"Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam. Eh? Tahir. Hah masuklah. Tiba tiba je datang. Kebetulan anak anak aku pun balik ni." Pak Samad menjemput.
Pak Tahir dan Mak Lijah masuk ke dalam. Kebetulan selepas bercuti dua hari kr Cameron Highlands, mereka semua balik rumah Pak Tahir dan Mak Lijah.
"Bagus lah kamu semua ada. Pak Cik ada sesuatu nak bagitau ni." Pak Tahir masuk ke dalam. Mereka bersalaman.
"Aliff, Arash, Khuzairi sihat? Rin macam mana? Banyak loya? Asyraff mana? Adam Hilang? Azhar macam mana kolej? "
"Alhamdulilah sihat. Rin dah masuk bulan kedua. Buat masa ni biasa biasa je. Asy dan Adam dekat kedai beli barang." Jawab Khuzairi.
"Ada apa ni Pak Tahir? Macam serious je?" Tanya Arash. "Pak Tahir kena beritahu kamu sesuatu. Sebab Tasnim cakap kamu yang buat."
"Hah? Saya? Kitorang dah berapa bulan tak jumpa Pak Tahir. Tasnim mengelak dari saya. Saya pun tak tahu kenapa dengan dia." Balas Aliff.
"Hmm... Sebenarnya Mak Leha dengan pak Tahir pun terkejut juga." "Ada apa ni, Tahir?" Tanya Mak Leha.
"Tasnim mengandung luar nikah."
"Astaghfirullahalazim..." Pak Samad mengucap panjang. Terkejut gadis sebaik Tasnim begitu. Mak Leha memandang Tasnim.
"Mak. Ayah. Pak Cik. Sumpah bukan saya. Saya dah lama tak jumpa Tasnim. Tasnim mengelak dari saya, betul!" Aliff terkejut.
"Kalau macam tu, Mak Leha kamu dah salah. Tapi dia dengan Tasnim sibuk cakap yang anak tu anak kamu. Tu yang aku datang sini nak pastikan."
"Bila masa pulak budak tu mengandung nya?" Asyraff menyampuk.
"Entah la Asyraff. Dia menghilang berapa bulan. Balik balik cakap mengandung. Sekarang dah 4 bulan. Katanya dia mengandung lepas kamu kahwin."
"Ya Allah. Jadi dia bertegas tu anak Aliff?" Tanya Khuzairi. "Ya. Tu yang Pak Tahir datang sini. Kalau Aliff pernah tidur dengan dia, tolong mengaku."
"Sebab Mak Leha nak paksa Aliff kahwin dengan Tasnim." Tambah Pak Tahir. "Aliff?"
"Tak. Ayah, betul. Demi Allah."
"Kalau bukan kamu tak apa. Tapi Tasnim bertegas sampai nak bunuh diri selagi kamu tak kahwin dengan dia." Tambah Pak Tahir.
Aliff keliru.
"Maaflah Aliff. Tapi pak Tahir takde pilihan."
"Kau jangan nak bersubahat dengan anak kau!" Sampuk Asyraff. "Asyraff." Khuzairi menahan Asyraff.
"Kalau boleh pak Cik pun tak nak terima. Pak Cik tak bawa dia sebab dia tu macam orang gila nak kahwin juga."
"Tapi pak Cik tak nak dia kahwin sebab takut kandungan dia digunakan untuk fitnah Aliff. Tolong jangan salah faham, Asyraff."
"Asyraff. Tenang." Khuzairi memegang bahu Asyraff. "Tahir. Kau baliklah dulu. Kita bincang esok je." Ujar Mak Leha.
"Yelah Leha. Aku cuma nak sampaikan sebab takut anak aku tu buat hal pulak datang sini. Kalau Aliff tak berdosa dalam hal ni, Allah akan tunjukkan."
"Saya bukanlah nak salah kan Aliff. Tapi saya cuma nak kepastian dari Aliff sendiri. Saya pun tak suka datang datang rumah orang cakap benda macam ni."
"Yalah Tahir. Kami faham. Apa kata kau siasat dulu hal tu." Balas Pak Samad. "Ya. Aku akan tanya dia lepasni. Kalau dia berdegil jugak, aku bawak dia balik kampung arwah mak aku."
"Aliff! Aliff!"
Satu ruma dikecohkan dengan kemunculan Tasnim dan Mak Lijah. "Kan ayah dah cakap pergi duduk dalam kereta diam diam!" Tengking Pak Tahir.
YOU ARE READING
Kisah Kita [C]
Teen FictionAdlina dan Arash menikah tanpa apa apa masalah. Berkenalan dan berkawan sejak zaman kolej, tiada masalah bagi mereka. Adlina mencadangkan sepupunya, Hani yang sebaya dengan nya untuk berkahwin dengan sepupu Arash, iaitu Aliff. Satu keluarga bersetuj...