Safiya melipat telekungnya sebaik selesai menunaikan solat subuh.Dia membuat perancangan untuk bertolak pukul 8 pagi.Rumah ibunya tidaklah jauh namun mengambil masa dalam 2 jam sahaja.
Ting~Bunyi mesej masuk membuatkan Safiya mencapai handphonenya.Dia tersenyum.Lawak pula bunyi mesej itu
'Fiya..please..I nak ikut you balik..I nak sangat duduk dekat kampung..Please,Fiya..'Asyraf~
Safiya mengeluh kecil.Kesian pula mamat ni.Tak pernah jumpa kampung agaknya.
'Yalah..Saya nak bertolak pukul 8 pagi ni.Sharp okay!Dan..kalau saya tahu awak ada niat lain..Siapa awak!😾'Safiya~
Safiya menanti mesej balas sambil melipat bajunya ke dalam bagasi kecil.
'Yes!Okay,Fiya..Thank you!!I ambil you nanti.Pukul 7 pagi I sampai.'Asyraf~
Safiya menggeleng kepala.Macam-macamlah budak bandar ni.Safiya hanya membiarkan mesej itu tidak dibalas
*******
Safiya memakai jubah berwarna merah hati dan kelabu.Selendang kelabu dipadankan juga.Safiya tersenyum puas hati dengan penampilannya.Make up nipis dicalit di wajahnya.Safiya menarik bagasinya turun ke tingkat bawah."Fiya,kau buat sarapan ni ke?Sedaplah."
Puji Tasha sambil menikmati bihun goreng air tangan sahabatnya itu.Safiya mengerutkan kening.
"Ha'ah..aku buat.Harapkan kau buat?memang taklah.."
Tasha ketawa kecil.Sedikitpun dia tidak berkecil hati.Memang benar kata-kata sahabat karibnya itu.
"Hehehe..kau janganlah kata macam tu.Roti bakar dengan jem coklat tu pun kau buat,ni pula bihun?kau faham-fahamlah..hehehe."
Safiya hanya tersenyum.Dia mencapai bekas lalu dimasukkan bihun goreng.Satu lagi bekas juga diambil lalu dimasukkan roti berkaya itu.
"Kau balik kampung dengan siapa,Fiya?"
Aikk?macam serkap jarang je?Safiya berhati-hati menjawab agar tidak terkena 'jerat' kawannya itu.
"Kawan."
Tasha sudah tersengih.Nampak sekali rakannya itu berhati-hati menjawab serkap jarangnya itu.
YOU ARE READING
Selamanya cinta ✔
Romance💥(My first novel so cliche and bnyk grammar errors)💥 Gadis pujaan remaja.Itulah nama sandangan bagi Safiya Iman.Dirinya juga digelar gadis sombong oleh gadis-gadis lain yang cemburu akan popularitinya disekolah.Safiya cuma kurang berbual dengan pe...