C H A P 5

1.1K 84 4
                                    

Shafika yang sedang mengangkat kotak Scrabble itu terhenti apabila namanya dipanggil dari belakang . Ok terhenti jap nafas dia sebab yang panggil itu Farrid ! Dia berdehem kecil untuk menghilangkan cuak dia.

" Nak aku tolong tak ? Jauh lagi ni tempat perjumpaan . " Farrid cuba menawarkan pertolongan apabila melihat gadis itu bersusah payah mengangkat enam kotak itu sekaligus . Mana budak lain ? Takkan gadis ni je yang angkat sorang ?

" Ermm okay juga . Ambil lah sedikit " ujar Shafika perlahan . 

Farrid cuba sembunyikan senyum apabila dengar betapa perlahan suara gadis dia yang seorang ini . Dia mengambil 4 daripada 6 kotak Scrabble itu manakala selebihnya diserahkan kepada Shafika . 

" Eh ? Banyaknya . Ambil jelah 3 . Tak berat ke ? " ujar Shafika . Dia cuba ambil satu kotak daripada Farrid tapi dihalang oleh lelaki itu . Kesian lah dekat lelaki itu sebab angkat banyak sangat . 

" Takpe . Bukan berat sangat pun . Tak gentle lah bagi perempuan bawa berat-berat ni " senyum Farrid . 

Shafika terpaku . 

Gosh ! Senyuman dia !

"Farrid Affiq ! Bagi jelah satu dekat aku . Jauh lagi ni . Kang penat kau nanti " Shafika tetap cuba pertahankan pendapat dia.

" Ye saya Cik Shafika. Tak penat pun selagi kau jalan dekat sebelah aku . Dah jom " Farrid terus berjalan ke depan dengan senyuman kecil meninggalkan Shafika yang terdiam di belakang.

Shafika terdiam mendengar ayat Farrid itu . Dia lagi terkaku apabila Farrid kenyit mata dekat dia tadi . Kejap ! Kejap ! Dia perlukan oksigen sekarang ni ! 

What was that ?! Sengaja betul mamat ni !

Shafika menghentak kaki lalu mengejar Farrid di hadapan . 

Apabila melihat Shafika di sebelah , Farrid tergelak kecil sebab Shafika memang langsung tak pandang dia . 

****

Zulaikha yang mendengar cerita Shafika itu menahan gelak yang hampir terhambur sebab dia rasa lawak . Ada ke patut Shafika tu terkaku bila Farrid usik dia ? HAHAHAHAH ! Ni kalau Farah tahu ni , mesti gadis itu bahan habis-habisan !

" Lawak weh kau hahaha serious lawak " Zulaikha tergelak apabila Shafika cakap lagi yang dia memang tak pandang langsung Farrid tu . 

Shafika yang geram melihat Zulaikha terus memukul lengan kawan dia itu . 

" Diamlah ! Orang tengok kau semacam tahu tak ! " marah Shafika . 

Zulaikha cuba menarik nafas dalam-dalam supaya dia tak tergelak . Sumpah lawak gila cerita ni . Tak fokus dia nak buat perkataan .

Farrid yang di hujung sana pelik melihat dua gadis itu . Seorang happy , seorang lagi masam . Apahal tu ? Dia tersenyum apabila terfikir mesti Shafika cerita tentang kejadian tadi sampaikan Zulaikha tergelak macam tu . 

" Guys ! Change partner . " ujar Farrid . 

Semua mula bergerak untuk tukar partner masing-masing . Tiba-tiba Zulaikha berkata ..

" Pengerusi mohon partner dengan Naib pula ye " ujar Zulaikha . Dia tersenyum sinis apabila Shafika menjeling dia tajam . 

Farrid pula terdiam sekejap namun dia mengangguk .

" Wooooooo ! " jerit satu kelab itu . 

Shafika dah menepuk dahi dia banyak kali . Mohon ingatkan dia supaya sembelih Zulaikha itu . 

Farrid duduk di hadapan Shafika melihat gadis itu diam , dia berkata . 

" Cik adik oii .. Jalan lah .. Turn kau sekarang .. " usik Farrid .

" Hah ? Oh okay " Shafika terus menyusun perkataan.

 L I N K 

Farrid tersenyum kecil . Dia tahu nak buat apa . Dia terus menyambung . Perlahan-lahan dia susun huruf itu .

Hampir terbuntang mata Shafika melihat perkataan itu . Silih berganti dia memandang Farrid dan perkataan itu . 

L O V E 

Farrid menopang dagu melihat Shafika . Dia mengusik Shafika dengan mengangkat kening dia berkali-kali . 

Shafika dengan tangan tergigil itu terus menyusun huruf dia pula . Buat tak tahu je dengan mamat tu . 

V A S E

Farrid tersenyum sinis . Gotcha ! Dia terus meletakkan satu persatu huruf yang dia inginkan . Daripada huruf S sampai ke A . 

S H A F I K A 

Shafika terus terdiam . Okay kejap . Kalau sambung perkataan first dengan yang ni nanti mesti jadii ayat tu kan ?

Love Shafika ?!

Dia terus memandang Farrid di hadapan dan ...

Degg !

Mata bertentang mata . Hati berdegup dengan kelajuan yang sama . 

Farrid tengah tersenyum tengok dia sekarang ni . 

Dan dia nampak apa yang Farrid sampaikan melalui gerakan bibir itu .

I Love You .

CONFESS KE NI ?! MELALUI SCRABBLE ?! 

Tbc

759words

Kekuatan SayaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang