BAB4

371 13 28
                                    

"Siapa jadi wali Hani nanti?" Tanya Adzrin. "Ayah." Balas Adlina. "Majlis nikah dah dekat. Kamu berdua dah siap apa yang patut?" Tanya Mak Linda.

"Dah Mak Ngah. Semua dah siap. Zairi aada tolong sikit petang tadi dengan Azhar." Balas Khuzairi.

"Hah Adam tak payah sibuk persiapan kahwin kakak. Buat persiapan SPM untuk tahun ni! Jangan gagal satu subjek pun!" Adlina menjeling adiknya

"Ishh! Orang tahu lah! Kakak ni!" Adam mencebik mendengar usikan kakaknya itu. Adlina tersengih, berjaya mengusik adik lelakinya yang 8 tahun lebih Muda darinya. Saja nak usik. Bukan selalu pun.

"Ibu. Kalau Rin jadi pengacau majlis Ad boleh kan?" Adzrin menjeling Adlina, tanda mengusik. "Kakak ni kan!!" Adlina mencebik.

"Ohh kakak kahwin tahun lepas kau kacau takpe!" Adzrin membalas. "Kacau la Rin. Pandai pandai Korang lah." Balas mak Linda.

"Abang Zairi. Ad upah abang jadi tukang masak kitorang eh?" Ujar Adlina. "Ehh apahal pulak?" "Ad mana reti masak. Alaa bole la abang Zairi." Ujar Adlina.

"Tak reti belajar la. Bukan suruh suami orang buat." Usik Asyraff. "Betul tu betul!" Sokong Adam. 

 "Oh ye adik yang bongsu tu umur berapa? Nampak matang dan Muda. Tak boleh teka umur dia." Tanya Adzrin. "20 Tahun. Tahun kedua dekat UPM." Balas Khuzairi.

"Lahh 20 tahun baru? Ingatkan lagi tua dari Rin." Adzrin mengangguk faham.

"Lagi tua apanya kakak. Arash tu 24, abang dia 25. Kakak 26. Yang bongsu takkan sebaya kakak kot." Usik Adam. "Ye lah Adam ye lah. Adam menang." Adzrin malas nak lawan kata.

-

Esoknya satu keluarga berkumpul di rumah keluarga Aliff dan Arash. Azhar sekakar memerhati je. Sibuk bincang hal nikah.

Empat individu tu diam je tak cakap apa apa langsung. Hanya mengangguk angguk setuju walaupun telinga tak tangkap apa yang Pak Aris bebelkan dari tadi. 

"Jadi, kita buat majlis tu berkecil kecilan lah. Sekadar kenalan rapat dan saudara mara." Keputusan dicapai.

"Kita akad nikah dekat masjid, bersanding kita sama sama dengan suadara yang lain ambil gambar kenangan." Tambah Pak Samad. Yang lain bersetuju dengan cadangan Pak Samad.

Perbincangan keluarga berakhir dengan aman. Aliff sekadar menahan diri dari buat perangai. Mahunya bukan setakat kena penampar cili api Pak Samad, sekali dengan sepak terajang tak pasal pasal.

Ayahnya itu nampak je tenang orangnya. Tapi sekali mengamuk, bukan setakat tangan bagi penampar berbisa, sekali kaki naik bagi penyepak tak pasal pasal. 

 Lepas kena tengking semalam, Aliff tahu lebih baik dia tak lepasi sempadan lagi. Tu baru kena tengking, kena tampar.

Kalau wap kemarahan lelaki 53 tahun ni naik betul betul mendadak, memang arwah lah dia semalam kena belasah. Nasib baik lah Mak Leha ada menenangkan Pak Samad juga semalam. Kalau tak, entah apa nasibnya.

 "Asyraff ni tak mahu berkahwin ke? Abang longnya dah kahwin, adik keciknya pun nak kahwin dah. Takkan abang ngahnya tak ada calon?" Tanya Pak Samad.

"Malas nak fikirlah Pak Samad. Tak puas main COC lagi. Asy baru 25, tunggu 52 dulu lah" Komen Asyraff, selamba badak. Khuzairi mencubit lengan adiknya.

 "Sakitlah abang longgg..."

Asyraff membuat muka kelat. "Tunggu 52, susah lah macam tu." Komen Mak Leha. "Saya tunggu jodoh datang bergolek je. Tak harapkan sesiapa pun." Balas Asyraff.

"Tu lah jawapan dia Samad. 5 Tahun aku tanya, 5 tahun ni jugak la jawapan dia tu." Komen Pak Aris.

