BAB18

219 11 0
                                    

Hani duduk rumah mertua. Terpaksa untuk sementara waktu walaupun dia mahu berada di sisi Aliff.

Hanya ada Pak Samad, Mak Leha, Izzati dan Azhar di rumah itu. Izzati keluar bekerja, Azhar ke universiti. Hani bersiap untuk ke kerja.

"Hani, rehatlah nak. Dah selalu demam ni?" Pujuk Mak Leha. "Takpe la mak. Tak suka lah nak bergantung dekat mak dengan ayah macam ni. Lagipun Hani kan ada kerja." Balas Hani.

"Kamu kan tak sihat? Rehatlah dulu. Kalau boss cakap rehat lama sangat, biar ayah yang cakap dengan boss Hani." Pak Samad muncul.

"Takpelah ayah. Hani okay. Takkan tak nak kerja? Asyik asyik cuti je, orang kata nanti makan gaji buta. Mak, ayah... Hani pergi dulu ya?"

Hani bersalaman dengan ibu bapa mertuanya sebagai tanda hormat dengan hati terluka. "Hati hati ya nak?"

"Yalah mak. Pergi dulu."

Air mata yang tersembunyi hanya sendiri yang tahu. Hati yang hancur berkecai hanya tuan empunya badan yang telan kepahitan itu tahu betapa menyakitkan saat saat ini.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya

-

"Hani. Kau balik jelah harini. Kau nampak tak sihat." Pujuk Mimi. "No I'm okay." Hani tersenyum.

"Kau dah makan ubat?" Tanya Farah. "Dah." Balas Hani. "Kalau kau rasa Tak sihat, terus bagitau aku." Ujar Sarah.

"Ye lah..."

Hani meletakkan beg atas meja. Telefon bergetar tanda mesej masuk. Hani membuka WhatsApp

Aliff
I'm sorry Hani

Hani tak membalas mesej itu. Dia menutup telefonnya dan masukkan ke dalam beg. Tak tahu nak cakap apa.

Hani mengemaskan pakaiannya. Masa untuk kerja

-

Aliff pening. Malas nak dengar apa yang Tasnim cakap. Kepalanya dah cukup serabut dengan semua ni.

"Cakap kejap lagi."

Aliff bangkit meninggalkan Tasnim. Rasa bersalah menggunung dalam hati. Kereta dipandu keluar dari restoran.

Dia cek mesej dalam WhatsApp. Hani tak membalas mesej nya.

"Kau dah gila agaknya. Takkan lah dia nak balas mesej kau?" Aliff mengetuk kepalanya. Tasnim call beberapa kali tapi dia reject panggilan itu.

Kepalanya serabut. Pening.

Aliff memandu pulang. Dia dah tak peduli lagi. Mungkin lebih baik dia balik ke rumah. Perjalanan terasa kosong.

Tahu tahu dah sampai rumah. Aliff mengeluh. Kepalanya sarat dengan pemikiran. Tak tahu nak buat apa lagi.

"Ya Allah dugaan apa ni? Kenapa macam ni sekali Ya Allah? Katakanlah Yang aku difitnah Ya Allah. Semua ni tak betul." Aliff memegang kepalanya. Buntu.

Ya. Semua orang cakap manusia baru nak ingat Allah bila susah. Tapi dia tak peduli apa orang cakap.

Hatinya gundah gulana. Aliff memandang ke hadapan. Pintu rumah tak terbuka, isi rumah gelap

Hani masih tiada di rumah. Yalah. Takkanlah dia nak balik pula sekarang?, Aliff mengeluh.

Aliff mengetap bibir. Kepalanya dihantuk ke stereng beberapa kali.

Bodoh. Bodoh. Bodoh

Apa kau buat ni, Aliff?

Aliff memarahi diri sendiri. Akhirnya air mata egonya keluar. Kepalanya buntu. Bagaikan tiada jalan keluar untuk jalan buntu ni.

Aliff keluar dari kereta. Langkahnya lemah masuk ke dalam dan mengunci pintu.

Menjenguk bilik tidur, ruang tamu, tandas dan dapur mengharapkan Hani ada namun dia tahu Hani tiada.

Aliff duduk atas sofa. Serabut.

"Apa aku nak buat ni?"

-

"Aliff. Awak ok ke ni?"

"Takde apa." Aliff terus berlalu. Hani agak terkejut. Di mengeluh kecil. Membuka pintu bilik tidur.

