Sebaik sahaja Farah masuk ke kelas , Qisha terus bertanya .
" Mana Shaff ? Bukan dia rehat dengan kau ke tadi ? " Qisha menutup buku matematik tambahan. Dia mengucapkan terima kasih pada Zulaikha sebab bagi dia pinjam . Standardlah bab meniru dekat sekolah ni . Ini pun dia tiru satu soalan je okay !
" Haah . Bukan tadi dia jalan dengan kau masa nak naik ? " Zulaikha mencari susuk tubuh kawannya itu kalau-kalau ada .
" Farrid pinjam dia kejap tadi. Cikgu Ikin nak jumpa diaorang " Farah melabuhkan duduk di kerusi . Penat juga naik tangga tu walaupun takat tingkat satu je kelas dia ni .
Qisha dan Zulaikha tersenyum kecil. Okayy faham dah kenapa si Farah ni masa masuk kelas tadi tiba-tiba macam orang terlebih gula hahahah ! Ni mesti mengusik dua manusia tu ni . Mereka tahu je kisah Shafika dengan Farrid tu sebab mereka berempat sahabat dari dulu lagi . Jadi takde rahsia antara mereka pastinya.
****
" Iz ! "
Aryan Waiz berpusing ke belakang apabila nama dia diseru.
" Kejapp..Lima minit jap .. " Amir menarik nafas dalam-dalam sebab tercungap dia berlari nak kejar mamat 174cm ni hah. Dia tahu lah kaki mamat tu panjang tapi janganlah laju sangat.
Aryan tergeleng kecil. Salah dia ke ni kawan dia sampai penat macam ni ? Hahaha .
" Nak apa ? " tanya Aryan.
" Esok sabtu . Pergi tuisyen kan ? Kalau pergi , aku naik kau ea ? " Amir membuat muka memohon.
Aryan mengusap dagunya tanda fikirkan pertanyaan Amir itu . Lama-kelamaan dia mengangguk . Apa salahnya dia tolong sahabat dia kan ? Sekali sekala . Bila orang minta tolong , kita kena tolong sebab mana tahu kebaikan kita berbalas.
" Cun ! Ni sayang kau ni hahaha " gelak Amir sambil memaut bahu Aryan.
" Bongok lah hahaha " Aryan menolak bahu Amir sedikit sambil terus berjalan dengan Amir ke kelas.
****
Farah meletakkan begnya di sebelah manakala Qisha mengambil tempat di sebelah kanan dia . Mereka ada tuisyen luar pagi ni . Biasa lah nak SPM kan . Semestinya tuisyen ni campur sekolah lain.
Farah hanya memandang sekumpulan budak lelaki ni masuk sebab dia tak kenal so dia tak ambil kisah sangat . Dia hanya tersenyum pada Syakir salah satu kawan sama sekolah dia.
Aryan melangkah masuk ke dalam tempat tuisyen itu bersama Amir dan yang lain . Dia nampak Syakir tersenyum dekat salah satu budak perempuan yang duduk dekat baris kedua itu tapi dia tak kisah sangat . Mungkin kawan si Syakir kot .
Tanpa mereka berdua tahu , inilah permulaan mereka .
Permulaan ke arah satu hala tuju yang berbeza mungkin ,
Atau hala tuju yang sama .
Cuma Allah sahaja yang tahu apa akan jadi .
Tbc
442words
KAMU SEDANG MEMBACA
Kekuatan Saya
Short Story[C O M P L E T E D] Dia ; Datang tanpa diundang. Seseorang yang pada mulanya tidak aku kenali. Dia ; Muncul dengan seribu rahsia yang sulit untuk aku fahami dirinya. Aku ; yang pada mulanya seorang yang rapuh menjadi kuat setelah hadirnya dia. Kuat...