 "Asyraff tak harapkan apa apa. Mak ngah dengan pak ngah jangan risau. Walaupun membujang ke tua sekalipun, Asy ok je." Balas Asyraff.

"Isy budak ni." Khuzairi menarik cuping telinga Asyraff.  "Eee abang long ni jangan la kacau Asy!" Asyraff berlari keluar dari rumah, lari dari Khuzairi.

"Hisy budak ni kan." 

 "20 Tahun aku jaga budak budak ni, macam ni jugak la perangai diorangbah ubah. Si abang long yang dah kahwin pun sama je." Pak Aris menggeleng.

"Takpe lah Aris. Jiwa muda, macam tu lah. Aku faham sangat. Kita pun pernah muda jugak. Hah 30 tahun lepas, perangai aku keras kepala sama la macam ni Asy tu. Kena piat dengan arwah bapak tu benda biasa." Balas Pak Samad.

 "Betul tu pak Samad. Asy setuju! Adeh! Abang long! Sakit la!" 

 Khuzairi dan Asyraff bekejaran dalam bilik Asyraff. "Abang long, Abang Asy dah la tu!" Hani masuk ke dalam bilik dan hentikan mereka.

"Mak ngah, tengok abang Zairi buli Asy!" Asyraff menjerit dan keluar. Menjelir ke arah Khuzairi dan keluar. "Nak pergi mana tu?" Khuzairi mengikut.

  "Orang nak pergi beli gula gula la! Eee jangan la ikut!" Asyraff dan Khuzairi bergelut manja di depan tangga

 "Abang ni kan malu la sikit depan tetamu." Hani turun ke bawah. Akhirnya tiga beradik tu berjalan ke kedai. Hani berada di situ mengelakkan dua abangnya itu bergaduh di tengah jalan pula. 

"Macam macam." Getus Adlina sambil menggeleng

-

"Bagus lah abang Aliff. Arash ada sorang adik ipar, abang ada dua abang ipar. Ada lelaki dalam keluarga ipar kita." Ujar Arash. "Apa yang bagusnya?"

"Abang ni. Bagus lah tu ada abang ipar lebih tua. Abang Asyraff tu pun sebaya abang je kan?" Komen Arash.

"Tapi aku tak suka." Balas Aliff. "Abang. Janganlah macam ni. Abang tak boleh memberontak selamanya macam ni." Pujuk Arash.

"Kenapa kau nak libatkan sepupu tunang kau dalam hidup aku? Kenapa? Kau tau aku suka Tasnim, kan?"

"Tapi kau tahu Mak dengan ayah tak suka Tasnim." Ujar Arash. "Kenapa? Apa kurangnya Tasnim ada apa hebatnya perempuan tu? Sampai Mak dengan ayah berkeras tak nak kan Tasnim?"

"Aku faham. Aku tahu kau tak suka tapi bukan Mak dengan ayah benci Tasnim tu. Tapi ada hikmahnya. InsyaAllah." Pujuk Arash.

"Kau tau aku suka Tasnim sejak sekolah kan?" Arash mengeluh dengar soalan Aliff. "Ya. Aku tahu. Tapi kita sebagai anak kena taat pada ibu bapa."

"Abang. Aku tahu kau tak suka. Tapi fikirkan Mak dengan ayah. Diorang sentiasa bagi apa kau nak selama ni. Diorang cuma minta kau kahwin dengan perempuan yang diorang pilih. Cuba kau fikir macam mana kecewanya ayah semalam dengan kau?"

Aliff mengeluh.

"Aku faham. Tapi tak semestinya apa yang Kau nak akan jadi milik kau. Kita ada tanggungjawab masing masing." Pujuk Arash

"Kau tak Kesian dekat ayah? Selama ni ayah sentiasa dengan kita. Ayah sentiasa isi kekosongan kita. Kalau kau buat macam ni lepastu menyesal, apa kau nak buat masa tu?"

Aliff diam. Kepala nya serabut.

"Jodoh ajal semua Allah dah tetapkan sejak kita dalam perut lagi. Kalau Hani tu jodoh kau, kau lari la jauh mana pun, dia tetap jadi isteri kau. Tapi kalau bukan, biarlah Allah susun perjalanan Korang."

Arash memujuk Aliff smooth. Kalau ditengking macam semalam, confirm gaduh lagi.

"Kita tunaikan permintaan ayah eh?" Pujuk Arash. Aliff mengeluh. Mengalah menerima takdir.

Kisah Kita [C]Where stories live. Discover now