Keesokkan pagi, mereka berenam bersarapan bersama. Sebelum berpecah sekali lagi.
Adlina dan Arash nak ke pasar. Adzrin dan Khuzairi nak ke tempat madu. Hani dan Aliff memilih ke kafe atas bukit.
Dua teh strawberi suam atas meja dibiarkan dahulu. Kedua dua mereka masih kekok.
"Emm pasal semalam..."
Hani tertarik dengan topik Aliff. Aliff agak keberatan tapi mahu katakan juga. Hani hanya diam menanti sambungan ayat Aliff.
"Sori lah. Kalau aku buat kau kecil hati semalam." Ujar Aliff. Hani diam tak membalas.
"Kau tak cakap apa apa Tapi aku bukannya bodoh. Aku tahu kau tak suka."
"Tak adalah. Tak apa." Balas Hani. "Kau marah aku lagi?" Tanya Aliff. "Apa guna marah lama lama." Balas Hani.
"Kau tak selesa aku cakap pasal ex aku?" Tanya Aliff. Hani tak membalas tanda tak menafikan nya.
"Ok aku rasa keadaan dah awkward. Teh kau dah habis kan? Jom lah pergi." Aliff bangkit. Hani melihat cawannya. Kosong.
Hani meletakkan cawan dan bangkit. Berjalan pantas melepasi Aliff.
"Kau marah ke?" "Mana ada!"
"Kau marah." "Taklah!"
"Kata tak marah tapi marah. Perempuan ni lain macam lah emosi. Pening aku."
Aliff menggeleng sendiri. "Jom lah pendek. Lambat betul jalan." Aliff menarik Hani pergi.
-
"Masammm!!"
"Masam la Sedap." Adzrin memakan strawberi. "Masam gila..." Khuzairi menutup mulutnya.
"Cepat belanja. Tadi cakap nak belanja orang." Adzrin mencuit Khuzairi. "Yela ambik la mana mana." Khuzairi mengalah.
Mereka dah membeli beberapa makanan untuk bawa balik makan. Bukan selalu naik Cameron Highlands. Apa salahnya sesekali.
"Tak call budak budak ke?" Tanya Adzrin. "Diorang dah besar lah. Pandai pandai la jaga diri." Balas Khuzairi.
"Ala nanti dia yang risau." Usik Adzrin. "Awak tu yang kena risau. Penat... Penat... Ajak balik hotel tak nak." Balas Khuzairi.
"Yela... Lepasni kita balik. Lepasni... Lepasni..." Adzrin menarik Khuzairi. Khuzairi mengikut sahaja
-
"Wahhh dah lama tak pergi Cameron!" Adlina keseronokan. "Kau patut berterima kasih dekat aku, tahu?" Arash mengusik Adlina.
"Hmm ye ye je kau tu!" Adlina mencebik. Arash mengeluarkan henfonnya. "Buat apa tu?"
"Tengok gambar ex girlfriend" "Siapa ex kau?!" Adlina mengejar. "Adalah!" Arash menjelir.
"Siapaaaaaa...."
"Siapa lagi ex classmate, ex girlfriend, ex fiance aku?" Arash menunjuk muka Adlina dengan jarinya. "Lahh aku ke."
"Eee... Fitnah orang je tau." Arash membebel. "Aku laparlah. Jom pergi makan. Dari tadi asyik jalan je. Bosan la." Ajak Adlina.
"Ye laa jom la..." Arash mengikut.
-
"Kakakkk!!"
"Apa dia?" Adzrin memandang adiknya. 'Makin gemuk budak ni, kalah aku ho ho ho' kutuk Adzrin dalam hati.
Jkjkjk
"Kakak. Nampak Arash tak?"
"Arash? Hai? Takkan hilang suami dah?" Tanya Khuzairi. "Kitorang tengah main sorok sorok ni." Balas Adlina. "Pulakkk..."
YOU ARE READING
Kisah Kita [C]
Roman pour AdolescentsAdlina dan Arash menikah tanpa apa apa masalah. Berkenalan dan berkawan sejak zaman kolej, tiada masalah bagi mereka. Adlina mencadangkan sepupunya, Hani yang sebaya dengan nya untuk berkahwin dengan sepupu Arash, iaitu Aliff. Satu keluarga bersetuj...