BAB8

310 16 37
                                    

"So...."

Sejak kena tinggal dengan Khuzairi dan Adzrin di taman, Aliff dan Hani kekok balik. Ye la depan Khuzairi kena la elok elok. Nasib bukan Asyraff je.

Telefon Hani berbunyi. "Siapa?" Tegur Aliff. "Abang Asy." Balas Hani sebelum mnjawab panggilan

"Ada apa abang?" Tanya Hani. "Abang ada dekat Ice Room berdekatan. Datang la, abang belanja." Ajak Asyraff.

"Ice Room? Sejak bila Abang makan aiskrim?" Usik Hani. "Ehem. Sebatu batu Abang, abang masih hati lembut tau." Balas Asyraff.

"Okay lah. Abang tunggu dekat sana okay." Balas Hani. "Lambat 2 minit, Korang bayar." Ugut Asyraff. "Ye lah."

Hani menamatkan panggilan. "Dia ajak buat apa?" Tanya Aliff. "Makan aiskrim. Dia belanja. Jomlah?" Ajak Hani.

Kekok lagi.

Kemudian bertembung dengan merpati merpati sweet. "Hah ok la semua dah ada. Asyraff tengah tunggu tu. Nak belanja katanya." Ujar Khuzairi.

Maka terjadilah rombongan ke Ice Room. Mereka tiba jam 3.02 ke Ice Room.

"Lambat 2 minit! Abang long kena bayar!" Asyraff menunjuk Khuzairi. "Belanja apa macam tu?" Balas Khuzairi.

"Lama tau Asy tunggu dekat sini." Komen Asyraff. "Mengada je lebih. Nak belanja ikhlas la!"

"Eee gurau je! Nak gurau pun tak boleh!" Asyraff menarik muncung. "Mana di Aina dengan Adam?" Tanya Adlina.

"Adam kena tinggal dengan Aina dekat kedai buku. On the way dah katanya. Aina pergi tandas kejap. Hah tu dia."

Asyraff mencebik ke arah Aina. "Hoi. Aku suruh kau pergi dengan Adam, kau tinggal budak tu kenapa?" Bebel Adlina.

"Ala dia dah 17 la Kak Ad. Rileks la." Balas Aina. Adam muncul dengan beberapa plastik buku di tangannya. "Kak Aina tinggal Adam sorang sorang!" Rungut Adam.

"Alahai kesiannya muka." Usik Asyraff. "Siapa suruh lambat." Aina menjelir. Adam mencebik.

"Serious eh abang Ash belanja? Jangan minta ganti rugi pulak." Komen Adlina bila pesanan sampai. "Kau membazir bayar ganti rugi dekat aku." Balas Asyraff.

"Ceh. Ingat 7 Syarat Cinta ke?" Adlina makan aiskrim pisangnya. "7 Syarat Aiskrim Abang Asy." Sampuk Hani.

"Abang Asy. Abang dah...."

"SHHH SHHH SHH SHHH...."

Asyraff meletakkan jari telunjuk atas bibir Adam. "Jangan ditanya. Asyraff Al Hakim masih muda dan nak single selamanya. Dah dah dah makan makan."

"Tau tau je." Adam mencebik. "Jangan nak temberang aku eh. Otak aku bergeliga." Balas Asyraff. Adam menarik muncung tanduk dinosaur.

Khuzairi hanya menggeleng. "Asy..."

"Asy tak nak jawab kalau pasal kahwin." Asyraff menjauhkan diri dari Khuzairi. "Haih budak ni. Apa kata dengan dia ni?"

"Siapa?" "Aina single."

"EH TAKPE TERIMA KASIH."

"HAHAHAHA Reject terus!" Arash tergelak. "Mana tau jodoh kan?" Usik Adlina. "Eee! Aina dah ada orang lain la."

"Ha! Siapa tu?!" Usik Arash. "Yang pastinya bukan Abang Asy." Balas Aina. "Ee aku pun tak ingin dengan kau tau? Geli tau geli!" Asyraff buat muka disgusted

"Korang nak beli apa apa Tak lepasni? Kalau takde, kita balik." Tanya Khuzairi. "Hah Mak ada pesan suruh beli makanan. Takpe. Abang balik dulu, nanti Ad dengan Arash balik." Bebel Adlina.

"Aliff? Hani?" Khuzairi beralih. "Asy nak pergi main dekat taman tema dulu. Nak naik kuda pusing tu." Balas Asyraff selamba.

"Eee budak budaknya!" Usik Arash. "Kau diam!" Asyraff menjelir. "Along ikut." "Tak nak! Nanti abang kacau Asy main!" Bantah Asyraff.

