Masa pun berlalu...
Adam masih belajar di UPM bersama Aina yang masih membulinya.
"Kak Aina belajar lagi tapi dah kahwin :( Adam ni girlfriend pun takde tau." Komen Adam. "Tu tandanya akak dengan Azhar ada jodoh." Balas Aina.
"Dah dah jangan gaduh pasal kahwin bagai. Semua dah berlalu. Lama ke kejap je, jodoh akan datang jugak." Mak Leha hentikan mereka.
TUP tap TUP tap kejap je masa berlalu. Semua dalam dilema masing masing.
Adam dah belajar ke UiTM bersama Aina. Adlina dan Arash selamat menyambut baby girl yang diberi nama Emira Balqis binti Arash Amsyar.
Tapi ada keajaiban berlaku.
Ikhwan menangis sebaik sahaja Emira lahir. Selepas itu, tak nak berenggang dengan Arash. #anakbapakforlife
Khuzairi dan Adzrin gembira hidup berempat. Ada hikmah Allah menyuruh mereka tunggu. Untuk hadirkan Khalish Rizqi dan Adelia Safiya yang menyerikan rumah tangga mereka berdua
Setelah Aina dan Azhar selamat menikah, hanya Adam sahaja anak Pak Aris yang masih bujang dan duduk bermanja bawah ketiak ayah. Walaupun dah berusia 19 tahun.
Walaupun dah menikah, Aina masih sambung belajar dalam bidang kegemarannya iaitu perniagaan. Azhar juga masih fokus untuk graduate.
Setelah lama tinggalkan pelajaran, akhirnya Azhar insaf dan kembali ke pangkal jalan iaitu belajar bersungguh sungguh menamatkan pelajarannya. Tu la, tangguh lagi. Ponteng kelas lagi.
Tapi dengan Aina sebagai orang di universitinya, mustahil dia akan ponteng kelas dengan mudah.
Izzati dan Asyraff masih bahagia berdua. Tak bersedia menimang anak tapi menerima andai rezeki telah Allah beri. Mereka berdua tak kisah apa yang orang cakap, asalkan mereka berdua bahagia.
"Tengok apa tu? Dah ready nak pergi?" Aliff mengejutkan Hani yang duduk atas kerusi. Diusap perut yang dah mula membesar membawa bayi kembar dalam kandungan.
"Betul ke nak pergi ni? Larat?" Tanya Aliff. Hani mengangguk. "Haritu tak dapat pergi majlis nikah Nisa. Takkan Sarah punya pun nak terlepas?" Balas Hani.
"Majlis boss sayang, kan." Aliff memimpin Hani. "Hani, I'm ready!" Adlina keluar bersiap siap.
"Habis pantang melaram kau eh." Komen Aliff. "Mesti. Bukan selalu." Balas Adlina. "Hmm perempuan. Biasalah. Kita sebagai lelaki kena la layan je." Komen Arash.
"Nak pergi dah?" Mak Leha muncul. "Aah. Mak. Jom la ikut sekali." Ajak Azhar. "Anak manja mak sorang ni. Kamu pergilah. Mak tak sihat harini." Balas Mak Leha.
"Biar Azhar stay lah, mak. Ayah pun takde ni." Ujar Azhar. "Tak apa. Korang pergi lah. Berseronok eh." Balas Mak Leha. "Yelah..."
-
"Awak nak duduk sorang je ke? Mari la ikut sekali. Kenapa pulak ni?" Tanya Pak Samad. "Awak pergilah. Saya rasa nak duduk sorang je." Balas Mak Leha.
"Kenapa tak kena ni? Risau pasal apa?" Tanya Pak Samad. "Entahlah bang. Umur dah 52 tahun ni, macam macam pulak saya risau. Lagi lagi dengan paru paru berair saya ni." Balas Mak Leha.
"Leha. Apa kata kita bagitau diorang? Saya ni mana reti benda benda teknologi baru ni. Saya tak reti sangat, anak anak boleh tolong awak." Balas Pak Samad. Mak Leha menggeleng.
"Saya nak rehat lah bang. Nanti nanti kejut kan saya eh?" Mak Leha berbaring. "Awak ni. Jom lah saya bawa awak ke hospital." Ajak Pak Samad.
"Tak payah la. Dah tua tua ni memang la macam macam sakit kita dapat. Takpe la bang. Saya nak rehat je. Saya sayang abang." Mak Leha menarik selimut.
"Yelah Leha. Saya balik kejap lagi." Pak Samad bangkit.
-
"Mak tak jawab call lah." Omel Azhar. "Kenapa asyik call mak je? Mak kan dekat rumah?" Tanya Arash.
