"Aku terima nikahnya Nur Izzati Nasuha dengan mas kahwin lima ratus ringgit tunai."
Dengan sekali lafaz, Izzati dan Asyraff sah sebagai suami isteri. Kedua dua keluarga bersetuju membuat majlis sederhana sekadar menjemput rakan rakan rapat dan saudara mara.
Lagipun Asyraff tak mahu buat majlis lama lama bila adiknya sedang sakit walaupun Hani tak mahu Asyraff merisaukannya sehingga mengganggu majlis.
"Kak Hani. Jom balik. Kak Rin dekat rumah. Abang Asyraff suruh. kak Hani rehat dulu." Aina merangkul tangan kakak saudaranya. Hani serba salah tapi mengikut juga.
Azhar memandu pulang ke rumah. Azhar serba salah untuk cakap apa apa. Dia masih rasa bersalah kepada kakak iparnya.
Hani masuk ke dalam. Adzrin sedang mendodoikan Khalish. Melihat Adzrin dan Khalish, dia tak dapat membayangkan dirinya dengan anak sendiri nanti.
Adlina dan Arash juga singgah. Terasa macam baru semalam Adlina beritahu dirinya berbadan dua.
Lagi beberapa bulan Adlina akan melahirkan anak pertama mereka bersama Arash di sisi. Hani tak tahu apa nasibnya nanti.
"Kak Rin..." "Ya?"
Adzrin meletakkan Khalish yang dah lena.
"Hani nak bagitau sesuatu malam ni. Nanti tolong panggilkan abang Zairi dengan abang Asyraff sekali?"
"Ada apa? Demam ke?" Tanya Adzrin, prihatin. Hani menggeleng. "Nanti Hani bagitau. Nak rehat kejap." Balas Hani.
"Yalah. Rehatlah dulu." Adzrin mengusap bahu Hani. Hani masuk ke bilik.
Pintu ditutup. Dia tumpang bilik Aina dulu buat sementara. Lepas majlis habis, baru dia balik rumah Sarah.
~
"Nak balik malam ni?" Tanya Asyraff. "Sarah ambil." Balas Hani. Asyraff memasukkan beberapa pakaian ke dalam beg Hani.
"Aliff tak ada mesej ke call?" Tanya Asyraff. "Dia sibuklah tu." Balas Hani. Asyraff mengeluh
"Dia pun tersepit dalam situasi, abang ngah. Janganlah marah dia sangat. Kalau abang dalam situasi dia, mesti abang serba salah juga kan?" Ujar Hani.
"Hani ada sakit apa apa ke? Muka pucat semacam je tiga empat hari ni? Makan tak?" Tanya Asyraff. "Makan." Hani tersenyum pahit.
"Pasal benda yang Hani nak bagitau tu, pasal Hani denga Aliff ke?" Tanya Asyraff. "Taklah. Pasal benda lain." Jawab Hani.
"Hani tak rancang benda pelik pelik kan? Tak ada plan nak pindah luar negara ke apa?" Tanya Asyraff.
"Tak adalah. Hani tak ke mana mana, janganlah risau." Balas Hani. "Jadi pasal apa?" Asyraff keliru.
"Hani tahu Hani banyak menyusahkan abang dengan abang long setiap masa. Tapi Hani harap abang dengan abang long tak buat apa apa dekat Aliff atau bagitau apa apa dekat dia."
"Hani sakit, kan?" Tanya Asyraff. "Bukanlah. Malam ni sebelum balik Hani bagitau. Janji." Balas Hani.
Asyraff ragu ragu tapi membalas jari kelingking Hani. Dia tahu adiknya sembunyikan sesuatu.
~
"Nak balik sorang ke ni? Abang boleh hantar?" Khuzairi menyerahkan beg galas Hani. Hani menggeleng, menolak
"Sarah sampai sekejap lagi. Dah cakap nak suruh abang hantar tapi kebetulan dia pun baru balik kerja jadi dia nak balik sekali." Balas Hani.
"Hani nak bagitau apa petang tadi?" Tanya Adzrin. "Sakit mana mana ke? Nak pergi hospital?" Tanya Asyraff.
YOU ARE READING
Kisah Kita [C]
Roman pour AdolescentsAdlina dan Arash menikah tanpa apa apa masalah. Berkenalan dan berkawan sejak zaman kolej, tiada masalah bagi mereka. Adlina mencadangkan sepupunya, Hani yang sebaya dengan nya untuk berkahwin dengan sepupu Arash, iaitu Aliff. Satu keluarga bersetuj...