Bab 25

2.9K 67 2
                                    

Safiya tersenyum sendirian.Izz yang sedang bersiap-siap ingin menjenguk sebentar syarikatnya yang mempunyai mesyuarat besar,direnung.

"Kenapa sayang tenung abang macam tu?"

Safiya menggeleng

"Jangan risau..Mama dalam perjalanan ke sini.Tulah..abang nak ambil bibik,tak mahu sangat.."

Safiya mencebik.Izz mendekati isterinya lalu duduk disisi Safiya.Dia mengusap rambut isterinya penuh kasih sayang.

"Sayang.."

Safiya mendongak.Cup..Izz merungkai ciuman.Dia tersenyum melihat Safiya.Tangan Safita digenggam erat.

"Terima kasih jadi wife apek..Apek sayang amoi sangat-sangat..Terima kasih juga terima baik buruk apek..Terima cara hidup apek..Lahirkan zuriat apek..Ape cintakan amoi sangat-sangat..Ketat-ketat.."

Safiya tergelak kecil.Bahasa baru!Safiya mengangguk sambil membawa tangan kanannya yang digenggam oleh Izz ke wajah licin jejaka itu.Dia mengusap pipi Izz.

"Abang pun sama.Thank you sebab terima sayang dalam hidup abang.Sayang bahagia sangat.."

Izz mengukir senyuman manis buat Safiya.

"Abang cintakan sayang sangat-sangat.Kiranya 6 bulan akan datang..Dapatlah abang baby boy pula ye.."

Safiya membuntangkan mata.Dicubit lengan Izz kuat.Izz terjerit kecil seraya mengusap lengannya sambil menyepetkan mata ke arah Safiya.Geram kerana cubitan Safiya sangat berbisa.Safiya pula tergoda dengan muka comel Izz gitu..Ouch!Hati I luruh you alls!!

"Ouch!"

Izz mendongak.Berkerut keningnya apabila melihat Safiya terjerit kecil sambil merenungnya.

"Kenapa?"

Safiya meleretkan senyuman.

"Hati Iman jatuh tengok abang."

Izz tersenyum senget.Oh!Ini bukan takat hati yang jatuh..Semua organnya jatuh!Ish..Matilah jawabnya.Izz mendekatkan bibirnya ke dahi Safiya.Dicium penuh kasih.

"I love you,wife.."

"I love you too,husband.."

*******

2 bulan kemudian...

Safiya mendodoi Irdina.Jam dikerling.Tepat jam 10 malam.Safiya mengeluh kecil.Sekarang,Izz selalu lambat pulang.Kerja banyak katanya.Hmm..Hatinya gusar.Sudahlah,Izz balik saja dari kerja dengan lesu + look like bad mood.Safiya menghela nafas.Irdina ditenung.Bayi perempuan itu genap usia dua bula pada minggu lepas.Safiya menghela nafas.Bayi yang banyak mengikut rupa Izz ditenung lagi penuh kasih.Pipi gebu Irdina diusap penuh kasih.Anak mata Irdina berwarna hazel.Hidung kecil serta mancung.Bibir merah.Kulit mulus.Safiya mengeluh.Dia bangun lalu memanjat tangga untuk masuk ke dalam bilik Irdina.Tiba sahaja di bilik si kecil yang penuh dengan mainan serta banyak lagi.Safiya membaringkan Irdina di dalam katil kayu itu lalu diusap pipi Safiya.Dia cuma baringkan sekejap Irdina di bilik si kecil itu sendiri.Jikalau dia mahu tidur,dia bawa Irdina ke bilik Izz dan dirinya.Risau jika dibiarkan tidur seorang diri.Kecil lagi tu...Safiya menghela nafas berat.Dia duduk di birai katil saiz king yang menghadap katil kecil Irdina.Dia merenung wajah mulus si kecil itu.Bayi yang tiada dosa.Hatinya hiba memandangkan Izz seolah tiada masa dengan mereka dua beranak.Rasa diabaikan pun ada..Perkara ini berubah sejak dirinya lepas berpantang.Izz sibuk sangat dengan kerjayanya.Pengurus syarikatkan?Kena handle meeting besarlah..Apalah..Kadang-kadang tu timbul rasa was-was dengan perubahan drastik Izz.Ada bakal madu ke?Namun..Safiya menepis tanggapan buruk itu.Sekadar menyedapkan hati.Izz juga banyak berdiam diri.Seperti merahsiakan sesuatu.Macam orang kena ugut pun ada.Sekali-sekala Izz termenung jauh.Seperti resah dengan sesuatu.Bunyi enjin kereta dari luar rumah membuatkan Safiya segera turun.Pintu utama dikuak.Wajah sugul Izz direnung.Tangan Izz disambut lalu disalam.Izz hanya diam sambil tangannya melonggarkan tali leher.Kemeja merah itu dibuka buntang atas.Kot hitam dicampak diatas sofa.Izz merebahkan badan di sofa panjang.Safiya menghela nafas.Izz memejam mata sambil melekapkan lengan kanannya diatas dahi.Fikir apa tu?Safiya turut duduk di sofa berhadapan Izz.

Selamanya cinta ✔Where stories live. Discover now