Bab 1

6.9K 109 8
                                    

Safiya membawa buku-buku latihan yang disuruh oleh Cikgu Mawar ke kelas.Saat dirinya melangkah ke dalam kelas suasana menjadi senyap-sunyi.Dia meletakkan buku lalu merenung setiap rakan kelasnya.Musykil kenapa dia ditenung.Dia segera ke tempat duduknya lalu membuka buku nota Bahasa English.

"Huh!nak namalah tu sebab tolong cikgu!Tengoklah sekarang sudah memegang jawatan penolong ketua pengawas sekolah!!huh!menyampah aku!"

Suara nyaring itu membuat Safiya menoleh.Wajah Ramizah ditenung.Lantas dia menghadiahkan senyuman.Terkelu gadis itu.Safiya kembali pusing kehadapan dan meneruskan pembacaan.Saat Cikgu Mawar melangkah masuk dengan segaris senyuman,semua bingkas bangun lalu menjawab salam Cikgu Mawar yang memakai baju kurung hitam berbunga merah.Namun,kehadiran seorang pelajar lelaki yang tinggi daripada guru berumur 30,membuat setiap pelajar perempuan berbisik-bisik.Mungkin memberi pendapat tentang wajah pelajar lelaki itu.Safiya cuma memandang sekilas lalu menumpukan pandangannya pada Cikgu Mawar.

"Duduk.Hari ini,kamu dapat teman sekelas baru.Dayyan,sila perkenalkan diri."

Lelaki bernama Dayyan itu mengukir senyuman.Bunyi perkataan 'wow' terbit daripada mulut geng Ramizah.Safiya juga memuji wajah pemuda itu yang terpahat cantik di dalam hati.Dayyan berdehem seraya mendongak.Merenung setiap rakan-rakan barunya.

"Erm..Saya Dayyan Haikal.Saya pindah ke sini kerana papa saya membuka syarikat di sini.Saya harap kamu semua dapat memberi tunjuk ajar pada saya."

Dayyan tersenyum.Matanya terpandang pada satu raut wajah yang cantik.Safiya pantas melarikan wajah tatkala dirinya terasa mata Dayyan merenungnya.

"Dayyan,kamu pergi ambil tempat duduk di belakang Fiya."

Dayyan segera mengambil tempatnya.

"Okay,disebabkan Dayyan baru masuk kelas kita...Cikgu nak kamu perkenalkan diri pada Dayyan.Nanti mudahlah dia nak memanggil kamu.Start daripada Ain."

Ain bangun sambil tersenyum lebar.Memperkenalkan diri serta jawatannya didalam kelas.Safiya merenung Ramizah pula.Bukan main gadis hitam manis itu mengangkat bakul sendiri.Mengatakan dirinya olahragawati sekolah ini.Dayyan sekadar tersenyum.

"Fiya!kamu berangan ke tu!cepat bangun.perkenalkan diri.Cikgu tak nak buang masa ni."

Safiya pantas bangun sambil menunduk.

"Err..Maafkan saya,cikgu.Err..Saya,Safiya Iman"

Mencerlung mata Ramizah memandang gadis itu.Safiya menggaru kepala yang dibaluti tudung.Dia kembali duduk.Malu kerana terlewat bangun.Sesi pembelajaran bermula.Safiya khusyuk melihat penerangan Cikgu Mawar.

"Macam biasa..Cikgu nak kamu buat group untuk pembentangan bab kali ini.Selain itu,cikgu nak Dayyan selesa dan dapat bergaul dengan rakan-rakan lain.Okay,move!move!"

Safiya mengeluh.Syuhada menarik tangannya.

"Fiya!kau kumpulan dengan kitorang ye?Kami tak cukup seorang lagi."

Safiya mengangguk sambil tersenyum.Syuhada memang baik terhadapnya.Dia begitu selesa dengan gadis itu.Setiap kumpulan terdapat 4 ahli.Dayyan mendekati mereka

"Ehem..boleh saya join group ni?"

Syuhada memandang Fia.Fia hanya menggeleng.

"Kami dah cukup.Maaflah ye?"

Dayyan hanya mengangguk sambil tersenyum.Ramizah pantas mencadangkan kumpulannya terhadap Dayyan.Dayyan hanya mengangguk.Selepas selesai pembahagian kumpulan,masing-masing sibuk menjalankan tugas.Safiya menumpu sepenuhnya terhadap hasil jawapannya.Safiya terasa dirinya diperhati.Dia mendongak.Berderau darahnya apabila melihat Dayyan yang sedang merenung ke arahnya.Mata mereka bertembung.Safiya pantas melarikan mata.Dayyan mengukir senyuman.

#baru je main wattpad ni..So followlah saya.Hope this story menceriakan anda!
#vote ramai² and komen.😺
#beritahulah rakan² anda untuk follow saya..Mungkin ia akan memberi saya semangat untuk menulis novel
#love you guys😻

Selamanya cinta ✔Where stories live. Discover now