Safiya membiarkan angin pagi menyapa wajahnya.Dia seronok berada di hadapan kolam ikan ibunya.Rasa tenang.Makanan ikan dibaling jauh kedalam kolam.Derap kaki dari arah belakang membuatkan Safiya menoleh.Asyraf tersenyum mekar.
"Hai,sayang!"
Safiya menahan getaran didada.Mesti Asyraf tahu jantungnya berdegup laju mendengar panggilan itu.Sebab itulah lelaki itu masih mengunakan panggilan itu.Safiya cuba membantah panggilan itu.Namun,dia agak suka dengan nada panggilan Asyraf.Seolah-olah membuai hatinya.Ish!Fiya bangun!!hatinya menjerit.Safiya kembali sedar.
"Kenapa awak kesini?Ada hal nak cakap dengan saya ke?"
Safiya cuba mengusir rasa yang tidak diundang itu.
"I just nak tanya.Apa keputusan you?"
Berkerut seribu dahi Safiya.
"Keputusan?keputusan apa?"
Asyraf merenung jauh ke hadapan.
"You kata nak masa untuk fikir hal kita."
Safiya kembali mengingati.Keluhan berat dilepaskan.Dia hanya diam.
"Kadang-kadang I tak faham dengan you.Kenapa you sukar sangat nak terima I ni?I lihat wanita lain main terima je sebab rupa paras dan harta."
Safiya menahan rasa.
"Saya bukan mencari rupa paras dan harta.Saya cuma nak seorang lelaki yang faham erti cinta membimbing saya ke mahligai indah bersama.Awak tak perlu bandingkan saya dengan wanita lain.Saya adalah saya."
Asyraf menghela nafas.Dia meraup wajahnya.
"Kawan-kawan I cakap..sebab apa I masih tunggu you..I pun tak tahu jawapannya.I leka mengejar you sehingga banyak wanita yang nak dekat I,I tak hiraukan"
Safiya duduk ditebing kolam.Asyraf turut sama duduk.
"Ash..Usah persiakan usia awak..Awak tak perlu menunggu sesuatu yang tak pasti.Pada usia awak sekarang,awak dah mampu membina mahligai sendiri."
Asyraf merenung wajah Safiya.
"Sesuatu yang tak pasti?Itulah sebab I tanya you.Sebab I nakkan kepastiaan"
Safiya terjerat dengan kata-kata sendiri.
"Fiya..You cintakan I tak?"
Safiya mengusir rasa gusar.Dia menarik nafas lalu dihembus perlahan.Mungkin dia perlu membuka pintu hatinya kerana usianya yang semakin menginjak ke 30 tahun.Kerja membuatkan dirinya tidak sempat memikirkan hal itu.Namun,dia risau jika Asyraf bersikap seperti bapanya.
"Saya takut awak macam lelaki lain.Yang cuma nak mempermainkan hati wanita."
Asyraf mengeluh.
"Bukan..I benar-benar cintakan you,Fiya.Lelaki yang mencintai seseorang wanita setulus hati,dia tidak akan sanggup melukai hati wanita itu."
Safiya mengukir senyuman.InsyaAllah,Asyrah mungkin jodohku.Desis hatinya.
"Ya..saya boleh bagi peluang dekat awak."
YOU ARE READING
Selamanya cinta ✔
Romance💥(My first novel so cliche and bnyk grammar errors)💥 Gadis pujaan remaja.Itulah nama sandangan bagi Safiya Iman.Dirinya juga digelar gadis sombong oleh gadis-gadis lain yang cemburu akan popularitinya disekolah.Safiya cuma kurang berbual dengan pe...