"Nak pergi mana ni?" Hani mendukung Zara. "Mesti lupa kan?" Aliff mencuit hidung Hani. "Lupa apa?"
"Kita dah ada tiga anak. Asyraq dah nak masuk enam tahun tak lama lagi. Zara dengan Rifqi dah masuk tadika tahun depan. Tak ingat?" Tanya Aliff. Hani diam. Berfikir.
"Lamanya fikir." Aliff menekup pipi Hani. "Lupa." Balas Hani. "Happy 7th anniversary." Aliff mencuit pipi Hani yang tembam itu (tembam is comel so what)
Hani terkejut Aliff ingat. Dia sendiri tak ingat tarikh tu. "Aliff I'm sorry... Saya tak ingat..." Hani kecewa. "Kita tak sambut first anniversary pun. Orang kata ulangtahun pertama ping bermakna tapi kita terlepas. Apa salahnya." Aliff tersenyum.
"Aliff..."
"Ehem ehem. Korang punya wedding anniversary sama je dengan kitorang. Jangan nak acah macam korang je ada hari istimewa. Jom lah." Arash membebel.
"Sebulan habis pantang, terus anniversary. Best kan macam ni." Komen Adlina. "Eii mana adik mana abang ni? Dua dua sebijik! Dah la lelaki perempuan." Arash mengintai Rifqi dan Zara dalam baby stroller itu.
"Ape la uncle Arash ni. Yang pakai baju princess ni mesti la Zara." Aliff mendukung Zara. "Ohh lahh aku tak perasan..." Arash mengetuk kepalanya.
"Hmm sedih 😂" Ejek Adlina. "Kak Rin dengan Aina tak ikut shopping sekali?" Tanya Hani. "Tak. Malas katanya." Balas Adlina.
"Korang dua je rajin nak pergi sana sini. Masa Sarat pun sama, lepas pantang pun sama jugak." Komen Arash. "Ee tak baik cerita keburukan isteri dekat orang!" Adlina mencuit Arash.
"Tak sebut nama dia pun. Terasa la tu." Arash mengusik Adlina. "Mana ada!" "Ada!"
"Eleh..." Adlina mencebik. "Kita tengok antara kita, kak Rin , Izzati dengan Aina. Anak siapa paling bongsu." Komen Arash. "Budak budaknya." Balas Aliff. "Mesti!"
"Kau tu yang masih tak puas hati tak boleh jadi yang bongsu. Masa kau lahir aku lagi tak puas hati." Balas Aliff. "Ee jangan harap dapat jadi anak tunggal!" Arash menjelir mengejek.
"Kejap je. Dah 3 tahun sejak kita kahwin. Tak lama lagi dah 10 tahun lepastu 20 tahun." Komen Adlina. "Tu la bukti masa tu berlalu dengan cepat." Balas Aliff.
"Tapi antara kitorang kau paling tua." Usik Arash. "Eleh sekurangnya aku lagi hensem dari kau." Balas Aliff. "Jangan harap la!" Arash menjelir.
"Asyraq dengan Rifqi dapat hensem dari aku, tau!" Balas Aliff. "Ye la tu! Aku jauh lagi comel!" Bidas Arash. "Ee bising la." Adlina menghentikan mereka berdua.
"Ok la kita dah makan. So mari la jalan jalan. Jumpa nanti ho ho." Arash mendukung Ikhwan. Aliff menolak stroller bayi kembar itu. Hani mendukung Asyraq.
"Setakat ni dah berapa ramai eh?" Aliff mengira. "Tujuh cucu ayah dah." Balas Hani. "Tujuh dah. Ramai dah cucu ayah." Komen Aliff.
"Kenapa? Nak tambah la tu. Jangan mengada." Balas Hani. "Mana tau?" Aliff memandang Hani, nakal. "Jangan pandai pandai." Balas Hani.
"Kena la pandai."
-
"Aliff."
Aliff terhenti sebelum keluar dari bilik bila Hani menahan tangannya. "Boleh kita cakap kejap? Kunci pintu?" Tanya Hani.
"Ada apa?" Tanya Aliff. "Kunci je lah dulu." Balas Hani. Aliff mengunci pintu. Mereka duduk atas katil. "Ada apa ni?"
"Awak... Sebenarnya dah ingat semuanya. Kan?" Tanya Hani. Aliff diam, tak menjawab. "Saya percaya awak hilang ingatan. Dan saya percaya sebenarnya awak dah ingat semua tu." Tambah Hani.
Aliff hanya mengeluh. "Bila? Kenapa tak jujur masa saya tanya dulu?" Tanya Hani. "Aku tak nak kita ingat pasal hal lama lagi. Cukuplah." Balas Aliff. Hani menunduk perlahan.
