Bab 16

2.9K 95 4
                                    

Safiya tersedar apabila azan subuh berkumandang.Tangan sasa Izz yang masih melingkari pinggangnya diusap lembut.Dia merenung wajah Izz hang tertidur nyenyak.Perlahan-lahan Safiya mencium bibir Izz.Dia tersenyum.

"Iman sayang abang.."

Safiya mengusap rambut Izz.

"Abang sayang Iman juga"

Terkejut bukan kepalang Safiya pabila Izz membuka mata dan mengukir senyuman senget.

"Iman curi-curi cium abang.."

Usik Izz.Safiya mencebik.

"Dahlah..Iman nak mandi."

Safiya menarik selimut lalu menutupi badannya.Izz tersenyum.Pantas Safiya dicempung.

"Eh,eh!!Abang kenapa ni?"

"Jom mandi!!"

*********

Safiya turun bersama-sama Izz untuk bersarapan.Di meja makan,kecoh dengan kedatangan mereka berdua.

"Tu..Dua sejoli dah datang.."

Isara mengusik.Izz menarik kerusi untuk isterinya.Safiya mengukir senyuman seraya duduk.Sarapan pada pagi itu banyak juga.Nasi goreng dan bihun goreng yang berkuantiti banyak.Roti dan pelbagai cucur.

"Kak Is,mana Abang Ryan?"

Soal Izz sambil menyuap cucur udang ke dalam mulut.Safiya menceduk nasi goreng ke dalam pinggan suaminya dan diri sendiri.Izz mengukir senyuman sebelum kembali menumpu perhatian ke arah kakaknya.

"Abang keluar..Beli toys dekat Rifkal.Dia mengamuk semalam."

Izz mengangguk.

"Hah,Izz datang tak family day hujung minggu ni?"

Soalan mama memecah sunyi

"Errmm..Entahlah..Masa tu Izz pun dah kerja..Iman pun start kerja dah."

Safiya mendongak.

"Eh..Tak apalah..Family day tukan malam?Iman off waktu malamlah."

Izz mengukir senyuman.

"Hmm..Nantilah Izz fikir-fikirkan.Kejap lagi majlis dah nak mula.Pukul 9 pagi kan sayang?"

Safiya mengangguk.

"Kita pergi ambil baju untuk photoshoot.Kami photoshoot lambat sikit sebab dua-dua ada kerja hari tu.Sekarang baru pukul 7.40pagi.Kita pergi pukul 8 pagi ya?"

"Okay."

Safiya menghabiskan nasi gorengnya.Pagi itu,majlis akan dilaksanakan berkonsepkan garden.Sangat cantik dan menarik.

**********

Safiya dan Izz tersenyum apabila melihat hasil foto mereka.Cantik.

"Your love is so strong...Hebat..I suka..Nanti bila siap semua..I contact you,Izz"

Safiya tersenyum.Ferrari itu meluncur laju ke rumah banglo 5 tingkat itu kembali.Izz membuka pintu untuk isterinya.Safiya tersenyum.Sweet benar laki aku ni..Getus hatinya.Mereka melangkah di atas red carpet yang terarah ke taman rumahnya.Safiya mengukir senyuman.Dia amat selesa dengan baju potongan princess berwarna putih salju,Izz mengenakan kot hitam.

"Sampai pun anak mama dua orang ni"

Mama memeluk Safiya dan Izz.

"Jalan jam tadi."

Izz bersalaman dengan sanak saudara yang lain.Safiya sibuk berbual itu dan ini dengan Tasha.Kelibat Izz dikerling.Berderau darahnya pabila melihat Izz sedang merenung ke arahnya sambil tersenyum senget.Senyuman nakal!!Safiya mengukir senyuman.Izz membuat bentuk love menggunakan jarinya.Safiya tersenyum lagi.Dia buat isyarat mengambil hati itu lalu disimpan kemas didalam dada.Izz tersenyum meleret sambil bermain dagunya yang berlekuk.Safiya merenung Izz.Kesian si kawannya.Berbual rancak namun tak diendahkan oleh suaminya.Safiya kembali menumpu perhatian terhadap topik perbualan Tasha.Safiya tergelak kecil dengan celoteh Tasha yang macam Mak Nyah.Tiba-tiba,murai cabut ekor itu terdiam.Matanya tertancap ke arah belakang Safiya.

Selamanya cinta ✔Where stories live. Discover now