BAB19

213 10 0
                                    

Pak Samad dan Pak Tahir bertembung lagi. Berbincang lagi hal yang sama.

Mak Lijah mendesak tapi Pak Samad tegas dengan keputusan nya. Aliff menurut apa sahaja keputusan Pak Samad.

Sama ada ya atau tidak. Aliff akan ikut sahaja kata ayahnya. Baginya mungkin Pak Samad akan berikan keputusan yang terbaik.

Mak Leha buat keputusan hanya menerima apa sahaja kata Pak Samad. Sama ada Aliff akan kahwin dengan Tasnim atau tidak.

"Yang saya tahu, bang. Saya tak nak Aliff ceraikan Hani. Kalau mereka bercerai, saya tak rela terima sesiapa lagi. Aliff atau Tasnim. Saya takkan restu apa apa."

"Leha! Sampai hati kau cakap macam tu! Anak aku ni dah kandungkan anak Aliff. Sanggup kau cakap macam tu?" Mak Lijah kecewa

"Minta maaflah Lijah. Kau pun tahu dari dulu aku tak berkenan dengan anak kau." Balas Mak Leha.

Mak Leha dan Mak Lijah mula bertikam lidah sesama mereka. Mak Leha bantah dan Mak Lijah memaksa dan terus memaksa.

"Sudah! Diam dua dua!" Tengking pak Samad.

"Aku tak nak ada bunyi bising dalam rumah aku! Kalau nak bergaduh, keluar!" Tegas Pak Samad. Mak Leha dan Mak Lijah terus senyap.

"Macam ni lah. Baik aku terus terang dengan korang. Tahir, Lijah. Aku cuma ada dua orang menantu. Hani dan Adlina. Faham?"

"Kalau bukan isteri kepada Azhar atau suami kepada Izzati, aku takkan terima! Lagipun betul cakap Aliff. Tasnim tak ada bukti dan aku pun ragu ragu!"

"Kalau anak tu lahir dan aku masih ragu ragu, apa kau nak buat bila aku tengok muka dia? Kau nak seksa aku sampai mati? Aku pun tak nak tengok muka anak kau tu lagi!"

"Abang Samad! Kita dah berkenalan dan berkawan dah 46 tahun! Saya hormatkan abang Samad dan layan abang Samad macam kawan walaupun berbeza 4 tahun."

"Takkanlah abang tak boleh nak terima anak saya?"

"Tahir. Keputusan aku muktamad. Kalau Aliff tak buat keputusan, aku takkan cakap apa apa atau paksa dia. Tu je aku nak cakap."

Pak Samad berlalu masuk bilik. Keadaan menjadi tegang

-

"Nah. Ambil cuti. Aku faham keadaan kau. Aku bagi kau gaji yang tertunggak tu bulan depan. 1000 ok?"

Hani teragak agak. "Kau rehatlah. Muka kau dah pucat macam apa dah ni. Waktu kerja dah nak habis kejap lagi."

"Takkanlah aku nak ambil cuti macam ni..." Balas Hani.

"Hisy ambil jelah. Aku berterima kasih kau tolong aku setahun lebih sejak kedai ni buka. Kau banyak tolong aku sejak aku mula bisnes, jadi pekerja pula. Nah, ambil gaji kau dan kau kena rehat mulai esok." Balas Sarah

Hani serba salah. "Kau kawan aku. Aku tak suka tengok kau susah tapi ni je yang aku mampu tolong." Ujar Sarah.

"Aku tolong kau ikhlas. Lagipun siapa tahu jadi macam ni kan?" Balas Hani. "Ambil ni, pergi rehat. Pergi klinik." Ujar Sarah.

Hani teragak agak ambil sampul itu. Tapi tak nak kecewakan Sarah.

"Aku akan sentiasa dengan kau. Kau pun selalu tolong aku dulu. Aku akan ada bila kau tak ada sesiapa lagi. Datanglah ke rumah aku kalau kau perlukan aku."

Hani mengangguk. Berat hati meninggalkan tempat kerja tapi betul kata Sarah. Tiada guna paksa diri.