"Kenapa? Kau masih marah aku sebab hal lama tu? Masa kau pregnant kan Asyraq?" Tanya Aliff. "Saya tak marah. Saya cuma..."
Hani menggenggam kedua dua tangannya. Dia cuma tak nak Aliff sembunyikan bahawa dia sebenarnya dah ingat. Apa jadi antara mereka dulu. Siapa Tasnim. Bagaimana semua ni berlaku. Dia tak nak pura pura lagi.
"Okay aku faham. Dan aku jujur. Yes. I remembered everything. I didn't know when. Tiba tiba je semua memori tu dah kembali. Tapi... Apa yang aku boleh buat dengan memori lepas tu? Menangis? Meraung? Tasnim pun dah tak ada. Asyraq pun dah besar. Apa lagi nak dikenang?"
Hani memandang tepat ke dalam anak mata Aliff. Tampak kejujuran di situ. "Kita kan nak buka buku baru. Janganlah ungkit benda lama." Aliff menggenggam tangan Hani. Hani memeluk Aliff erat.
"Aku tahu aku banyak salah dekat kau. Aku tak tahu. Aku marah diri aku sebab tak ingat sepenuhnya. Tapi bila aku ingat, apa aku boleh buat? Masa tu... Hati kau dah pun terluka."
Aliff mengusap belakang Hani.
"Aku tahu aku tak pernah ada masa Asyraq dalam perut sampailah ke saat dia lahir ke dunia. Aku tak tahu pun. Sebab tu aku nak ambil peluang ni balik. Sebab tu aku tak nak lepaskan kau lagi." Aliff memegang erat tangan Hani.
"Tasnim dah tak ada. Takkan aku nak hidupkan dia balik? Allah maha berkuasa. Dia hidup dan matikan manusia. Takkan aku nak lawan kuasa Allah semata mata pasal tu? Semua tu dah jadi memori. Tu je." Aliff menyentuh pipi Hani. Lembut.
"Weh... Ayah ajak makan... Emm... Ok sila sambung." Azhar rempuh masuk dan tutup pintu semula. Aliff mengeluh. Adik sorang tu lah, kacau daun betul.
"Dah. Jom makan." Aliff mendukung Asyraq yang dah tak sabar nak makan. Hani mengikut dari belakang. Pintu bilik dibiarkan terbuka, Zara dan Rifqi masih lena dibuai mimpi.
-
"Weh mana botol susu Ikhwan?" Arash terguling guling mencari. "Tu la. Tak pandai jaga barang." Usik Asyraff. "Abang Asy tolong la carikan." Arash mencebik.
"Tak nak aku. Nanti kau tuduh aku curi pulak." Balas Asyraff. "Ee mana ada!" Protes Arash. "Mana niiii...."
"Kesian kau 😂 Maaflah tak boleh tolong." Aliff memegang Asyraq yang mula nak berlari sana sini. Maunya terhantuk si chubby ni kejap lagi, satu rumah kecoh.
"Sadis la kau ni. Cuba la jaga barang elok elok sikit." Komen Asyraff. "Jaga la ni." Arash mencebik. "Hah abang dah jumpa. Dekat singki dapur." Khuzairi muncul dari dapur.
"Wuuu terima kasih abang Zairi!" Arash mencapai botol susu. "Haih haih semua benda nak hilang budak tu." Komplen Asyraff.
"Aiiyaa makin lama makin ramai. Macam mana Adam nak ingat nama pulak ni?" Adam menggaru kepala. "Kesian kau kena ingat nama anak anak buah." Usik Adzrin.
"Anak kak Rin dua orang.... Khalish dengan Fiya... AAA anak kak Ad tiga orang..."
"Woi aku dua orang je. Tang mana ada satu lagi tiba tiba?" Adlina menyampuk. "Halahh apa hal ramai sangat anak korang ni?" Adam menggaru kepala.
"Anak aku yang tiga orang." Sampuk Aliff. "AAA Rumit betul la!" Rungut Adam. "Apa yang rumitnya!" Adlina mengusik Adam.
"Dah la semua nama berbeza. Benda ni lagi susah dari nak hafal peta sejarah!" Rungut Adam. "Ye ye la kau!" Balas Adlina.
"Merungut je kerja. Cuba buat betul betul." Sampuk Adzrin. "Betul tu, betul!" Sokong Adlina. "Hmm :( Adam je yang kena." Rungut Adam.
YOU ARE READING
Kisah Kita [C]
Teen FictionAdlina dan Arash menikah tanpa apa apa masalah. Berkenalan dan berkawan sejak zaman kolej, tiada masalah bagi mereka. Adlina mencadangkan sepupunya, Hani yang sebaya dengan nya untuk berkahwin dengan sepupu Arash, iaitu Aliff. Satu keluarga bersetuj...