Suara tegas Safiya buatkan Suzana terhenti melangkah.Dia menoleh merenung kakaknya.
"Hah,kenapa?Angah letih ni"
Safiya merenung adiknya yang baginya agak melampau.
"Angah pergi mana?"
Safiya merapati adiknya.Sazana mendengus.Dia memeluk tubuh.Izz yang baru naik bersama Irdina merenung mereka berdua.Irdina yang sudah terlena dibiarkan.
"Angah keluar..Angah bosanlah duduk dalam rumah usang ni..Bosan tahu tak?!"
Suara Sazana agak meninggi.Terbuntang mata Safiya.Tak sangka Sazana begitu biadap.Mereka berdua memang tidak rapat.
"Hey!Angah cakap elok sikit ye dengan along!"
Saleha mencelah.Puan Hazita mengusap belakang Saleha.Sazana tersenyum sinis.Wajah cantik Safiya direnung tajam.
"Sebab apa?!Sebab along tua pada angah?!Hey..7 bulan tak balik tetiba muncul ni kenapa?!Dah muslif dekat UK tu?!"
Lancang sekali mulut Sazana.Safiya mengenggam penumbuk.Cuba mengumpul kesabaran.Izz menghulurkan Irdina kepada Puan Hazita.Dia mendekati isterinya.Cuba menenangkan kedua-duanya.
"Zana..Apa Zana cakap dengan akak Zana?Dia akak Zana tau..Hormat sikit.."
Nasihat Izz.Sazana tergelak sinis.
"Eh!Kau siapa hah?!Kau tu orang luar!Kau tak berhak nak atur hidup akulah!!Haishh!!Geram betul aku dengan korang 4 orang ni!Menyusahkan hidup aku je!!Along kenapa dulu masa along kemalangan..Along tak mati je?Senag sikit angah..Kau pun sama,achik!Mulut tu memandai je cerita yang kita ni orang susah..Miskin..Tak ada apa-apa dekat kawan-kawan aku?!Buay malu aku je!Ibu pun sama!Kenapa angah ni dilahirkan oleh ibu yang tak lengkap serba serbi?!Angah benci dengan keadaan kita!!"
Tengking Sazana.Safiya menahan air matanya.Saleha mengintai wajah Safiya.Merah padam!Alamak..Bom nak meletus!!Getus hatinya.Sememangnya keluarganya cukup masak dengan perangai alongnya itu yang panas baran..Cuma sekarang je okay..Jangan sesekali cuba menaikkan kemarahannya..Pasti akan terjadi benda yang di luat jangkaan.Jari telunjuk Safiya menunding ke arah muka Sazana.
"Stop it!Angah jangan hina suami along!Jangan hina ibu!Jangan hina achik!Dan jangan pernah mempertikaikan soal takdir Tuhan!Angah tak layak!Sedikit pun tak layak!!Ibu!Ibu dan achik kemas barang-barang..Kita tinggal dekat bandar terus.Bagi angah tinggal seorang diri di sini!Baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah!"
Puan Hazita dan Saleha berpandangan.
"Along..Kesian dekat angah tu..Nanti angah nak makan apa?Ibu tak sampai hati"
Puan Hazita cuba menenangkan kemarahan Safiya.
"Sekarang kita pindah!Biarkan dia!"
Saleha menarik tangan ibunya.Izz mencapai Irdina ke dalam dukungannya.Saleha dan Puan Hazita berlalu ke dalam bilik.Safiya kembali merenung tajam wajah Sazana.
"Along kecewa dengan angah!Kecewa sangat-sangat!Sekarang angah nak sangatkan along ni matikan?Ya..Along yang bernama Safiya Iman telah mati di dalam hati angah!Dan..Lepas ni jangan pernah panggil along atau cari along..Anggap along dah mati..Dan ingatlah..Allah tu Maha Melihat dan Mendengar setiap ungkapan yang keluar dari mulut angah tadi..Ayat yang keluar dari mulut angah banyak mengoreskan hati insan-insan yang tidak berdosa.Angah puaskan?Ini yang angah nak selama ini?Untuk pengetahuan angah..Angah dengan ayah sama je!Tak ada beza!"
Hamum Safiya.Izz merangkul pinggang isterinya.Safiya berasa sedikit sebanyak sejuk dengan perlakuan Izz.Izz tak mahu masuk campur dalam soal keluarga Safiya.Takut tersalah cakap.Puan Hazita dan Saleha kembali dengan beg ditangan.Sazana jadi kelu.
![](https://img.wattpad.com/cover/125618408-288-k56888.jpg)
YOU ARE READING
Selamanya cinta ✔
Romance💥(My first novel so cliche and bnyk grammar errors)💥 Gadis pujaan remaja.Itulah nama sandangan bagi Safiya Iman.Dirinya juga digelar gadis sombong oleh gadis-gadis lain yang cemburu akan popularitinya disekolah.Safiya cuma kurang berbual dengan pe...