Sepanjang hari ni Adlina rasa agak tak tenang. Nak cakap tapi ditahan. Nak tunggu malam ni, jumpa dengan Arash sendiri depan depan.
"Azhar." "Ye?"
"Malam ni ikut tak?" Tanya Adlina. "Mestilah. Dinner family kot." Balas Azhar. "Dinner family? So means..."
Azhar mengangguk.
"Mak ayah ada. Keluarga akak ada, keluarga Izzati ada. AAA apa orang kata, hah perjumpaan keluarga bersatu." Balas Azhar. Adlina mengangguk.
"Thank you adik ipar!"
"Wuish jarang akak Ad berterima kasih ni. Sob sob..." Azhar terharu.
-
"HANI!"
"Apa dia?" Hani mengangkat kepala. "Kita ada makan makan!" Adlina ceria. "Ye aku tahu." Balas Hani. "Macam mana kau tau?"
"Cek la group family." Balas Hani. Adlina membuka fonnya. Padah acah acah silent fon. "I see..." Adlina mengangguk.
"Hahaha tapi ada 'suprise' untuk kau malam ni." Komen Asyraff. "Surprise apa?" Tanya Adlina.
"Madu madu kau."
"WHATTTT?!?!?!"
"Abang Asy ni. Terberanak Ad kejap lagi." Izzati menepuk bahu suaminya. "Hehehe maaf maaf. Jangan la marah. Macam tak kenal aku je." Asyraff tergelak.
"Jadi ni ke benda dia sorokkan sangat tu?" Adlina mencebik. "Taklah. Adalah benda lain." Balas Asyraff. "Apa dia tu?"
"Saya, Asyraff Al Hakim, memegang amanah dan setia pada janji kepada Arash Amsyar akan sentiasa menepati kata kata ini dan tidak akan membongkarkan rahsia kepada sesiapa kerana telah diberi Amanah setia olehnya dalam menyimpan rahsia ini."
"Amboi buat perjanjian korang eh." Adlina kecewa tak dapat tahu. "Alah tunggu je la malam ni. Tak lama pun. Lagi 7 jam." Balas Asyraff.
"Okay aku tunggu."
-
Semakin lama menunggu jadi gila Ad dibuatnya. Arash keluar masuk rumah dengan Azhar dan Adam. Entah ke mana diorang pergi.
Adlina terbaring atas katil. Ikhwan dah tidur. Baik jangan kejut kalau tak habis rumah ni. Semua orang dah keluar.
Yang tinggal di rumah ni hanya Ikhwan, Asyraq, Aliff, Hani dan Azhar sahaja.
Adzrin, Khuzairi, Mak Linda, Pak Aris, Mak Leha, Pak Samad, Adam, Asyraff dan Arash semua dah hilang entah ke mana sejak pagi tadi.
Pagi tadi diorang ada je datang sama sama. Sekali masuk bilik, keluar balik semua tu terus Hilang. Yang tinggal lima orang ni je.
"Azhar. Jadi ke kahwin dengan Aina bulan depan?" Tanya Aliff. "Jadi! Mesti la jadi!" Balas Azhar. "Semoga berjaya adik bongsu."
"Semua atas jasa abang huhuhu..." Azhar memeluk Aliff. "Erghh drama apakah." Adlina menggeleng
Adlina menunggu. Lambatnya terasa masa berlalu.
-
"Ni suka main air ni. Suka main air ni." Aliff memandikan Asyraq dalam besen (or whatever lah nama benda tu). Asyraq seronok main dengan air.
Aliff memegang tubuh Asyraq. Comel. Suka main air.
Hani muncul dengan tuala. "Kenapa tak mandi dalam bilik air je?" Tanya Hani. "Malas. Nanti basah baju." Balas Aliff.
"Ada ada je." "Kenalah."
Hani membalut Asyraq dengan tuala. Asyraq dibaringkan dan ditukarkan pakaian. "Nak tukar terus? Nantilah." Ujar Hani.
YOU ARE READING
Kisah Kita [C]
Novela JuvenilAdlina dan Arash menikah tanpa apa apa masalah. Berkenalan dan berkawan sejak zaman kolej, tiada masalah bagi mereka. Adlina mencadangkan sepupunya, Hani yang sebaya dengan nya untuk berkahwin dengan sepupu Arash, iaitu Aliff. Satu keluarga bersetuj...