Hani duduk sebelah Aliff. "Saya tak marah pasal tu. Awak ada hak buat pilihan. Saya takkan bantah." Pujuk Hani, lembut.

Aliff tak menjawab. Diam.

"Awak nak makan apa apa? Saya sediakan? Mak ada bekal kan makanan sikit tadi. Saya boleh panaskan?" Tanya Hani.

"Tak payah la." Balas Aliff pendek. Hani tak tahu nak buat apa, terkaku sebelah Aliff.

Aliff tak berkata apa. Hani serba salah. Hanya kedinginan menguasai di antara mereka berdua.

-

"Aku nak pergi kerja ni."

"Ada masa lagi ni. Makanlah dulu." Ucap Hani, lembut. "Tak payah la. Aku makan dekat pejabat je." Balas Aliff.

"Makanan dah siap. Saya bungkus, awak bawa pergi pejabat. Ya?" Hani melihat masakannya. Dah siap nasi goreng, berasap asap lagi.

"Aku tak ada selera." Aliff memakai kasut kerjanya. "Aliff...."

"Aku tak ada selera. Faham tak?" Keras suara Aliff menegaskan. Hani mengetap bibir, tak melawan.

Aliff pergi tanpa menoleh. Perasaan takut mula menguasai Hani. Aliff tak pandang dia walau sebelah mata. Agak kecil hati sebenarnya.

Kereta Aliff bergerak laju meninggal kan rumah. Hani tak dapat buat apa dan masuk ke dalam rumah.

Terpaksa makan tapi perutnya menolak makanan. Memaksa lagi tapi entah kenapa dia tak dapat telan nasi goreng itu.

Entah kenapa air mata mengalir tiba tiba. Cuba ditahan tapi mengalir lagi. Kenapa jadi macam ni?

Hanya kepedihan yang tinggal

-

Aliff tak balik malam tu. Overnight di office katanya. Hani terpaksa iyakan.

"Assalamualaikum! Hani. Kau ada dekat rumah takkk?" Suara Adlina jelas dari luar. Hani membuka pintu.

"Ada apa datang malam malam ni?" Hani menjemput masuk. "Tak ada. Saja saja je." Adlina meletakkan plastik atas meja.

"Kau ok?" Tanya Adlina. Hani mengangguk kecil. "Aku tak jumpa Aliff dekat ofis harini. Dia pergi mana mana ke?" Tanya Arash.

"Tak tahu. Dia tak jawab pun aku call." Balas Hani. "Kau dah makan? Makan ubat? Kau nampak pucat ni." Ujar Adlina.

"Aku tak seleralah. Aku makan sikit je tadi." Balas Hani. "Kau kena la makan sikit. Nanti kau sakit macam mana?" Tanya Arash.

"Dia tak balik lagi. Aku tengah tunggu dia balik." Balas Hani. Arash dan Adlina berpandangan. Serba salah.

"Kau kuat ya? Apa pun terjadi, aku akan sentiasa di sisi kau. Aku akan sokong kau. Kalau tak ada siapa nak jaga kau, biar aku dengan abang Asyraff jaga kau." Adlina memegang kedua dua belah tangan Hani erat.

"Abang Asyraff minta kau balik rumah mak Ngah. Dia boleh jenguk kau nanti dekat sana." Ujar Arash.

"Takkanlah aku nak tinggalkan Aliff?" Balas Hani. Arash dan Adlina serba salah.

"Nanti aku cakap dengan Abang Asyraff." Adlina mengangguk. "Aku ok je. Tapi mungkin aku tak boleh nak kerja sekarang." Ujar Hani.

"Muka pucat layu macam ni kau nak kerja? Macam mana kau nak hadap pelanggan? Betul kata Sarah, kau kena rehat. Takpe, kan Nisa, Farah dengan Mimi ada."

"Aku serba salah la. Walaupun dia member aku." Balas Hani. "Sarah tu pun member kau dari kecik lagi kan. Dari umur 6 tahun lagi. Dia tu lagi faham kau dari aku ni." Ujar Adlina

"Nantilah aku fikir pasal tu. Aku bincang dengan Aliff dulu." Balas Hani.

"Kalau kau dah cakap macam tu, kitorang tak bantah. Tapi jaga kesihatan kau tu. Dah pucat muka kau." Tambah Arash. Adlina mengangguk tanda setuju.

"Yalah. InsyaAllah."

Kisah Kita [C]Where stories live. Discover now