Safiya merebahkan badan di atas katil.Sengal di pinggang kerana seharian melakukan kerja.Mujurlah esok dia off.Cuti.Safiya mengerling jam di Samsungnya.8.50malam baru.Dia menguap.Mungkin kerana dia letih.Baru sahaja dia ingin melelapkan mata,Safiya dikejutkan dengan nada dering Side To Side.Dia mengagau handphone yang berada di atas meja disisi katil.Tanpa melihat siapa pemanggil,dia menjawab.
"Hmm..Hello.."
Suara tergelak kecil di hujung talian membuatkan matanya membulat.Pantas dia melihat siapa yang menelefon.Izz!Dia mengetap bibir.Malu pula bersuara mamai tadi.
"Iman tidur dah ke?Sorrylah ganggu..Tak apalah.."
"Eh..Awak dah call pun.Kenapa call saya ni.Ada hal ke?"
"Hmm..Mama dan papa saya ajak Iman datang kenduri kesyukuran dekat rumah.Tapi Iman dah mengantuk ni.Letih ke?Tidurlah.."
Alahai..Lembutnya..Romantiknya..Safiya mengetap bibir.Izz Irsyad.Jejaka yang berjaya memulangkan keceriaan di dalam hidupnya selepas hatinya dilukai teruk.
"Erm..Saya memang letih..Tapi dah aunty Leha dan uncle Ri dah ajak..Saya ikutlah..Kejap ye saya nak bersiap.Dalam 10 minit saya sampai sana."
"Eh,saya ambil Imanlah..Bahaya ni wanita keluar malam-malam.Tambah-tambah Iman pula keluar.Nanti ada yang menguratnya.Risau saya."
Berdegup kencang jantung Safiya.Kenapa ni?Ish..
"Haha.Okaylah..Saya nak bersiap ni.Bye."
"Okay..Saya jemput Iman pukul 9.15malam ye?"
"Okay"
Safiya meletakkan Samsungnya diatas meja solek.Dia segera membuka almari.Seketika kemudian dia menggaru kepala.Nak pakai baju apa?Akhirnya,dia memilih sehelai jubah trend terkini berwarna biru gelap.
Dia mencapai selendang berwarna pich.Safiya meletakkan baju serta selendang itu di atas katil.Zass..Segera dia mandi.
Selesai sahaja,dia menyikat rambut seraya menggeringkan rambut yang panjang paras atas pinggang.Dia menyarung jubah itu.Dia menyanggul rambutnya.
Segera wajahnya dicalit sedikit make up nipis.Lip gloss dicalit pada bibir.Anak tudung disarungkan.Pantas dia 'melilit' selendang di kepalanya.Simple.
Malas nak pening-pening kepala nak lilit pusing rata-rata.Seketika kemudian,dia merenung dirinya dicermin.Hmm..Okay!Pintunya dikuak sedikit.Tersembul wajah Tasha.Tasha mendekati sahabatnya.
Senyuman kesyukuran dibibirnya membuat Safiya menjongket kening.Menghantar soalan.
"Izz tunggu kau dekat bawah.Alhamdullilah,Ya Allah.Fiya dah kembali."
Segera Tasha merangkul sahabatnya itu.
"Ish,kau kenapa nk,Sha?Nak emosi bagai.Aku nak gerak dulu.Nanti lama pula Izz tunggu aku."
"Aku bersyukur sebab Izz muncul dalam hidup kau.Dia muncul dengan membawa keceriaan di wajah kau kembali selepas jantan tak guna tu lukakan kau."
Safiya mengukir senyuman.Belakang sahabatnya diusap perlahan.Esakan kecil Tasha menjadi perlahan dan kembali diam.
"Dahlah tu..Emo lebihlah kau ni.."
"Fiya..Aku nak tanya kau boleh?"
Safiya merungkai pelukan.Dia menjongket kening
"Kau cintakan Izzkan?"
Berdegup kencang jantungnya saat Tasha menyebut nama pemuda yang mula mengambil temlat dihatinya.

YOU ARE READING
Selamanya cinta ✔
Roman d'amour💥(My first novel so cliche and bnyk grammar errors)💥 Gadis pujaan remaja.Itulah nama sandangan bagi Safiya Iman.Dirinya juga digelar gadis sombong oleh gadis-gadis lain yang cemburu akan popularitinya disekolah.Safiya cuma kurang berbual dengan pe...