"Kau pergi klinik. Muka kau pucat ni. Kau nampak lemah je. Jangan paksa diri, jaga kesihatan." Nasihat Sarah.

"Yelah nanti aku pergi."

-

"Eh baliklah. Takkan kau nak overnight lagi?" Tegur Arash. "Aku tak nak balik. Aku rasa aku tidur pejabat dulu harini." Balas Aliff.

"Aliff. Mak cakap Hani tak sihat. Aku rasa demam dia dah makin teruk. Kau baliklah tengok dia kejap. Teman dia pergi klinik ke?" Balas Arash.

"Nantilah. Malam ni aku tidur sini dulu. Esok esok la aku balik." Balas Aliff. Arash mengeluh. Kedegilan abangnya yang sorang ni luar biasa betul.

"Oklah. Aku balik dulu."

Arash berlalu. "Arash? Hah. Kau dah ajak abang kau balik?" Tanya Tun Faris. "Dah bang. Tapi dia tak nak." Balas Arash.

"Haihh degil betul la mamat tu. Takpe. Kau balik la dulu. Nanti abang cuba pujuk dia." Balas Tun Faris. "Yelah. Terima kasih bang."

-

"Wei balik la. Sampai bila kau nak berkurung dalam pejabat ni?" Tun Faris muncul. Aliff mengeluh.

"Jangan kacau aku. Aku tak nak balik rumah sekarang." Balas Aliff. "Larikan diri tak berguna sekarang ni. Kau kena lindungi isteri kau tu." Tun Faris bertegas.

"Esok aku balik lah..."

"Aliff. Dah la tu. Jadi lelaki sikit boleh tak?" Balas Tun Faris. Aliff bangkit.

"Aku je ke yang kena kuat? Aku sorang je yang kena tahan dan selesai kan semua ni? Aku je ke yang kena bertahan?"

"Bukan kau sorang je. Mak kau macam mana? Ayah kau yang berusaha pertahankan kau? Hani yang percayakan kau? Kau ingat kau sorang je susah? Fikirlah sikit!"

Aliff bangkit. "Dah. Aku malas nak dengar."

"Wei Aliff. Baliklah. Dia mesti risaukan kau. Adik adik kau pun call aku sebab risau pasal kau tau." Balas Tun Faris.

"Buat apa nak risau? Bukannya diorang dalam situasi aku pun." Aliff berlalu.

"Wei Aliff! Aliff! Wei! Erghh susah betul la cakap dengan mamat ni!" Tun Faris serabut.

"Kalau kau terlambat satu hari nanti, jangan kau nak menangis baru nak menyesal! Woi Aliff!" Jerit Tun Faris namun tak dipedulikan Aliff.

-

Hani tiba di rumah. Dia masih berdegil dan tak pindah masuk rumah pak ngahnya walau untuk sementara waktu.

Harini dia terpaksa berhenti kerja sementara. Sarah tetap memaksa sampai dia bersetuju.

Beg diletakkan atas meja. Pintu dikunci. Tudungnya dibuka dan disangkut. Diambil sesuatu dalam beg.

Keputusan ujian klinik tadi.

"Macam mana aku nak jaga anak kalau diri sendiri pun dah terumbang ambing?" Hani melihat gambar scan bayi yang dia dapat di klinik tadi.

Bukan itu sahaja. Dia cuba pregnancy test mengharapkan ia cuma mimpi tapi bertukar apabila ia positif.

Dia menangis sendirian. Dia tak dapat menahan air mata lagi. Dicapai telefonnya. Teragak agak siapa patut dia telefon sekarang ni.

Aliff? Jangan jadi gila. Dia sendiri pun tak balik ke rumah.

Sarah? Takkan nak menyusahkan kawan sendiri lagi?

Adlina? Takut dia risau lebih pula

Asyraff? Nanti abangnya yang sorang tu akan buat kecoh

Khuzairi? Abangnya kena jaga kak Adzrin.

Hani buntu. Dengan siapa dia nak minta tolong? Fikiran nya bercelaru. Serabut.

Mungkin ada baiknya ia dirahsiakan dulu.

Kisah Kita [C]Where stories live. Discover now