"Mana walid Khalish ni~"
Arash mendukung Khalish. Ye la dah si Ikhwan kena "concure" dengan mak dia, dia main je la dengan anak saudaranya.
"Takde kerja la tu main dengan anak orang." Usik Asyraff. "Eee abang Asy ni! Kacau je!" Komen Arash.
"Yela aku jugak yang kacau."
"Aik? Merajuk ke?" Usik Arash. "Daripada merajuk dengan kau, baik aku makan." Asyraff beredar ke dapur.
Izzati keluar dari bilik. Entah kenapa rumah Pak Samad penuh je sejak semalam. Anak anak degil tak nak balik rumah
Dah kena halau kaw kaw pun masing masing berdegil. Tak tahu la anak degil ke anak yang baik namanya ni.
Setiap kali Pak Samad halau, setiap kali tu jugak la Mak Leha membebel. Lepastu gaduh
Dah tua tua pun sweet bergula. Anda bila lagi (jkjkjk)
"Hah marilah makan semua. Jangan duk melangut je dalam bilik tu." Panggil Mak Leha. "YEEE!!"
"Amboi panggil makan semua sekali muncul terus. Tak payah panggil berkali kali. Serentak sampai pulak tu. " Pak Samad perhati semua masuk ruang makan serentak.
"Lapar ni ayah." Komen Azhar. "Kau lapar sentiasa." Balas Arash. "Mana ada!"
"Aina, 10 periuk gergasi tak cukup nak bagi dia ni makan. Beli periuk nasi gergasi siap siap." Usik Arash. "Abang ni kan! Eee!!"
"Sudah la tu. Kamu ni pun Arash, diusik budak ni kenapa?" "Adehhh sakit makkk~"
Arash menggeliat kena cubit. "Hah ayah nak keluar lepasni. Korang nak pergi mana mana tak?" Tanya Pak Samad.
"Ayah nak pergi mana?" Tanya Arash. "Dating dengan mak kau. Jangan jeles." "Fulamak jangan berdua je ayah. Bawak Azhar sekali!" Sampuk azhar.
"Tak kuasa aku bawak engkau. Kucar kacir satu KL nanti." "Aloo..."
"Kitorang tak keluar." Balas Hani. "Hah nanti ayah serah kunci rumah." Ujar Pak Samad. Hani mengangguk faham.
"Kitorang nak pergi membeli barang Khalish. Dan Adelia." Sambung Adzrin. "Amboi dah pilih nama." Usik Adlina.
"Ala biarla."
"Apa ni? Nak keluar jugak la. Tak nak kacau Asyraq, nanti Bonda dia marah." Asyraff join. Hani buat muka pada Asyraff.
"Sebenarnya ni dah pelik tau. Ayah sayang abang Khuzairi lebih dari anak sendiri. Ni tak aci tau ayah." Bebel Azhar.
"Ada aku kesah?" "Alamak, baik la ayah."
"Macam macam la kau Azhar. Tu pun nak jeles! Kau bongsu, dah ah!" Komen Arash.
"Ala tak puas hati pahal?" Azhar menjelir. "Diam la, aku tengah makan ni! Aku makan kau nanti!" Asyraff bersuara.
"Makan Azhar, sedap sikit. Lemak banyak." "Ehh dia tu tulang lembut!"
"Dah dah jangan gaduh atas meja makan. Nak gaduh, main bawah sana. Makan cepat. Bercakap je kerja." Bebel Mak Leha.
"Yelahhh..."
-
"Akhirnya kita keluar satu geng." Komen Asyraff. Kereta Alza milik Khuzairi penuh.
Di depan ada Khuzairi sebagai pemandu dan Mak Leha di sebelah. Di tempat duduk depan ada Adzrin, Adlina, Izzati, Ikhwan dan Khalish atas riba.
Di belakang ada Asyraff, Pak Samad dan Arash selamba.
"Biar satu geng jangan berpecah." Balas Asyraff. "Lahh kita tinggal je ke budak dua orang tu?" Tanya Mak Leha.
"Ala mak, abang Aliff tu pun tak sihat lagi. Biar la diorang dating dekat rumah tu." Balas Azhar. "Yelah. Kalau dapat cucu lagi, mak lagi suka."
"Amboi mak." Arash mengerling Mak Leha, nakal. "Mak, kenapa abang Aliff lagi hensem dari kitorang ni? Bak kata junior sekolah?" Tanya Azhar.
"Sebab korang ikut muka mak. Si Aliff ikut muka aku."
"Nak cakap saya tak cantikla tu." Komen Mak Leha. "Bilanya saya cakap awak tak cantik? Diorang ni kan lelaki, mana boleh cantik? Diorang tak hensem macam saya ni."
"Ehem ehem!"
"Betul la aku cakap. Korang tak hensem macam aku, tapi cantik macam mak korang tu ha. Si Aliff ikut aku. Sebab tu dia hensem macam aku tapi tak comel."