"Entahlah. Rasa macam perlu sangat nak call mak." Balas Azhar. "Kejap lagi kita nak balik dah. Diorang tengah jumpa pengantin." Ujar Arash. "Yelah..."
Azhar mengalah. Selepas 15 kali missed call, dia simpan telefon dalam kocek seluarnya. Mesej pun mak nya tak jawab. Biasanya mak reply je mesej dalam WhatsApp.
'Mak.... Kenapa Azhar risau pasal mak ni?'
-
"Eh pintu tak kunci?"
Mak Linda terkejut. Baru terpusing tombol pintu dah terbuka tanda pintu tak berkunci. Keadaan rumah macam biasa. Tersusun, kemas, teratur.
"Eh? Takde orang ke? Takkan diorang biar rumah tak berkunci?" Tanya Pak Aris. "Kak Leha? Kak Lehaa?" Panggil Mak Linda.
"Sunyi semacam je, bang. Kak Leha dengan abang Samad takde dekat rumah tapi pintu tak kunci. Biasanya kalau pintu tak kunci, kak Leha dekat rumah." Omel Mak Linda.
"Cuba ketuk bilik tidur dia." Pak Aris ingin tahu pula. Tiada siapa di rumah. Kosong.
"Kak Leha? Akak dalam bilik ke? Akak?" Mak Linda mengetuk pintu bilik sebelum ia terbuka sendiri tanda tak berkunci dan tak ditutup rapat. Mak Linda membuka pintu.
"Kak Leha? Dah nak maghrib ni. Bangunlah." Mak Linda tahu Mak Leha bukan jenis tidur petang terutama dah nak dekat waktu solat. Sekarang dah 6:30 petang. Biasanya Mak Leha masak makan malam sekarang.
"Kak Leha? Kak? Ya Allah bang.... Kak Leha? Akak? Kak bangun, kak..." Mak Linda mengejutkan Mak Leha tapi tiada respons walaupun tubuhnya digoyangkan. Pak Aris mendekati. Memeriksa nadi.
"Ya Allah...."
-
"Makk! Makkk!"
Azhar berlari ke hospital. Pak Samad memeluk Azhar. "Makkk! Ayah, mana mak? Ayahhhh... Mana makkk..."
Gugur jantungnya ketika Pak Samad beritahu Mak Leha masuk hospital. Ke wad ICU. Terus mereka sekeluarga pulang.
"Mak..." Arash tercungap. "Ayah... Mak macam mana? Mak dalam ICU lagi?" Tanya Aliff, tenang. "Tak tahu. Doktor tak cakap apa apa lagi dekat ayah." Balas Pak Samad.
"Mak jumpa mak Leha tadi. Terbaring atas katil, tidur. Kejut kejut tak bangun langsung. Tak sedar. Terus bawa ke hospital." Cerita Mak Linda. Pak Samad hanya duduk diam membatu atas kerusi.
Satu keluarga ada di situ. Dari belah Pak Aris dan Pak Samad.
Khuzairi dan Adzrin meletakkan Khalish dan Adelia yang dah tidur dalam stroller. Arash mendukung Ikhwan, Adlina menjaga Emira.
Izzati dan Asyraff memujuk Azhar yang tak berhenti menangis. Aina turut duduk di sisi Azhar. Pak Samad hanya duduk diam membatu. Menunggu keputusan doktor.
Doktor keluar selepas sejam lebih dalam ICU. "Doktor. Mak saya macam mana doktor? Dia ok kan? Mak saya ok kan?" Azhar berlari ke arah doktor.
"Kami dah cuba yang terbaik. Maafkan kami. Dia meninggal akibat paru paru berair. Nampaknya dah lama dia menderita penyakit ni. Ada hikmahnya Allah tarik dia. Harap harap semua dapat bersabar dan yakin pada Allah."
Azhar tersandar ke dinding dan terduduk. Kakinya lemah, terasa seluruh tubuhnya tak dapat bergerak. Aliff memeluk Hani erat, tak dapat menerima kenyataan tapi dia cuba menyembunyikan air matanya.
Arash memeluk lutut. Tak dapat menahan air matanya dari mengalir. Adlina memeluk bahu Arash lembut. Asyraff memeluk Izzati yang menangis perlahan di bahunya.
Pak Samad terduduk di atas kerusi, kekal diam tak bersuara dan tak memberi reaksi.
Tenang. Redha.
YOU ARE READING
Kisah Kita [C]
Teen FictionAdlina dan Arash menikah tanpa apa apa masalah. Berkenalan dan berkawan sejak zaman kolej, tiada masalah bagi mereka. Adlina mencadangkan sepupunya, Hani yang sebaya dengan nya untuk berkahwin dengan sepupu Arash, iaitu Aliff. Satu keluarga bersetuj...