Hari demi hari berlalu,Safiya menjadi tidak keruan apabila Dayyan berubah sifat.Daripada yang baik kepada yang dingin lagi berjauhan dengannya.Dayyan seperti tidak mengenalinya.Safiya keliru.Sudahlah mereka diperkatakan bercinta.Safiya cuba memperbetulkan spekulasi yang diadakan oleh manusia yang tidak berhati perut.Safiya sendiri geram dengan sifat Dayyan.Dayyan banyak tidak mengendahkan hal itu.Cuma diam.Orang kata,diam itu bermakna mengiakan.Safiya akhirnya pasrah.Dia cuma menahan telinga.Membina tembok pemisah antara dirinya dan jejaka bernama Dayyan Haikal.Hari peperiksaan bermula.Safiya sudah membuat persiapan.Alhamdullillah,dia boleh menjawab dengan mudah.Safiya duduk di sisi dewan.Merenung pelajar-pelajar lain yang bermain pelbagai permainan.Bebas kerana peperiksaan sudah selesai kesemuanya.Merdekalah katakan.Syuhada melambai ke arahnya.Safiya tersenyum lantas membalas lambaian itu.Sebuah kereta BMW berhenti di jalan tar sebelah dewan.Terdongak kepala Safiya.Dua orang lelaki dan seorang wanita keluar sambil berbual.Safiya mengerutkan kening.Tak pernah nampak pun sebelum ni.Sedang dia asyik berfikir,wanita itu sudah berdiri dihadapannya.Tersenyum mekar memandangnya.Safiya pantas bangun.
"Err..Puan cari apa?Boleh saya bantu?"
Safiya tersenyum sedikit.
"Panggil aunty Warda.Aunty ni nak cari guru kelas Dayyan.Erm..Dayyan Haikal.Kamu kenal tak?"
Tersentak Safiya.Dia mengangguk.
"Oh,Dayyan?Itu rakan kelas saya.4 bulan lepas dia pindah ke sini.Oh,marilah.."
Belum sempat Safiya menghabiskan ayat,Dayyan sudah berdiri disisi mamanya.
"Hye,mama,papa..Eh abang Izz pun ada?Kenapa datang sekolah Ian ni ma?Ada hal ke?Siap abang Izz yang tak pernah jejak kaki ke Malaysia pun ada."
Safiya hanya diam.Setia menjadi pendengar.Dayyan menyalam tangan mama,papa dan lelaki yang bernama Izz itu.Safiya menyalami tangan mama Dayyan.
"Aik?Ian tak tahu lagi ke?Esk kita akan bertolak ke Seoul,Korea?Grandma sakit.Ni mama datang pun nak bawa kamu balik.Nak prepare barang."
Berkerut kening Dayyan.Safiya jadi kurang enak pula mendengari hal keluarga Dayyan.Dia pantas meminta diri lalu naik ke kelas.Dayyan membiarkan Safiya pergi.Dia menumpukan perhatian pada mamanya,Puan Sri Warda.
"Dahlah,kita pergi jumpa guru kelas Ian"
*******
8 tahun kemudian
Safiya melangkah memasuki makmal perubatan.Dia berdehem sedikit.Seraya itu,jururawat yang berada disitu pantas menoleh."Eh,doktor!Kenapa datang ke sini?ada hal ke?"
Fiza menyoal sambil menjongket kening.Safiya tersenyum.Dia menggeleng.
"Tak adalah.Saya saja round.Saya ke tandas tadi.Erm..Lunch nanti kita makan bersama,ya?"
Fiza dan Lia mengangguk laju sambil buat simbol terbaik.Safiya ketawa kecil.
"Apa-apalah kamu ni"
"Eh,eh!nanti kejap..Doc bukan ada lunch dengan Doctor Asyraf,erk?nanti dia marah kitorang pula.Ganggu dia bagai."
Safiya menggeleng lagi.Dia menghela nafas.
"Saya masuk dulu.Apa-apapun korang still lunch dengan saya."
YOU ARE READING
Selamanya cinta ✔
Roman d'amour💥(My first novel so cliche and bnyk grammar errors)💥 Gadis pujaan remaja.Itulah nama sandangan bagi Safiya Iman.Dirinya juga digelar gadis sombong oleh gadis-gadis lain yang cemburu akan popularitinya disekolah.Safiya cuma kurang berbual dengan pe...