Saat berganti minit, minit berganti jam, jam berganti hari, hari berganti minggu.
Dah 20 hari Aliff koma tapi tiada perubahan. Hani masih menunggu dengan sabar.
Asyraff mendukung Asyraq. Sebaik si kecil ni bangun pagi ni, terasa nak mandikan pula. Bukan selalu.
Sebaik mandikan Asyraq, Asyraff kembali pada wad Hani dan Aliff. Hani masih menunggu dan Aliff masih koma.
Topeng oksigen itu sudah 2 hari Aliff memakainya. Tapi masih tak menunjukkan apa apa kesan.
"Nah."
Hani tersenyum. Asyraq kelihatan lebih aktif selepas mandi. Umur baru nak masuk 5 bulan, manja kalah anak kucing.
"Asyraq, Ikhwan datang!"
Adlina muncul. Ikhwan berusia 8 bulan mula merangkak rangkak. Arash mendukung Ikhwan.
"Masih sama?" Tanya Adlina. Hani mengangguk. "Cepat masa berlalu kan? Kita dah berkeluarga." Ujar Adlina.
Hani tersenyum dan mengangguk. Ikhwan duduk atas sofa. Adlina mendekati Ikhwan dan bermain dengannya.
Arash duduk sebelah Aliff.
"Weh lamanya kau tidur? Kau ni tak puas tidur dalam kelas, kat sini pun kau nak tidur kan? Patutlah selalu Corot!" Usik Arash.
"Abang ni. Dia bangun, dia cekik abang nanti." Adlina menggeleng. "Apa salahnya? Abang rindu nak gaduh dengan dia." Balas Arash tenang.
"Walid Asyraq. Ayah kepada Asyraq. Aku tak tahu kenapa kau pilih walid. Tapi aku suka jugak dengar. Sedap je bunyi. Sesuai la dengan kau kan?"
"Weh. Asyraq tengah membesar perlahan lahan. Ikhwan pun sama. Esok esok tiba tiba je diorang dah kahwin, kita pulak dah tua. Macam mak dengan ayah sekarang."
"Kita kena nikmati saat saat tu sama sama. Rugilah terlepas weh. Kita jadi garang macam ayah nanti. Nak? Tapi enn... Aku tak rasa kita akan jadi garang dan badang macam ayah tu." Arash tersenyum.
"Kutuk aku ya?" Pak Samad muncul. "Ya Allah! Ayahhh! Terkejut Arash!" Arash mengurut dadanya.
"Dah kutuk aku memang patut kau tu sakit jantung!" Pak Samad piat telinga Arash. "Adehh dehhh ayahhh sakittt!!"
"Hani macam mana? Doktor cakap apa?" Tanya mak Leha. "Biasa je. Demam sikit." Balas Hani. "Doktor ada cakap apa apa pasal Aliff?"
"Doktor tak boleh nak simpulkan bila dia akan sedar. Tapi buat masa ni alhamdulilah dia stabil je." Balas Hani.
"Haihh budak ni. Degil. Aku cakap suka nak melawan. Lepasni kau bangun, aku sebat kau dulu. Kepala batu. Susah betul nak dengar orang tua cakap." Bebel Pak Samad.
"Ayah ni. Abang dah koma pun ayah nak membebel lagi ke?" Azhar muncul. "Jangan sibuk sebelum kau yang koma lepasni." Balas Pak Samad.
"Eee ayah ni apalah!" Azhar mencebik.
"Abang. Tengok ayah. Ayah sengaja ugut Azhar. Abang kena jadi penyokong Azhar. Lepastu kita wrestling dengan ayah macam masa kita kecik dulu."
"Kau kecik ke besar ke, kau tetap Aku smacdown dulu." Balas Pak Samad. "Kita dua kalahkan ayah sama sama nanti!" Ujar Azhar.
"Dua? Tiga boleh?" Arash menyampuk. "Boleh! Boleh!" Azhar tersengih.
"Aku ni boleh lagi hayun pokok kelapa tu dekat kepala kau dulu sebelum kau sempat nak zip seluar." Balas Pak Samad.
"Hah yelah. Takpelah abang. Kita dah kalah awal awal." Komen Azhar. "Ada je kau!" Arash mengusik Azhar.
"Daun pokok kelapa ke pokok kelapa ayah?" Tanya Azhar. "Buah kelapa pun boleh."
YOU ARE READING
Kisah Kita [C]
Teen FictionAdlina dan Arash menikah tanpa apa apa masalah. Berkenalan dan berkawan sejak zaman kolej, tiada masalah bagi mereka. Adlina mencadangkan sepupunya, Hani yang sebaya dengan nya untuk berkahwin dengan sepupu Arash, iaitu Aliff. Satu keluarga bersetuj...