Farah dah rasa kaki dia memang terketar je masuk dalam dewan kuliah ni. Sebab apa? Sekolah Aryan dah ada dalam tu. Sehabis boleh dia tunduk masa nak berjalan tu. Sebab taknak Aryan perasan. Dia menarik nafas lega bila dia duduk atas sedikit. Sesekali dia jeling sebelah tapi tak nampak pun muka mamat tu.
" Kau pahal? Dia ada ea? " bisik Zulaikha. Dia perasan juga Farah ni gelisah semacam je. Macam nak lari daripada hantu mana je.
" Dia memang ada tapi aku tak nampak dia. Aku malas lah nak bertembung. Tak pernah jumpa kot " balas Farah. Bukan apa, kalau bertembung..nanti kena sakat sebab majoriti kawan sekelas dia semua tahu. Erghh! Imran lah tu.
Zulaikha menggeleng kepala. Macam-macam hal budak Farah ni. Pening kepala dia dibuatnya. Nasib baik sahabat sendiri.
Ceramah itu berjalan lancar sampai satu part kena lawat makmal dekat situ. Dan pastinya kena campur sekolah. Farah yang tergigil tadi menarik nafas lega bila sekolah dia tak saing sekolah Aryan. Padu weh! Tadi masa budak yang duduk bawah dia tanya tu pun, Farah dah tunduk sebab Aryan pandang budak tu. Sahlah nampak dia kan!
" Lega lah tu tak sama " usik Zulaikha .Dia tergelak bila Farah menjeling.
Farah geram je dengan Zulaikha ni. Suka usik dia. Ingat dia nak sangat ke ? Memang tidak lah jawapannya!
Baru dia nak melangkah turun, dia terpaksa berhenti sebab stuck pula dekat pintu tu. Dah terpaksa diri sekejap dekat tangga ni hah. Tiba-tiba dia rasa nak menoleh. Dan Eh!
Damn Aryan!
Farah terus pandang depan tapi malang bila dengar suara Imran.
" Wehh Farah. Ni Aryan hahaha " Imran tergelak bila tengok Farah dah lari ke depan.
Shafika dan Qisha dah tersenyum mengusik. Eh eh tak sangka boleh terserempak.
Farah menepuk dahi dia perlahan. Dia perasan Aryan tu macam tersenyum kecil sambil pandang tempat lain. Sahlah mamat tu pun segan. Bongoklah!
Farah langsung diam je. Malas nak dilayan perangai-perangai monyet ni semua. Makin dilayan kang makin menjadi-jadi.
¤¤¤¤
" Fuh gilaa ah lama sangat dalam tu. " rungut Qisha sebaik sahaja keluar. Farah menggeleng kepala. Dia mencapai kasut dia lalu pakai. Tanpa sedar, Aryan berdiri belakang dia je. Sebaik sahaja menoleh, dia terkejut tengok mamat tu. Farah terus berlari ke arah rakan dia sebelum Aryan nampak. Pehh apasal dia tak perasan ek mamat tu ada dekat belakang?
Tapi dia nampak cool pakai macam tu. Woii Farah! Kau jangan mula lagi! Better move on.
Farah menggelengkan kepala dia bagi menghilangkan anasir-anasir tak enak didengar lagi. Jangan terpengaruh dengan suara syaitan ni. Haih!
Tbc
416words
Tbh aku nak cakap cerita ni short story. Tak banyak bab. So boleh jadi dah nak habis pun. Ok tq.
KAMU SEDANG MEMBACA
Kekuatan Saya
Short Story[C O M P L E T E D] Dia ; Datang tanpa diundang. Seseorang yang pada mulanya tidak aku kenali. Dia ; Muncul dengan seribu rahsia yang sulit untuk aku fahami dirinya. Aku ; yang pada mulanya seorang yang rapuh menjadi kuat setelah hadirnya dia. Kuat...