"Alah biarla abang long." Komen Hani. "Tak balik sebelum maghrib, along sebat seribu kali." Ugut Khuzairi.

"Alaaa... Asy bukan budak kecik la. Asyraff offiice manager lagi tau." Rungut Asyraff. "Office manager? Dekat mana?" Tanya Arash.

"Vida beauty skin care QuPuteh."

"PUHAHAHAHHA!" Adam terlepas gelak. "Serious lah abang Asy!" Arash tak puas hati. "Lahh. Kena serious ke?"

"Mesti la! Rash serious apa! Dah la next week masuk ofis dah." Komen Arash. "Abang pun sama. Deepavali punya pasal. Korang kahwin pun dekat dekat cuti Deepavali apahal."

"Alah dah jodoh." Adlina tersengih. "Serious la abang Asy. Abang office manager dekat Mana?" Tanya Arash, beriya iya nak tahu.

"QBeauty skin care."

"EHHH Abang Asy ke pengurus pemasaran yang baru tu?!" Arash terkejut beruk. "Lahh korang pun sama ke?" Asyraff memandang.

Arash dan Aliff mengangguk. "Bahagian mana?" Tanya Asyraff. "Bawah group abang lah." Balas Aliff. "Hah bagus tu! Aku lah boss korang!" Asyraff tersengih nakal.

"Ada ada je Kau ni Asy." Khuzairi menggeleng. "Hehehehe alang alang kan. Adik ipar dengan sepupu ipar dah bawah Asy." Ujar Asyraff

"Eee nanti berlaku pembulian!" Balas Adlina. "Takdenya! Kau ingat aku ni ada selera nak tengok muka budak dua orang ni? Geli I!"

"Jahat la abang ni! Dah la depan adik ipar abang!" Adam tergelak. "Aku dengan dia sebaya so what? Kita Kawan. Kan. Aliff?"

"Hah? Ya..."

"Nak tak nak je. Abang ni. Perangai psycho tu simpan sikit untuk anak cucu." Komen Adam. "Eee suka hati aku la!" Bentak Asyraff.

"Kalau aiskrim dah habis. Jomlah balik. Dah petang ni. Hah. Asyraff nak belanja kan?" Khuzairi bersuara.

"Asy ada duit la. Asy tau la." Balas Asyraff, menuju ke kaunter pembayaran. Mereka beransur masuk ke dalam kereta.

-

Dalam kereta masing masing layan fon. Khuzairi dan Asyraff di depan sahaja rancak berbual. Kadang kadang Arash di belakang menyampuk juga.

Aliff dan Hani dah tertidur dekat belakang. Adlina pula dah bosan dengan topik yang sama dibualkan. Adzrin sekadar melayan tanpa berbalas apa apa.

"Eh. Dua orang belakang tu tidur ke?!" Usik Asyraff. "Asy. Biar je la." Khuzairi mencuit Asyraff. "Ala Sesekali." Rungut Asyraff.

Hani dan Aliff tak terusik. Masih tidur dengan lena. "Kena ambil gambar ni." Arash mengambil telefonnya dalam poket.

Adlina dan Arash senyap senyap ambil gambar mereka. Maklumlah tak ada kerja lain. Dua dua suka kacau orang sejak zaman kolej.

"Kejap. Kita lupa sesuatu." Khuzairi break. Hani dan Aliff terjaga. "Apa dia?" Tanya Adlina.

"Mana Si Aina dengan Adam?".

-

Mereka berpatah balik dan mendapati dua budak sedang berdiri dengan muka tak puas hati sebaik melihat kereta Alza milik Khuzairi muncul.

Adam membuka pintu kereta dan duduk di sebelah Arash manakala Aina duduk di sebelah Hani.

  "Maaf ye. Akak lupa pulak pasal kau." Komen Adlina. "Hmph!" Ceh. Dah 17 tahun pun nak mengada.

Aina pun buat muka sama. "Tau la masing masing dah kahwin. Tak semestinya kami ni tiba tiba tak penting." Komen Aina.

"Haiii.... Perli nampak!" Khuzairi tersengih. "Mana ada perli. Terasa ke?" Usik Aina. "HAHAHAHA Kau ni." Adlina mencubit Aina.

Aina dan Adam buat muka sombong sikit. Almaklumlah nak mengada sikit.

"Malu la sikit dengan abang Aliff dan abang Arash." Usik Adlina. "Tak malu pun. Kakak la punya pasal!"

"Eee kau nak gaduh kan Aina Fazila, Adam Aiman?" "Wekk!"

"Dah la tu."

"Yela..."

Kisah Kita [C]Where stories live. Discover now