Safiya merebahkan badan di atas katil.Pintu dikuak dari luar.Sahabat karibnya itu duduk disisinya.
"Amacam?Best tak korang date?"
Tasha sudah teruja ingin mendengar.Safiya memicit dahi.Bantal dicapai lalu ditutup pada wajahnya.
"Eh?Look like tension je..Oii..ceritalah dekat aku!!"
Tasha mengoncang badannya.Safiya mendengus.Bantal dibaling jauh lalu dia bingkas bangun dan mencapai tuala.Dia berlalu ke bilik air.Pintu bilik air ditutup kasar.Tasha menutul mulut.
"Oh,no!Angin Teropika sudah datang!!Izz ni mesti ada buat Fiya jadi Angin Teropika.Aduhh..Izz ni buat hal benar!"
********
Tasha mencapai Iphonenya.Segera nombor Izz didail.
"Hello!Eh,Izz!You dah buat apa pada kawan I,hah?!"
Sergahan Tasha membuatkan Izz menjauhkan handphonenya dari telinganya.
"Eh..Calm down..Kenapa dengan Iman?"
"You punya pasallah!Tak pasal-pasal sekali dengan I dia nak berangin!You dah bangunkan Angin Teropika dia!!"
"Angin Teropika?Dia okay tak?"
"Okay apanya?Dia berangin ni.You ni dah spoilkan mood dia?!"
"Ya Allah!Apa yang saya dah buat..Tak apalah..Saya try call dia.."
"Eh,eh..Tak payah!Nanti runtuh pula rumah ni..Fiya sayang you..You buat dia macam ni?Sampai hati you..Selama ini..Fiya anggap you dah pulangkan keceriaan di wajahnya.Tapi,rupa-rupanya..You pun sama dengan Asyraf!Tak guna!Suka melukai hati perempuan!Pergi blahlah!"
Tasha memutuskan talian.Puas hatinya kerana dapat memaki-hamun lelaki itu.Geram!
*******
Safiya menggeliat malas.Azan yang berkumandang memaksa dirinya bangun bagi mengerjakan solat Subuh.Dia menggosok gigi lalu mengambil wudhuk.Dia menghampar tikar sejadah.Segera dia mengerjakan solat Subuh.
Seusai dia mengerjakan solat Subuh,dia duduk berteleku.Termenung jauh.Kenapa Allah menghadirkan rasa cinta kepada jejaka bernama Izz Irsyad?Dia menahan getaran didada.
Air mata yang bertakung di tubir mata ditahan.Dia tidak mahu menitiskan air mata kerana lelaki.Dia bukan hamba cinta.Dia hanyalah hamba kepadaNya.Dia berzikir perlahan.
Terasa ketenangan kian menyerbu didadanya.Dia membuka Al-Quran.Membaca.Dapat 3 helai.Jika mencari ketenangan..Dekatkanlah diri pada Al-Quran.InsyaAllah..Ketenangan yang luar biasa dapat diperolehi.Safiya mencium Al-Quran lalu diletakkan di atas meja.Sejadah dilipat dan telekung disidai.
Dia duduk di birai katil.Pintunya dikuak.Wajah mamai Tasha ditenung.Kenapa pula gadis itu mencarinya pagi-pagi buta ini?Tasha mengambil tempat disebelah Safiya.
"Fiya..Pagi nanti..Kau teman aku pergi KLCC nak?Aku nak shopping sebab dah dapat gaji bulan ni!!Kau pun dapat gajikan?Aku ni apalah sangat..Pramugari je..Kau tu doktor..Kita shopping ye?"
Safiya mengukir senyuman hambar.
"Erm..Okay.Tapi aku nak kirim sedikit duit dekat ibu aku dekat kampung.Okaylah..Aku pun ada benda nak beli."
Berkerut dahi Tasha.
"Apa?"
"Aku nak beli kad sim baru."
Tersentak gadis itu.Maknanya,Safiya cuba menjauh diri daripada Izz?
"Err..okay.."
Dah itu kemahuan Safiya.Dia malas membangkang.Dia tahu gadis itu seorang yang tegas dan tetap dengan keputusannya.
YOU ARE READING
Selamanya cinta ✔
عاطفية💥(My first novel so cliche and bnyk grammar errors)💥 Gadis pujaan remaja.Itulah nama sandangan bagi Safiya Iman.Dirinya juga digelar gadis sombong oleh gadis-gadis lain yang cemburu akan popularitinya disekolah.Safiya cuma kurang berbual dengan pe...