal. Anak anak korang pun kecil lagi. Azhar baru kahwin. Jadi biar la orang yang buat." Ujar Azhar.

"Kalau macam tu, ok lah. Buat lah." Balas Arash. Pak Samad hanya tersenyum.

'Leha... Anak anak kita semua dah besar... Dah matang...'

Kisah Kita [C]Where stories live. Discover now