BAB48

266 10 0
                                    

Ikhwan yang sedang bermain dengan adik kecilnya, Emira diperhatikan oleh Arash. Ikhwan sayang betul dengan Emira sejak dia lahir. Ye la bosan la tu jadi anak tunggal.

Ikhwan paling rapat dengan dua sepupunya, Asyraq dan Khalish. Ikhwan sebaya Khalish, berbeza beberapa bulan je tapi Asyraq muda setahun.

"Hah termenung apa tu?" "Opocot terkejut!" Arash terkejut bila Azhar menegurnya tiba tiba. "Eee fikir apa tu!" Azhar menegur.

"Mana ada apa!" Balas Arash. "Jangan jangan nak kahwin dua la tu." Usik Azhar. "Ee mana ada! Kau je yang ada impian macam tu!" Balas Arash. Azhar tergelak mengusik Arash.

"Eleh tu pun nak marah ke? Eee!" Azhar bangun, malas nak gaduh dengan Arash. "Ceh. Sibuk je!" Balas Arash. Azhar menjelir, masuk dapur cari makanan.

"Abang. Ayah mana ayah?" Azhar keluar. "Dengan abang Aliff hah." Balas Arash. "Abang. Nanti lepas puasa, lepas Hari Raya Aidilfitri, kita ajak ayah pergi jalan jalan nak!" Ajak Azhar, excited.

"Pergi mana?" Tanya Arash, turut teruja. "Hmm mana best?" Azhar berfikir. "Pergi Penang nak?" Ajak Adlina. "Hah! Idea bagus tu! YEY! Kita pergi Penang!" Sorak Azhar.

"Hah siapa nak drive? Kau?" Tanya Aliff. "Abang long kena la drive hehehehe..." Balas Azhar. "Eh dia yang ajak aku pulak yang kena drive 😂 Ketuk kang." Komen Aliff.

"Azhar mana reti memandu." Balas Azhar, manja gitu. "Eh jangan nak mengada kau 😂. gedik!" Arash mencuit Azhar. "Sakitlah!!"

"Jadi mari kita plan senyap senyap eh!"

-

Bulan Ramadhan tiba lagi.

Kalini tiada future cucu lagi. "Puasa penuh ye kak Ad." Usik Adam. "Diam kau." Adlina siku Adam. Adam tergelak mengusik kakaknya.

"UiTM macam mana? Ok?" Tanya Asyraff. "Hmm boleh lah buat masa ni." Balas Adam. "Hmm ok la sangat. Sanggup tunggu aku balik sebab tak nak balik sorang HAHAHAHA." Usik Aina.

"Penakut la tu. Bukan ayah bagi kereta ke?" Tanya Adlina. "Dia tak ambil pun." Balas Pak Aris. "Pulak?" "Takut lah."

"Acah la kau. Dulu rempit dengan member bukan main lagi kau." Komen Asyraff. "Mana ada!" Bantah Adam. "Ye la tu." "Abang Asy je yang buat!"

"Dah dah. Habis tenaga je bertekak setiap masa. Cuba rileks." Sampuk Khuzairi. "Yelaa..."

"Macam mana? Ramai member?" Tanya Azhar. "Hmmm boleh lah. Budak budak baru yang masuk sama sama pun ok je." Balas Adam. "Semoga berjaya habiskan study. Akak tunggu :))" Balas Adlina.

"Dari dia habis PT3 lagi kau menunggu, Ad." Balas Adzrin. "Ala apa salahnya kak Rin. Haritu Adam kenakan Ad masa Ad kahwin. Kena la balas balik. He he he...." Adlina mengusik Adam, nakal.

"Adam takkan kahwin sampai umur 25!" Tegas Adam. "Ye la tu. Baru masuk U esok tiba tiba dah ada makwe. Bukan boleh percaya kau ni." Balas Asyraff. "HAHAHHAA Kena setepek!"

"Betul la!" Tegas Adam. "Ye la ye la..." Asyraff mempamerkan muka mengusik. "Dah dah nak buka puasa dah ni." Khuzairi menghentikan perbalahan di situ.

"Sekarang kita tunggu Adam pulak!" Sorak Asyraff. "Kami tunggu!"

-

Selepas sahur, Hani membuat susu untuk Asyraq. Ye la budak enam tahun ni mana reti puasa lagi kan. Nanti lah dia dah besar sikit lagi.

"Ee ada orang tak puasa! Ee!" Asyraff mengusik Asyraq. Asyraq memegang botol susu nya dan menyorok belakang Hani. Bergurau sends dengan pak Ngah nya.

Kisah Kita [C]Where stories live. Discover now