"Ayah ni perasan la!" Komen Azhar. "Engkau yang tak hensem, mengata orang." Balas Pak Samad.
"Yela yela ayah hensem... Ayah hensem." Azhar mengalah. Malas nak bertikam lidah dengan Pak Samad.
-
Hani masuk ke bilik yang telah disediakan. Didukung Asyraq yang dah selesai mandi dan tukar baju.
Dia duduk atas sofa di ruang tamu. Aliff muncul dari dapur membawa dua gelas teh suam. Suara kecil Asyraq merengek manja memenuhi ruang rumah.
Hani menepuk belakang Asyraq lembut. "Maafkan aku. Aku tak dapat ingat lagi apa yang berlaku." Ujar Aliff.
"Semua yang berlaku cuma ada kepahitan. Mungkin lebih baik kita lupakan." Balas Hani. Aliff menggeleng tanda tak setuju.
"Kepahitan tu aku yang bagi kau. Aku kena ingat supaya aku tahu macam mana nak tebus balik kesalahan aku. Walaupun aku tahu aku dah terlambat." Balas Aliff.
"Apa yang awak nak ingat sebenarnya?" Tanya Hani.
"Aku nak ingat macam mana aku jumpa kau, nikah dengan kau, aku tak nak tanya lagi siapa nama setiap orang yang aku dah kenal lama apa lagi adik beradik dan kawan baik aku sendiri."
"Aku akan tunggu memori tu kembali. Walaupun memori tu menyakitkan. Sebab menyakitkan lah, aku tahu kenapa benda ni jadi macam ni sekarang."
Hani mengeluh kecil. "Tapi janganlah paksa diri. Tak elok untuk kesihatan." Ujar Hani.
"Aku takkan paksa tapi aku harap kau boleh Bantu aku ingat semula. Walaupun sikit dan secebis." Pinta Aliff. "InsyaAllah." Balas Hani.
"Aku tahu aku tak pernah ada masa kau mengandung dan lahirkan Asyraq. Tapi aku tahu ni peluang aku. Sebab aku tak ingat apa yang berlaku, aku tahu aku ada peluang untuk betulkan semula."
"Awak... Awak betul nak mulakan semula?" Tanya Hani. "Sebagai walid Asyraq, benarkan aku bersama kau macam dulu. Cuma keadaan yang dah berubah."
"Saya sentiasa tunggu awak, Aliff." Balas Hani. Bunyi enjin kereta mematikan pandangan mereka.
Dah balik la tu.
Hani membuka pintu utama. Aliff mendukung Asyraq. "Banyak membeli?" Tanya Hani.
"Mak ni hah. Pantang keluar kejap." Balas Adlina. "Bukan selalu mak membeli beli ni. Tua tua ni la macam macam teringin." Balas Mak Leha.
"Hmm tu la. Makin tua makin pelik." Usik Pak Samad. "Sibuk je dia tu." Komen Mak Leha.
"Ala gaduh lagi."
"Hani nak kerja balik ke dekat kedai Sarah tu?" Tanya Arash. "Haah tapi... Tak tahu lagi bila nak sambung kerja. Tengoklah dulu." Balas Hani.
"Hmm Aku dah kena kurung." Komen Adlina. "Bagus tu." Sampuk Adzrin.
"Hah Izzati join lah." Komen Adlina. "No No No. Dia jadi suri rumah dan suri dalam hati." Balas Asyraff.
"Ee abang Asy dah makin weird sejak Kahwin." Komen Azhar. "Kau sibuk kenapa?" Asyraff menjeling Azhar. "Relax lah."
"Hmm Asyraq bila nak dapat adik?" Usik Adlina. "Hesy Kau ni. Sibuk je hal rumah tangga orang." Hani masuk ke dalam bilik, mendukung Asyraq.
"Ish budak ni. Mengusik je kerjanya. Kalau anak si Hani tu lagi comel dari Kau, baru menangis seribu tahun Kau." Balas Adzrin.
"Ikhwan lagi comel." Balas Adlina. "Mentang mentang dua dua dah berbadan dua, suka diusik yang sorang tu." Komen Asyraff.
"Tak ada kerja." Balas Khuzairi. "Hah Aliff pergi pujuk dia tu. Nanti lari rumah baru tau." Komen Asyraff.
"Adik tu bukan macam kau! Sikit sikit lari rumah, sikit sikit merajuk, sikit sikit terasa!" Khuzairi tarik bibir Asyraff.
"Sakit la along!"
YOU ARE READING
Kisah Kita [C]
Teen FictionAdlina dan Arash menikah tanpa apa apa masalah. Berkenalan dan berkawan sejak zaman kolej, tiada masalah bagi mereka. Adlina mencadangkan sepupunya, Hani yang sebaya dengan nya untuk berkahwin dengan sepupu Arash, iaitu Aliff. Satu keluarga bersetuj...