Dia termenung menghadap pemandangan di hadapan dia. Yang dia rasa sekarang cuma ketenangan. Iya. Dah nak penghujung tahun. Dia rasa dah dekat tiga bulan lebih dia langsung tak contact Aryan Waiz.
Apa yang dia dapat selama ni? Dia ambil tindakan berubah. Belajar untuk jaga hati.
Ye Farah masih sayangkan Aryan.
Tapi Farah letak tepi rasa itu sebab dia taknak jaga jodoh orang. Belum tentu dia sayang Aryan tu, lelaki itu jodoh dia. Tidak.
Farah percaya " One day Allah will send the right person to us " . Jadi apa yang dia patut buat sekarang, jauhi Aryan. Jaga hati baik-baik.
Kita kena percaya yang ketentuan Ilahi itu lebih indah. Satu hari nanti Dia akan hantar seseorang yang selayaknya untuk kita.
Menjauhi Aryan adalah perkara yang Farah buat dengan betul. Dia kena ikhlas untuk semua ini.
Suka itu fitrah. Suka, sayang dan cinta itu semua boleh. Tapi kita yang kena pandai bawa ke mana perasaan itu.
Lagipun Aryan pernah pesan " Cintai Dia dahulu baru kau kejar cinta manusia ni. Percaya takdir yang akan temukan kau dengan orang yang sebetulnya "
Shafika pun pernah cakap " You deserve to be love by someone. A better person than him. Kalau jodoh itu tak ke mana pun. Kau lari ke selatan pun still dia akan pergi dekat kau "
Jadi bagi Farah, dia kena percaya dengan perancangan Allah. Kerana Allah adalah sebaik-baik perancang.
Beria mana pun kita rancang, kalau Dia kata itu bukan yang terbaik untuk kita.. Ianya akan jadi lain daripada apa yang kita rancang..
Farah selalu ingatkan diri dia bahwa Makin Allah uji, makin Allah sayang. Belum tentu apa yang Farah sayang ini milik dia nanti. Belum tentu. Patut bersyukur Allah tarik dosa besar dia ni.
Dan Farah bersyukur untuk itu. Dia jadi lebih kuat.
Farah tersenyum bila rasakan desiran angin pantai menampar wajahnya. Ketenangan yang dia alami setelah penat mengejar cinta ajnabi yang tak pasti.
Sebab Allah dah janji dalam surah An-Nur ayat 26 :
Allah SWT berfirman:
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."
(QS. An-Nur 24: Ayat 26)
Jadi, Farah yakin. Dia percaya dengan meletakkan kepercayaan pada Allah, hidup dia akan lebih diberkati. Lagipun Farah masih ada tanggungjawab yang dia belum lunaskan. Masih ada yang dia belum capai. Impian dia masih jauh lagi. Soal jodoh, dia hanya berserah pada Allah. Soal Aryan, Farah cuma mampu doakan lelaki itu sentiasa dalam jagaan Allah.
Mungkin Muhammad Aryan Waiz pernah menjadi kekuatan dia serta penasihat dia bila dia jatuh tapi lelaki itu juga menjadi sebab dia rapuh sampaikan merana. Tapi satu hal Farah tahu. Muhammad Aryan Waiz juga yang bawa Farah kembali pada Dia. Ye. Aryan mungkin jenis tak serius tapi Aryan mampu menyentak hati manusia dengan kata-kata dia. That one of reasons why Farah jadi seperti sekarang. Reasons yang juga Farah suka tentang Aryan. A guy that have his own charms to touch people heart.
T H E E N D 😭
KAMU SEDANG MEMBACA
Kekuatan Saya
Historia Corta[C O M P L E T E D] Dia ; Datang tanpa diundang. Seseorang yang pada mulanya tidak aku kenali. Dia ; Muncul dengan seribu rahsia yang sulit untuk aku fahami dirinya. Aku ; yang pada mulanya seorang yang rapuh menjadi kuat setelah hadirnya dia. Kuat...