Song: Bridges - 5H
"ARASH NOOO!"
"Apa pulak? Biar la mak ayah tahu hehehe!" Komen Arash. "Malulah!" Adlina memijak kaki Arash.
"Ala kita dah ada Ikhwan. Nak malu lagi apanya? Ikhwan dah masuk setahun pun." Balas Arash. "Eee pandai la abang cakap!"
"Apahal korang berdua ni?" Adzrin muncul dari dapur bersama Mak Linda.
"Kakak! Minta maaf sebab haritu usik kakak. Sekarang usik la kami balik." Arash menunjukkan sekeping scan di tangannya
"ARASHHH...." "What :))"
"Bagus lah tu. Alhamdulilah rezeki kamu berdua." Balas Mak Linda. "Wahh pandai usik kakak je ya! Kau tu pun sama je!" Adzrin mengusik.
"Dah! Ikhwan panggil!"
"Anak kita tu tak pandai bercakap lagi!"
-
"Awak kan baru sedar? Janganlah buat kerja berat. Biar saya tidurkan dia." Hani masuk ke dalam wad.
Aliff mendukung Asyraq cermat. "Walaupun aku tak pasti siapa dia... Aku tahu aku walid dia." Aliff menyentuh wajah kecil itu.
"Mana awak tahu panggilan tu?" Tanya Hani. "Arash bagitau." Balas Aliff. Hani menunduk.
"Kenapa Kau menangis?"
Aliff memegang wajah Hani. "Awak masih sama walaupun awak tak ingat apa apa, Aliff. Awak masih Aliff yang saya kahwini dulu." Balas Hani.
"Kalau aku ni kejam dengan kau dulu. Aku harap kau bagi aku peluang." Aliff menyentuh wajah Hani
"Ehem. Ganggu ke?"
Aliff dan Hani berpaling. Pak Samad dan Azhar tercegat depan pintu. "Ayah. Masuklah." Hani bangkit.
"Maaflah kalau ganggu. Ayah hantar bubur ni. Mak suruh makan. Mak datang petang ni dengan Arash dan Adlina. Tapi kalau ganggu, ayah balik dulu la."
"Tak adalah ayah." Hani tersenyum. "Ayah ada tanya doktor. Katanya kalau kamu okay pemeriksaan esok, kamu boleh keluar."
"Yalah..." Aliff kekok. "Tak payah pergi kerja. Arash akan gantikan kamu." Tambah Pak Samad. Aliff mengangguk
-
Sebaik Aliff keluar dari hospital, mereka terus pulang ke rumah. Pak Samad yang menghantar mereka.
"Nah ni makanan. Mak masak. Ada lauk je." Mak Leha menghulurkan beberapa buah bekas. Hani mengangguk.
"Aliff jaga diri. Kalau ada apa apa call ayah." Pesan Pak Samad. Hani mengangguk. Aliff berkeras nak balik rumah sendiri jadi mereka iyakan sahaja.
Mak Leha membawa Asyraq yang baru bangun tidur. Aliff menyambut Asyraq. Masih tak percaya apa yang telah berlaku.
"Biar saya bawa." Hani mengambil kunci kereta. Mereka bertiga beredar pulang ke rumah.
-
"AAAAA!!!"
"Kau dah kenapa Adam Aiman?" Tanya Aina. "SPM lagi beberapa hari lagi. Stress ni kak!" Adam berguling guling atas tikar.
"Belajar la gila. Tu la. Lagi seminggu nak SPM baru nak insaf, baru nak bertaubat, baru nak ingat tuhan. Dulu bukan main lagi kau pro ponteng sekolah, ponteng kelas. Sekarang baru nak insaf?" Perli Aina.
"Akak jangan la perli tau la lulus." Adam mencebik.
"Dah! Belajar! Selagi tak habis SPM, akak takkan lepaskan kau ke mana mana! Jejak kaki ke tanah selain nak pergi sekolah pun tak bagi!" Aina menyediakan rotan.
YOU ARE READING
Kisah Kita [C]
Teen FictionAdlina dan Arash menikah tanpa apa apa masalah. Berkenalan dan berkawan sejak zaman kolej, tiada masalah bagi mereka. Adlina mencadangkan sepupunya, Hani yang sebaya dengan nya untuk berkahwin dengan sepupu Arash, iaitu Aliff. Satu keluarga bersetuj...